Rabu, 3 Jun 2026

BERITA GUMBIRA


TAHNIAH POLIS

AMIN

INI BERITA

 GUMBIRA

UNTUK KELUARGA

DAN KAMI SEMUA

AMIN




Operasi mencari dan menyelamat Jaslinda di Gunung Batu Putih diteruskan - Polis

TAPAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini, sejak 24 Mei lalu, akan tetap diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim.

Dalam sidang media di sini, sebentar tadi, beliau berkata operasi itu bagaimanapun dilaksanakan dalam skala kecil dengan hanya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang.

Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain dan dua malim gunung.

Beliau yang cedera di kaki sebelum itu difahamkan berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian.






Tiada ulasan: