Selasa, 20 Jun 2023

SIKAP BIJAK


Selangor kubu PH tapi tak pandang rendah usaha PN – Amirudin

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) diyakini masih kekal memerintah Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini berdasarkan sumbangan kerajaan itu kepada rakyat sejak 2008.

Sungguhpun begitu, menurut Menteri Besar,  Amirudin Shari, pihaknya tidak boleh memandang rendah usaha dan ikhtiar parti lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) yang beriya mahu menawan negeri itu.

Jelas beliau, dengan kekukuhan PH peringkat persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu- Selangor dijangka masih kekal dengan kesinambungannya sebagai kerajaan negeri.

“Berkenaan dengan Mohamed Azmin Ali yang dilantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, itu strategi mereka. Kita (pernah) berdepan dalam PRU15 dan akan berdepan dengan beliau pada PRN ini.

“Saya percaya dengan kekukuhan kita pada PRU15, majoriti kerusi masih dimenangi PH menunjukkan kubu kita masih lagi kukuh di Selangor.

“Namun kita tidak memandang rendah usaha dan ikhtiar mereka sebab itu dari semasa ke semasa sama ada fizikal aktiviti sampai ke media sosial, kita pertingkatkan usaha penerangan dan penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas sempena lima tahun pentadbiran kerajaan PH Selangor di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut hadir, semua anggota Exco dan pentadbir Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian mengenai pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengerusi PN Selangor dan menjadi pengharapan pengerusinya, Muhyiddin Yassin agar bekas Ahli Parlimen Gombak itu memberikan “hadiah” kemenangan kepada gabungan itu dalam PRN ini.

Menurut Amirudin, banyak program telah dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar lima tahun lalu dapat dinilai oleh rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan PH.

Ujar beliau, sejak mengambil alih negeri itu pada Jun 2018, beliau dan pimpinan negeri, rakyat serta penjawat awam telah melalui jalan berliku, penuh dengan cabaran hebat yang belum pernah dilalui mana-mana pentadbiran sebelumnya.

“Namun saya sangat kagum dengan semangat kekitaan dan perpaduan serta kecekalan yang ditunjukkan oleh setiap daripada hampir tujuh juta warga dan rakyat Selangor.

“Semangat ini membolehkan kita bangkit bersama menentang dan berdepan dengan cabaran itu,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai cabaran telah lalui bersama iaitu krisis kesihatan apabila negara dan dunia khususnya ditimpa pandemik Covid-19.

Ini ditambah dengan ketidakstabilan kerajaan Persekutuan akibat tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan mereka yang rakus dan gelojoh, selain cabaran ekonomi yang disebabkan inflasi melanda seluruh dunia.

“Kita berdepan dengan krisis bertimpa termasuk ujian banjir besar pada akhir tahun 2021, tetapi dengan semangat Kita Selangor, kita berjaya bangkit dan membuktikan pentadbiran kita adalah pentadbiran teruji, tahan uji dan terbukti berjaya membela rakyat.

“Apabila saya menyantuni rakyat, saya yakin Selangor berada di landasan yang tepat dan jauh lebih baik serta semakin maju berbanding dengan tempoh pentadbiran sebelum 2018,” katanya. – 

SIKAP BIJAK

AMALAN  PEMIMPIN

AMIN

JANGAN PELEKEH

MUSUH

AMIN

MUSUH BIJAK

MENJADIKAN KITA

BIJAK BEKERJA

AMIN

MUSUH BODOH

MENJADIKAN KITA

SAMA BODOH

AMIN

KHALAS

NS BUBAR AKHIR BULAN


DUN Negeri Sembilan tidak bubar awal – MB

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, pihaknya tidak mengikut langkah Selangor yang membubarkan DUN lebih awal.

“Kita tidak ikut, Selangor sebab ada perkara lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sepetang Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama Media di kediaman rasmi beliau di sini, hari ini.

Sebelum ini, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat menyatakan DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 30 Jun.

DUN Negeri Sembilan bakal terbubar secara automatik pada 2 Julai ini.

Berhubung pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, beliau berkata, rundingan masih lagi di tahap 90 peratus.

“Kita serah kepada Majlis Presiden,” jelasnya.

Aminuddin menambah, persiapan jentera PH di semua kerusi DUN berjalan lancar dan kempen telah bermula secara tidak rasmi dengan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Kita akan menghadapi PRN ini apabila bubar sahaja dan mula gendang kempen.

“Saya rasa semua parti akan berkempen, berkempenlah dengan bijaksana dan ikutlah undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berharap pengamal media terus menyampaikan berita yang tepat dan berinformasi pada PRN akan datang.

“Dengan adanya berita ini dan informasi yang disampaikan dapat mematangkan rakyat,” jelasnya. –

NAK LAMBAT

MACAM MANA

AMIN

SPR NAK SUSUN

SEKALI SERENTAK

AMIN

KEMPEN SEKALI

UNDI SEKALI

AMIN

KHALAS

PANAS PANAS - DUNIA SEMAKIN PANAS



PANAS PANAS

DUNIA SEMAKIN

PANAS

AMIN

KJ & SPRM


KJ & SPRM

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"JATUH DARI BALKONI?"

Hebat pemimpin Melayu Isle kita semua, ada kes rasuah pun masih ada offer offer dari parti politik lain, KJ dapat offer Bersatu, dapat offer PKR, dapat offer parti lain lagi, apa hebat KJ? Tokoh atau pandai bercakap atau pandai curi komisen jugak? Kah kah kah ini semua SPRM nampak atau tidak? Apa jadi kes 200 juta KJ? Kenapa tiada apa apa cerita lagi? Tutup atau terus diam? Kah kah kah

NAJIB BERI ARAHAN JIMAT ALTANTUYA



NAJIB BERI

ARAHAN JIMAT 

ALTANTUYA

KHALAS

Unknown commented on
 "JATUH DARI BALKONI?"

https://malaysiagazette.com/2021/10/05/saksi-kes-terowong-dasar-laut-maut-terjatuh-bangunan/



panglimo potaseh commented on
 "JATUH DARI BALKONI?"

Apa mau pelik jika jatuh dari balkoni. Dulu kita ada Ratu Mongolia di ledak dengan raja segala bom ia itu bom C-4, juga kita ada Pengerusi Bank mayat nye di simen dalam drum petrol .. apa mau heran.

BUBAR BUBAR



DUN BUBAR


SELASA 20/6/2023
BUBAR BUBAR BUBAR
DUN SELANGOR DI UMUM
AKAN BUBAR HARI JUMAAT INI
JENG JENG JENG

LIMA DUN LAGI
KITA TUNGGU
SPRM AKAN BUAT PRN SERENTAK
KALI INI MUNKIN LEPAS
MUSIM HAJI

BILA MAK AJI PAK AJI
DAH PULANG DARI  MEKAH
BARU PRN DIJALANKAN
JIKA TIDAK TALIBAN
AKAN TUDUH KERAJAAN
ANTI HAJI
KAH KAH KAH

UNITED KINGDOM
BORIS BEKAS PM
DI DAPATI BERSALAH
MASA PKP DIA ENJOI DE MENJOI
DI GANTUNG DARI PARLIEMN
TAPI BORIS DAH BERHENTI
LEBIH AWAL
KAH KAH KAH

UKRAINE
PERANG MAKIN HEBAT
DUA DUA MENGALAMI SUSAH
TAPI UKRAINE KLIM MENANG
KAH KAH KAH

SUDAN
ITAM BUNUH ITAM
DITERSUKAN
GENCATAN SENJATA GAGAL

HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
DAH NAMPAK BAYANG DI JALAN

ATAS BUKIT JANTAN BERKOKOK
TEPI JALAN CENGKERIK BERSIMPONI
DI SEPANJANG JALAN

HA HA
SAEKOR PIPIT 
KESAORANGAN DI TEPI JALAN
MUNNGKIN TERCICIR
DARI KUMPULAN

DALAM BELUKAR TEPI FLET
MURAI BERKICAU
HA HA HA
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH NYAMAN

LANGIT ARAH KL SENTRAL
BERJEREBU
LANGIT ARAH SHAH ALAM
CANTIK BIRU
HARI INI PASTI
AKAN PANAS

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
DENGAN SENYUMAN

BRO
HATI LU AKAN LETIH
JIKA LU BANYAK
KEINGINAN
BAHAGIA JIKA LU BERSYUKUR
DALAM SEMUA KEADAAN

BRO
TAK PERLU TERLALU TERANG
CUKUP SELALU ADA
DAN TAK PERNAH PADAM

BRO
DUNIA INI MACAM SETITIK AIR
KALAU LU TAK DAPAT JANGAN SEDIH
KALAU LU DAPAT 
JANGAN SOMBONG

BRO
HIDUP INI PASTI
ADA MASALAH
KADANG KADANG
RASA NAK MENYERAH

BRO
JADILAH WATAK 
YANG KITA ADA
JANGAN BERSANDIWARA
LU AKAN LETIH
HIDUP INI TAK SULIT
LU  JANGAN 
SULITKAN HIDUP INI

BRO
JIKA LU SILAP
LU JANGAN MERATAP
LU BAIKI KESILAPAN

BRO
LU JANGAN MENGELUH
LU JANGAN MENYAPU
DI PADANG PASIR

BRO
INI DUA PERKARA YANG
LU WAJIB INGAT
SATU : KEBAIKKAN ORANG
PADA KITA
DUA : KEBURUKKAN KITA
PADA ORANG LAIN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI


SELAMAT  MENUNGGU
DUN BUBAR