Selasa, 8 September 2026
ZIONIS ISRAEL - PROJEK ROHINGYA
Kebanjiran kandungan dalam talian yang menyebarkan kebencian terhadap pelarian Rohingya di Malaysia sejak akhir-akhir ini sebahagian besarnya didorong oleh maklumat salah dan slogan perkauman, dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan orang ramai terhadap komuniti pelarian dan migran.
Gerakan berasaskan maklumat palsu ini menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023, apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan orang ramai dan tuntutan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.
Rohingya-hatespeech_MnowTinjauan dan pemerhatian mendedahkan bahawa ledakan kandungan dalam talian ketika itu tidak berasal dari Aceh, sebaliknya direka di tempat lain sebelum diolah dan diselaraskan bagi memastikan ia memberikan kesan maksimum dalam kalangan penduduk tempatan, sekali gus memberi tekanan kepada calon presiden.
“Ia merupakan kandungan yang dibuat secara profesional,” kata Ann Mayman, wakil Indonesia bagi agensi pelarian PBB, UNHCR, yang dipetik oleh akhbar Britain, The Guardian, pada Januari 2024.
“Ia bukan dibuat dalam kampung nelayan di tepi pantai Aceh. Semua ini dibuat secara profesional dan melibatkan banyak penggunaan ‘bot’.”
Kandungan yang disebarkan itu serupa dengan apa yang kini membanjiri media sosial dan platform perkongsian video di Malaysia, yang menggambarkan Rohingya sebagai golongan tidak bersyukur, membazir sumber dan mengancam penduduk tempatan, di samping tuntutan agar pihak berkuasa mengusir mereka walaupun ia bermakna nasib mereka akan ditentukan oleh sebuah junta tentera yang telah membunuh puluhan ribu rakyat beragama Islam.
Selama beberapa dekad, pihak berkuasa Myanmar dan gerakan nasionalis yang dipimpin sami ekstremis Buddha cuba menggambarkan Rohingya sebagai orang asing yang tidak sepatutnya berada di negara itu. Mereka berulang kali dilabel sebagai pendatang haram berketurunan Bengali walaupun wujud bukti lama mengenai kehadiran mereka di Arakan, yang kini dikenali sebagai Negeri Rakhine.
Pihak berkuasa Myanmar mewujudkan persepsi bahawa mereka bukan komuniti asli yang mempunyai hak sah, sebaliknya kelompok orang asing yang kehadirannya menimbulkan ancaman kepada negara.
Antara individu yang menyebarkan dakwaan sedemikian ialah Ashin Wirathu, sami ekstremis dan ultra-nasionalis Myanmar yang terkenal dengan retorik anti-Islam yang menghasut orang ramai menyerang umat Islam.
Time_WirathuPada 2013, majalah Time mengisytiharkan Wirathu sebagai “wajah terorisme Buddha”. Dalam banyak cara, dia merupakan versi Burma bagi rabbi pelampau dari Israel, Dov Lior, yang secara terbuka menyeru agar rakyat Palestin dihapuskan.
Pada 2016, ketika junta Myanmar sibuk melakukan siri serangan kejam dan pembunuhan, keganasan seksual dan pembakaran perkampungan etnik Rohingya, Wirathu meraikan kemenangan pilihan raya Donald Trump dengan menyifatkan dirinya dan Trump sebagai mereka yang “menyekat bahaya Islamisasi”.
Antara pandangan lain yang dipegang Wirathu ialah Presiden AS Barack Obama “dicemari oleh darah orang kulit hitam beragama Islam”, bangsa Arab telah mengambil alih PBB, dan 90% umat Islam di Myanmar adalah “golongan yang jahat dan radikal”. Pandangan terakhir itu, bahawa orang Rohingya adalah “jahat”, kini menjadi slogan utama dalam kempen kebencian di Malaysia.
Sentuhan Israel
Dalam usaha membangkitkan kemarahan Melayu-Islam, salah satu naratif dalam kempen kebencian yang sedang berjalan sekarang ialah menyamakan umat Islam Rohingya dengan pendatang haram Yahudi yang merampas tanah rakyat Palestin. Tujuannya ialah sebagai peringatan kepada penduduk tempatan bahawa negara mereka juga bakal diambil alih oleh golongan pelarian ini.
Naratif ini juga turut disebarkan kepada penduduk tempatan di Aceh tidak lama dulu.
Hakikatnya, penghapusan etnik yang sudah lama dilakukan rejim Myanmar terhadap minoriti Rohingya bukan sahaja diinspirasikan oleh Israel, malah ia juga mendapat sokongan rejim Zionis itu.
Junta Myanmar merupakan salah satu sekutu paling rapat Israel di rantau ini. Malah, Myanmar (dahulunya Burma) merupakan negara pertama di Asia yang secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan entiti Israel pada Julai 1953.
Sejak itu, hubungan politik dan ketenteraan berkembang, dan kedua-dua kerajaan saling bergantung dalam berdepan kecaman antarabangsa terhadap kempen genosid masing-masing.
Israel bukan sahaja membekalkan senjata kepada pasukan tentera “Tatmadaw” dari Myanmar yang bertanggungjawab melakukan genosid terhadap minoriti Islam di Rakhine, tetapi juga mengadakan perjanjian dua hala di mana kedua-dua negara bersetuju menulis semula sejarah mereka untuk memastikan bagaimana mereka diwakili dalam buku dan penulisan.
Pada 2019, apabila pemimpin Myanmar ketika itu, Aung San Suu Kyi, hadir ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mempertahankan pentadbirannya daripada tuduhan pembunuhan beramai-ramai Rohingya, duta Israel ke Myanmar, Ronen Gilor, memuat naik tweet mengucapkan beliau “semoga berjaya”.
Sebuah analisis yang diterbitkan oleh seorang penyelidik Palestin pada 2018 memperincikan persamaan antara layanan terhadap Rohingya di Myanmar dan rakyat Palestin di bawah pendudukan Zionis, dan mengenal pasti beberapa mekanisme yang sering diguna pakai: menafikan golongan minoriti identiti kebangsaan, melabelkan mereka sebagai pendatang, menggambarkan mereka sebagai ancaman, mengadakan kawalan pergerakan dan seterusnya pengusiran.
Muhammad Shehada menyenaraikan lapan kaedah penindasan Israel yang ditiru junta Myanmar.
1. Kewarganegaraan eksklusif
Kedua-dua Myanmar dan Israel mendefinisikan identiti nasional berdasarkan kumpulan etnik atau agama dominan, menyebabkan penduduk Rohingya dan Palestin dinafikan hak kerakyatan dan politik.
2. Melabel golongan minoriti sebagai Muslim/Arab
Kedua-dua Myanmar dan Israel menggunakan label seperti “Muslim” dan “Arab” dalam usaha menafikan identiti tersendiri komuniti Rohingya dan Palestin serta menimbulkan tanggapan kononnya mereka berasal dari tempat lain.
3. Panggilan ‘pendatang haram’
Walaupun wujud bukti sejarah tentang kehadiran mereka sejak sekian lama, kedua-dua Rohingya dan Palestin digambarkan sebagai orang asing yang berhijrah dan oleh itu tidak memiliki hak tuntutan sah.
4. Menggambarkan minoriti sebagai ‘ancaman kewujudan’
Pemimpin politik dan agama di kedua-dua negara cuba menggambarkan Rohingya dan Palestin sebagai ancaman keselamatan, di mana kewujudan mereka kononnya membahayakan identiti nasional yang dominan.
5. Pengusiran dan peluasan penempatan secara sistematik
Kedua-dua Rohingya dan Palestin berdepan perpindahan, pengasingan, sekatan pergerakan dan dasar penempatan, menyebabkan komuniti mereka semakin dihimpit ke wilayah yang sempit dan terkawal.
6. Diaspora yang diabaikan
Kedua-dua komuniti wujud sebagai diaspora besar akibat perpindahan, manakala mereka yang melarikan diri berdepan halangan untuk pulang ke tanah air. Dalam kes Rohingya, mereka juga tidak memiliki pasport kerana kewarganegaraan mereka dibatalkan.
7. Keganasan tajaan kerajaan
Di Myanmar dan Israel, Rohingya dan Palestin disasarkan oleh kumpulan bersenjata atau pendatang, dan jenayah itu dibiarkan malah digalakkan oleh pihak berkuasa.
8. Cubaan menggambarkan penghapusan etnik sebagai ‘dakwaan palsu’
Kedua-dua rejim cuba menggambarkan keganasan terhadap Rohingya dan Palestin sebagai kononnya respons terhadap ekstremisme, sekali gus mengalihkan perhatian daripada dakwaan pengusiran sistematik dan penghapusan etnik.
RUANG UDARA INDONESIA MAKIN PULEH
RUANG UDARA
INDONESIA MAKIN
PULEH
AMIN
Lapangan terbang Jakarta dan beberapa lagi dibuka semula selepas krisis abu gunung berapi
JAKARTA: Lapangan terbang utama Indonesia dan beberapa hab penerbangan lain dibuka semula awal Selasa selepas ditutup selama beberapa hari akibat abu letusan gunung berapi, kata Kementerian Pengangkutan.
Kementerian itu menerusi Instagram memaklumkan lapangan terbang yang berkhidmat untuk ibu negara Jakarta dan empat lagi lapangan terbang berhampiran bandar itu atau di sekitar Pulau Jawa kini kembali beroperasi.
Ini susulan ancaman keselamatan penerbangan yang sebelum ini menyebabkan ratusan ribu penumpang terkandas semakin reda.
Gunung Anak Krakatau, kira-kira 150 kilometer (km) dari Jakarta, meletus pada Sabtu, memuntahkan lahar serta kepulan abu gunung berapi.
SCAMMER RASUAH POLIS?
SCAMMER
RASUAH POLIS?
KHALAS
Unknown commented on
"BILA NAK MINTA CHINA
PULANGKAN JO LO"
Polis minta hukuman lebih berat kepada scammer? Bagaimana kepada mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah? Polis yang menjadi tali barut scammer? Polis komersial senyap menyap buat duit hasil scammer, mustahil tak boleh tangkap?
Mustahil tak ada apa-apa masyuk? Pagar makan padi yang berlaku sekarang, naya kesian orang rakyat Malaysia kah kah kah kah kepala pun dua kali lima juga dari atas ke bawah kah kah kah kah macam ketam mengajar anak beranak berjalan lurus, dia pun jalan sisi untuk amin kah kah kah kah
BERSATU GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM
DULU KITA
JATUHKAN NAJIB
SEKANG KITA
BERSATU GULING
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK AMERIKA JATUHKAN NAJIB RAZAK - DARI ARKIB TUKAR TIUB"
Engkau juga sebahagian daripada kuasa menjatuhkan Najib Razak syumul suci murni, bukan orang-orang Yahudi Amerika mahu jatuhkan beliau tetapi orang-orang sekeliling dahulu,
begitu perangai agama bangsa keturunan bekerja siang malam menikam setiap masa dengan agenda hasad dengki kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 8 SEPTEMBER 2026
JALA MAT BURUT TERUS DI TEBAR
GERMAN – PARTI BUMIPUTERA AFD
Parti AFD – Alternative for German – menang di PRN SAXONY- ANHALT – kali pertama dalam PRN – AFD mendapat 44% undi – masih belum cukup beberapa kerusi jadi kerajaan.
AFD ialah Parti GARIS KANAN – PARTI BUMIPUTERA GERMAN YANG MENOLAK PENDATANG ASING LAMA DAN BARU.
Kemenangan AFD ini akan mempengaruhi PRU di France, di UK dan di Itali . Parti-parti BUMIPUTERA GARIS KANAN di Eropah makin mendapat sokongan.
Apakah Canselor Merz dari Parti Christian Demokrat dapat terus jadi Canselor ? Jeng jeng jeng.
CIA NAK MAT BURUT JADI PM
Makin jelas Amerika melalui kedutaan mahu menobatkan ANWAR BIN IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI.
Anwar bin Ibrahim ialah anak didik Amerika.
Amerika TOLAK NAJIB kerana Najib mula rapat dengan CHINA MERAH – China Merah beri duit pada Najib melalui JO LO – Duit ini nak bayar hutang 1MDB
JANGAN LUPA NAJIB IALAH KEPALA TAIK YANG ROMPAK DUIT TABUNG HAJI – untuk bayar duit 1MDB. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini BERJEREBU. Matahari dah muncul – kelihatan merah. KL & KL Sentral berjerebu. Bangunan TRX macam hilang di kambus jerebu.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi MINTA HUJAN.
Dari jauh gua nampak Tim Mak Tetek Lanjut menunggu – ada yang menjalar relax – gua beri nasi – ramai datang makan – ada yang terus menjalar tak bergerak.
Ha ha ha – gua nampak Tak Tak sedang mengunyah – Wow ! ada tiga tompok friskies – gua rasa ada orang lain dah hantar makanan.
Berjalan ke arah Wakaf Tiga - Pokok Ara tegak berdiri menunggu hujan. Geng Putih semua menghilang.
Saekor Keng Keng melintas dari Kwantung bersuara kuat. Dari jauh gua dengar suara Terkukur.
Berjalan pulang gua tak sangka Jantan Baik ikut sampai ke Pintu – gua beri makan.
Aduh ! Bila hujan nak sampai? Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Lu belajar dari hujan. Dia jatuh tapi naik ke awan lagi.
BRO
Ada yang hanya merasa basah. Yang indah ialah merasa hujan.
BRO
Bila lu nampak pelangi – itu janji hujan – masa buruk dah berlalu – masa baik akan sampai.
LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)







