Khamis, 7 Mei 2026

TERAM BUAT AUTA UNTUK SEDAPKAN CHINA


DI IRAN TAKDA

SAPA PERCAYA

CAKAP TRUMP

AMIN

INI HELAH NAK

SEDAPKAN CHINA

NAK REDAKAN

BURSA SAHAM

WALL STREET & 

EKONOMI DUNIA

AMIN

ISRAEL  DAH SEDIA

NAK SERANG

IRAN DAH LAMA

TUNGGU

KHALAS




Trump bayangkan perang Iran mungkin berakhir sebelum lawatan ke China


ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata terdapat 'peluang yang sangat baik' untuk mencapai satu persetujuan dengan Iran sebelum beliau berlepas ke China.

"Saya rasa kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk membuat perjanjian sekali lagi," kata Trump kepada PBS, menurut Anadolu Ajansi.

Beliau berkata walaupun mencapai penyelesaian sebelum minggu depan adalah 'ideal' atau terbaik, namun ia bukanlah satu kemestian.

Lawatan negara Trump ke China dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 15 Mei ini di Beijing.

Bagaimanapun, Presiden itu memberi amaran sekiranya rundingan gagal, Washington akan 'kembali ke cara lama', merujuk kepada tindakan menyambung semula kempen pengeboman secara besar-besaran.

Dalam pada itu, AS dan Iran dilaporkan semakin hampir untuk memuktamadkan memo satu halaman bagi menamatkan peperangan antara kedua-dua negara, lapor Axios pada Rabu menurut Xinhua.

Perjanjian berpotensi itu akan membabitkan komitmen Iran terhadap moratorium pengayaan nuklear, manakala AS bersetuju untuk menarik balik sekatan, dengan kedua-dua pihak akan melonggarkan sekatan transit melalui Selat Hormuz, menurut laporan itu.

Tempoh moratorium pengayaan uranium berkenaan masih dalam rundingan, dengan jangkaan tempoh antara 12 hingga 15 tahun.

Menurut laporan itu lagi, Iran pada mulanya mencadangkan penangguhan selama lima tahun, manakala AS menuntut tempoh selama 20 tahun.

 

Tiada ulasan: