Selasa, 13 September 2022
APA SULTAN SELANGOR KATA
BETA mengikuti dengan rapat dan mengambil perhatian terhadap perkembangan isu-isu yang berkaitan dengan sistem pentadbiran keadilan negara sejak kebelakangan ini. Beta menyeru rakyat agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan Badan Kehakiman (Judiciary) yang merupakan teras dan paksi kepada kedaulatan sistem demokrasi raja berperlembagaan yang diamalkan di Negara ini.
Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan martabat Institusi Kehakiman di satu tahap yang tinggi sebagai sebuah badan kehakiman yang bebas dan berwibawa. Badan kehakiman merupakan benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Rakyat perlu mengambil maklum bahawa Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Malah perdana menteri sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan lantikan seseorang Hakim hendaklah terlebih dahulu berunding dengan ketua hakim negara dan perlu mendapat pengesyoran dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Proses lantikan seseorang hakim yang perlu melalui proses yang teliti ini menunjukkan badan kehakiman berbeza dengan institusi-institusi kerajaan yang lain dan menggambarkan betapa pentingnya peranan badan kehakiman di dalam sistem pemerintahan negara.
Kebebasan kehakiman membawa pengertian bahawa para hakim yang mengadili sesuatu kes dapat mentafsirkan undang-undang bersandarkan semata-mata kepada fakta dan keterangan tanpa rasa takut, pilih kasih dan bebas dari sebarang pengaruh yang tidak diingini.
Seorang Hakim telah mengangkat sumpah untuk mengamalkan kesamarataan, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan serta bebas dari segala bentuk tekanan dalaman dan luaran.
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahwa semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang. Ini bermakna bahawa rakyat, tidak mengira status, jawatan, bangsa dan keturunan adalah tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sama.
Pepatah ada menyatakan bahawa apabila seseorang hakim membuat sesuatu keputusan ianya hendaklah diputuskan atas dasar “without fear or favour”.
Penghakiman yang dibuat tanpa sebarang bentuk desakan atau pengaruh menggambarkan satu bentuk sistem pentadbiran keadilan yang adil dan saksama. Setiap rakyat di Negara ini berkehendakkan keadilan, kesaksamaan serta ketelusan daripada badan kehakiman atas sesuatu kes yang diadili.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa memelihara nama baik badan kehakiman agar ianya tidak tercemar dari sebarang bentuk pengaruh dan tekanan.
Beta mengambil kesempatan di sini juga untuk mengingatkan pihak Eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak dari sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan Badan Kehakiman.
Kebebasan Badan Kehakiman memerlukan sokongan, dokongan, kefahaman dan iltizam dari semua pihak terutama dari pihak Eksekutif. Sehubungan dengan itu, Beta menyeru semua pihak berganding bahu dengan mengambil langkah-langkah ke arah mempertahankan dan menjamin kebebasan Badan Kehakiman demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara.
Rakyat perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem kehakiman negara tanpa perlu melemparkan tohmahan yang tidak berasas tanpa mengetahui fakta dan alasan-alasan penghakiman terhadap sesuatu kes.
Sebarang tohmahan yang tidak berasas ini akan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman dan pasti menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan negara. Keadaan ini juga akan secara tidak langsung menjejaskan nama baik Negara di peringkat antarabangsa.
Sukacita juga Beta menzahirkan sokongan padu Beta terhadap Titah Ucapan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 September 2022 berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu.
Rakyat perlu memahami bahawa proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang telah diperuntukan di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengannya. – 12 September, 2022.
* D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,
Sultan Selangor.
PENDATANG MASUK
PENDATANG
MASUK SEBELUM
MERDEKA
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY
KAYAKAN CUKONG"
pendatang paling ramai masa nak dapat merdeka.. masa tu kena pasa rela terima pendatang.. dulu la sejarah dulu.. kah kah kah
BANGANG POCAH POCAH LAWAN UMNO
BANGANG
IALAH
POCAH POCAH
LAWAN UMNO
AMIN
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"NAJIB BEBAS KES 1MDB ?"
Ado ko joki Sakau untuk lopeh ..ini satu soalan separoh banggang. Yg bortanyo tak banggang ..tapi, tapi puak yg nak molawang UMNO tu yang banggang .. bopochah, pochah ..Fizi Boyak yang ponah ngakalkang pengundi dongan ngatokan "kok den monang malam ni, isok minyak jadi 1.50 jo" pon tak boleh buek apo-apo dongan prihal borsamo-samo untuk mombaeh UMNO. Jadi sok, kok UMNO monang malam tu ..mako isok, Sakau, Laki dio dan somuo polahap duit rakyat dah boleh tompah tikit bas dari Kajang ko tompek momasing. Banggang macam buah kolopir, batang dah kodalam kolopir masih bobuai kek luar ..
MENUNGGU SEPTEMBER
SELASA 13/9/2022
KITA MASIH MENUNGGU
APAKAH NAJIB AKAN
DI AMPUN
KITA MASIH MENUNNGU
APAKAH NAJIB MASIH YB ?
APAKAH NAJIB AKAN
DI AMPUN
KITA MASIH MENUNNGU
APAKAH NAJIB MASIH YB ?
TANDA TANDA
MAKIN JELAS
DARI AGONG
MALAH KELMARIN
SULTAN SELANGOR
BUAT KENYATAAN
BERI INGATAN JANGAN GANGGU
BADAN KEHAKIMAN
UNTUK BUKTINYA
SULTAN SELANGOR
TARIK BALIK DARJAH
KEBESARAN NAJIB & ROSMAH
NEGERI SEMBILAN
DAH TARIK
AWAL DULU
BAGAIMAN NEGERI
YANG BERAJA LAIN ?
RAKYAT SEDANG MENUNGU
AMIN
UKRAINE
PRESIDEN ZALENSKY KLIM
ASKAR UKRAINE TELAH BERJAYA
MENAWAN KEMBALI
6,000 HEKTAR PERSEGI
BUMI UKRAINE
SOLDADU RUSIA
DI PUKUL HEBAT
KITA LIHAT APAKAH
KLIM INI BENAR
KITA TUNGGU BERITA
SETERUSNYA
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH BERSINAR
KL & KL SENTRAL CERAH
DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH MURAI
SIMPONI CENGKERIK BERLAGU
TERKUKUR MERAYU
LANGIT BIRU
MALAH BULAN KELIHATAN SAMA
PAGI YANG INDAH
LANGIT BIRU CERAH
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
BRO
JANGAN LU MERASA SEPI
SELURUH ALAM SEMESTA INI
ADA DALAM DIRI LU
BRO
ANGKAT KATA KATA LU
BUKAN NAIKKAN SUARA
HUJAN MEMNYEGARI BUNGA
BUKAN GURUH
BRO
PENCINTA AKHIRNYA
TIDAK BERTEMU DI SATU TEMPAT
MEREKA BERADA SATU SAMA LAIN
SELAMA INI
BRO
SEGALA ALAM SEMESTA INI
BERADA DALAM DIRI LU
LU TANYA DIRI LU
APA LU MAHU
BRO
UNTUK MENJADI PENZIARAH
DI ALAM CINTA
SYARAT PERTAMANYA LU
BUAT DIRI LU
RENDAH HATI
SEPERTI ABU DAN DEBU
BRO
ADA SUARA YANG TIDAK
MENGELUARKAN KATA KATA
DENGARKAN LAH
BRO
ADA SERIBU CARA
UNTUK BERLUTUT
DAN MENCIUM TANAH
ADA SERIBU CARA
UNTUK PULANG LAGI
BRO
LU BUKAN SETITIS AIR
DALAM LAUTAN
LU ADALAH LAUTAN
DALAM SETITIS
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
Isnin, 12 September 2022
PAKAR CERET BERET BERADA DI GERMAN ATAU DI LONDON ATAU DI PARIS ?
Najib diberi rawatan sewajarnya di HKL, kata KP kesihatan
BEKAS perdana menteri Najib Razak, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, hanya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pakar pada Jumaat lepas setelah berada dalam keadaan sihat, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ketua pengarah kesihatan itu berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lepas sebagai kes elektif, bukan kecemasan, dan dikendalikan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua bidang masing-masing.
“Pihak HKL juga mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri mantan perdana menteri dan ahli keluarga beliau. Keputusan ujian-ujian dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan profesional kedoktoran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Mereka (keluarga) juga dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.
“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan didiscaj daripada HKL,” tambah Noor Hisham.
Beliau juga berkata, ubat yang dipreskripsikan kepada Najib selepas dimasukkan ke wad adalah jenis yang sama seperti diambil beliau sebelum ini.
Beliau berkata kementerian telus mengenai pemberian perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada mana-mana individu dan juga memikul tanggungjawab mematuhi amalan etika membabitkan kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971.
Maklumat mengenai kesihatan pesakit boleh diberikan kepada mahkamah jika diarahkan berbuat demikian, katanya.
Awal hari ini, keluarga Najib merayu kepada kerajaan untuk membenarkan bekas perdana menteri itu diberikan rawatan perubatan sewajarnya selepas beliau dikatakan mengalami ulser perut baru-baru ini.
Pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi, berkata ahli Parlimen Pekan itu menjalani prosedur skop pada Sabtu dan doktor mengesan ulser.
Walaupun ia menjadi masalah berulang sejak 15 tahun lalu, ulser baru ditemui, tambahnya.
Dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara keadaan Najib “agak teruk”.
“Ubat tekanan darah tertuduh telah ditukar dan ia memberi kesan buruk kepadanya.
“Saya dimaklumkan keadaannya (Najib) agak teruk, tetapi beliau bersedia untuk berada di sini (perbicaraan) sehingga 12.30 tengah hari. Pada 2 petang beliau perlu dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor,” katanya.
Sequerah menangguhkan mahkamah pada jam 12.30 tengah hari bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan. – 12 September, 2022.
WOIT
PAKAR SAKIT
PERUT & PAKAR
CERET BERET
BERADA DI MANA?
KAH KAH KAH
DI MUNICH ?
DI LONDON ?
DI HAWAII ?
ATAU DI PARIS ?
KAH KAH KAH
BELUM SAMPAI
SEBULAN DALAM
JIL DAH NAK
CARI HELAH
NAK CABUT
KELUAR NEGARA
KAH KAH KAH
BANDUAN LAIN
SAKIT UBAT
DI SINI MAKA
TAK PERLU
NAJIB BERUBAT
DI LUAR NEGARA
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)



