Selasa, 20 Jun 2023

NS BUBAR AKHIR BULAN


DUN Negeri Sembilan tidak bubar awal – MB

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, pihaknya tidak mengikut langkah Selangor yang membubarkan DUN lebih awal.

“Kita tidak ikut, Selangor sebab ada perkara lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sepetang Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama Media di kediaman rasmi beliau di sini, hari ini.

Sebelum ini, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat menyatakan DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 30 Jun.

DUN Negeri Sembilan bakal terbubar secara automatik pada 2 Julai ini.

Berhubung pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, beliau berkata, rundingan masih lagi di tahap 90 peratus.

“Kita serah kepada Majlis Presiden,” jelasnya.

Aminuddin menambah, persiapan jentera PH di semua kerusi DUN berjalan lancar dan kempen telah bermula secara tidak rasmi dengan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Kita akan menghadapi PRN ini apabila bubar sahaja dan mula gendang kempen.

“Saya rasa semua parti akan berkempen, berkempenlah dengan bijaksana dan ikutlah undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berharap pengamal media terus menyampaikan berita yang tepat dan berinformasi pada PRN akan datang.

“Dengan adanya berita ini dan informasi yang disampaikan dapat mematangkan rakyat,” jelasnya. –

NAK LAMBAT

MACAM MANA

AMIN

SPR NAK SUSUN

SEKALI SERENTAK

AMIN

KEMPEN SEKALI

UNDI SEKALI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Montoghi Pthanan oghang nogori, kalau poghang tontu kalah sobab montoghi joghit ... soghang! soghang!