Selasa, 25 Mei 2021
Isnin, 24 Mei 2021
TER KINI TER NOWW TER HOTT
KEMALANGAN
EEL EER TEE
Kereta LRT bertembung,
beberapa penumpang
cedera
DUA buah transit aliran ringan (LRT) bertembung antara stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini, mengakibatkan sejumlah penumpang cedera.
Laluan antara dua stesen ini berada di bawah tanah.
Menurut polis, 47 penumpang cedera, 15 lagi parah dan kesemua mereka telah dikeluarkan dari tempat kejadian pada pukul 9.50 malam.
Foto dan video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa penumpang cedera, ada yang mengalami pendarahan teruk.
Laporan kejadian awal menyatakan berlaku pertembungan antara dua LRT yang datang dari arah bertentangan.
“Pada pukul 8.45 malam, kemalangan berlaku antara LRT automatik dari stesen KLCC menuju ke stesen Kampung Baru dengan sebuah lagi LRT yang dikendalikan secara manual dari arah bertentangan.
“Tren dari stesen KLCC gagal mengesan tren yang datang kerana salah faham komunikasi dari menara kawalan.
“Setakat pukul 9.30 malam, jumlah korban tidak dapat dipastikan kerana anggota kecemasan sedang sibuk menyelamatkan mereka,” kata laporan itu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata, disahkan beberapa orang penumpang cedera dan belum ada kematian dilaporkan.
Beliau turut berkata hanya sebuah tren membawa penumpang, sebuah lagi kosong.
“Tren yang membawa penumpang dan sebuah tren kosong bertembung, menyebabkan beberapa penumpang terpelanting dan yang lain terjatuh.
“Tren dari stesen Ampang. Kejadian itu berlaku di terowong bawah tanah KLCC,” katanya melalui ciapan di Twitter.
Menurut Twitter RapidKL @AskRapidKL, LRT kemalangan itu berlaku di laluan Kelana Jaya, melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
“Semua penumpang yang cedera telah dikeluarkan ke platform. Bantuan kecemasan dan penyelamat sedang dijalankan. Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan semua penumpang kami. Oengangkutan alternatif sedang diatur.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” katanya.
Sementara itu, melalui ciapan Bernama, beberapa pelanggan sedang diselamatkan oleh jabatan bomba dan penyelamat di luat stesen KLCC.
Para penumpang dan warganet turut memuat naik dan berkongsikan gambar-gambar menunjukkan beberapa penumpang yang cedera duduk di sekitar landasan stesen berkenaan. – 24 Mei, 2021.
PUNCA MASALAH MASIH BELUM DIBINCANG
PUNCA MASALAH
MASIH BELUM
DIBINCANG
AMIN
PERANG AKAN
DATANG LAGI
KHALAS
BERITA MENARIK
BERITA MENARIK
AMIN
INILAH NAMANYA
KONSEP
AMIN
LAHIR DARI
FIKRAH MANUSIA
AMIN
Solat Jumaat: Ustazah Asma’ mohon maaf cuai guna wajib bertaubat
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan kenyataan awal beliau bahawa mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut-turut disebabkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemerintah bagi mengelak penularan wabak Covid-19 wajib bertaubat dengan menunaikan solat sunat taubat.
Dalam penjelasannya, Asma’ berkata, uUmat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan pandemik Covid-19 tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak.
Kenyataan itu dibuat selepas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi SOP dalam mencegah penularan pandemik tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak.
IMIJINASI RAKYAT
INI TANDA
IMIJINASI
ORANG RAMAI
BERJALAN LIGAT
KAH KAH KAH
INI HASIL BUDAYA
INTERNET
KAH KAH KAH
Polis nafi kereta meletup di Kelantan sebab diserang dron
POLIS menafikan dakwaan bahawa insiden letupan melibatkan sebuah kenderaan sehingga seorang lelaki maut di Persimpangan Kampung Sireh, di sini Jumaat lepas, kerana dibom seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
“Hasil pemeriksaan akan diketahui dalam masa terdekat selepas kedua-dua unit terlibat selesai menjalankan siasatan. Berdasarkan maklumat awal daripada saksi mengatakan terdapat asap keluar melalui bonet kereta mangsa sebelum berlakunya letupan,” katanya.
Shafien berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas (Penguatkuasaan Mencegah Covid-19) di Kompleks Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas mengenai satu mesej dalam WhatsApp yang tular dengan insiden letupan tersebut berlaku kerana serangan dron dan bukannya dipanah petir.
Dalam pada itu, Shafien berkata sepanjang siasatan dijalankan di lokasi kejadian, laluan dari arah Pintu Geng menghala ke Lembah Sireh ditutup sementara sehingga dimaklumkan kemudian.
“Penduduk di Lembah Sireh, Pintu Geng, Taman Guru, Salor Lama, Pendek boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persekutuan Kuala Krai-Kota Bharu terus ke Wakaf Che Yeh-Telipot-Wakaf Siku.
“Bagi yang bekerja di dalam kawasan laluan yang ditutup seperti Wisma Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan Pejabat Pos Kota Darul Naim berdekatan lokasi, dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada anggota bertugas untuk tapisan,” katanya.
Dilaporkan, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, 21 Mei lepas. – Bernama, 23 Mei, 2021.
MASIH BELUM DIJAWAB
PERSOALAN
MASIH BELUM
DIJAWAB
AMIN
ZIONIS KLIM
AGAMA YAHUDI
SAJA YANG BETUL
AGAMA LAIN
SESAT
AMIN
KITAB SUCI TORAH
SAJA YANG BETUL
KITAB SUCI
AGAMA LAIN
TELAH DIUBAH
AMIN
UMAT YAHUDI SAJA
PILIHAN TUHAN
UMAT LAIN
DI PANGGIL GOYIM
AMIN
SEMUA GOYIM AKAN
MASUK NERAKA
AMIN
KLIM SEMACAM
INI MENIMBULKAN
MASAALAH DALAM
DUNIA HARI INI
AMIN
KERANA AJARAN INI
ZIONIS BANTAI BUNUH
MUSNAH WARGA
ARAB PALESTIN
AMIN
Unknown commented on
"PERSOALAN MASIH
BELUM DIJAWAB"
Jawapannya ialah biaq pi depalah nk claim apa. Yg hang susah2 nak pikiaq apa yg hang sebagai orang tanpa agama mampu buat?? Sembang saja hang tau.
Langgan:
Catatan (Atom)









