Isnin, 24 Januari 2011

TUKANG KRITIK MEMANG RAMAI




SENANG CAKAP



nota:
cakapm senang
nak buat susah
cakap senang
nak buat takut
kah kah kah





SURAT DARI PEMBACA


Kalau anda mahu perubahan, reformasi dan tidak suka kepada Umno, maka anda TIDAK berhak mengkritik Anwar Ibrahim, PKR, DAP, PAS, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang melawan Umno !

Kebelakangan ini saya selalu membaca artikel dan juga komen-komen di dalam blog yang mengkritik samada Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat atau Raja Petra atau sesiapa sahaja pihak yang melawan Umno. Artikel-artikel dan komen-komen yang ditulis oleh mereka yang inginkan perubahan atau reformasi ini mengkritik apa yang mereka anggap sebagai kelemahan, kesilapan atau ketidakcekapan para aktivis atau pejuang yang sedang melawan Umno ini.

Saya melihat perkara ini daripada sudut yang berlainan. Bagi saya, aktivis dan pejuang ini bukan pemegang atau penjawat satu jawatan awam. Perumpamaan apa yang dilakukan oleh manusia seperti Anwar, Raja Petra, ahli politik Pakatan Rakyat atau Hishamuddin Rais atau aktivis-aktivis ini hanyalah seperti beberapa orang jiran kita yang ‘volunteer’ untuk menjaga kampung atau taman perumahan kita supaya tidak dimasuki pencuri. Jika saya sebagai penghuni sebuah kampung tidak boleh berjaga malam atau mengambil bahagian dalam aktiviti rukun tetangga kerana sibuk dengan kerja dan sebagainya, adakah patut dan masuk akal sama sekali untuk saya mengkritik kelemahan jiran-jiran ini di dalam mereka menjaga taman perumahan saya?

Kalau jiran-jiran yang prihatin ini tertidur di dalam aktiviti mereka sehingga pencuri masuk ke dalam rumah saya sekali pun, saya tetap tidak berhak untuk mengkritik mereka. Apa yang saya boleh dan berhak lakukan hanyalah dengan saya sendiri melakukan kerja rukun tetangga ini dengan cara yang lebih baik daripada apa yang mereka ini lakukan. Cuba bayangkan perumpaan ini, seorang jiran di dalam taman perumahan kita (Anwar Ibrahim) sedang mengejar pencuri (Umno) yang sedang bermaharajalela di dalam taman perumahan kita pada waktu malam, iaitu ketika kita semua sedang tidur lena kerana keesokan harinya kita kena pergi kerja dan sebagainya. Apabila bangun dari tidur keesokan harinya, kita meluahkan rasa kecewa kerana jiran kita ini (Anwar Ibrahim) tidak begitu bagus taktiknya mengejar pencuri semalam sehingga gagal menangkap pencuri tersebut.

Bagi saya, kalau kita mahu reformasi atau perubahan atau mahu menyingkirkan Umno, maka kita tidak berhak untuk mengkritik sesiapa atau mana-mana pihak jua yang sedang melawan Umno dengan apa cara dan taktik sekali pun. Kita juga tidak berhak untuk mempersoalkan keikhlasan atau motif sebenar jiran kita yang mengejar pencuri ini. Kita hanya berhak untuk melakukan sendiri perkara tersebut dengan cara yang kita fakir adalah lebih baik.

-ExPet-
http://expet.blogspot.com

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit... BANYAK BANYAK TUKANG... YANG PALING RAMAI TUKANG CELA... kah kah kah...

kah kah kah... RAMAI RAMAI TUKANG... YANG PALING RAMAI TUKANG KRITIK... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI MALEH BUAT KERJA.... kah kah kah..

kah kah kah.... CAKAP BEDEGAR DEGAR....DALAM SELUAR PANJANG SEJENGKAL... kah kah kah...




34 ulasan:

gobalakrishnan berkata...

anwar pulak nak kuasa, nak bagi azmin projek billion2. kah kah kah...
yang tak dapat projek tu boleh lompat parti pulak...

Tanpa Nama berkata...

Anwar bukan sempurna, tapi dia lah yang terbaik. kita tetap perlukan Anwar sebagai pengemudi agenda reformasi.

nak gulingkan rejim busuk ni kena lah ada petualang. sbb tu lah kita masih perlukan Anwar. sapa lagi yang mampu selain Anwar?

TAK ADA!!!

bagi aku agenda utama ialah singkirkan UMNO dulu, soal siapa pengganti ialah agenda kemudian.

yg paling utama gulingkan UMNO dulu - by hook or by crook!



NOTE:

* jangan terlalu berharap Pakatan Rakyat ni bersih dan sempurna sangat. mana ada politik yang bersih? tak ada! 'nature of politic' itu sendiri adalah kotor.

* kita lawan UMNO bukan sbb Pakatan bagus sangat, tapi sbb UMNO dah buruk sangat!

* tak ada parti politik yg betul2 bersih, kita lawan yg melampau!

Tanpa Nama berkata...

yg hanya tahu kritik tu kena lah buat kerja. jgn duk diam!

pergi ke warung dan kedai2 kopi, hasut, cetak artikel2 TT, baca, tulis, sebarkan ! tu saja cara kita menang..!

jgn hanya kritik! dan entot2 saja.. kena buat kerja juga.. hehe

Tanpa Nama berkata...

betul... betul...
nak perubahan, tapi lawan mereka yang nak buat perubahan.
habis macam mana.
bagi peluanglah pr duduk putrajaya.
kalau tak bagus, pru14 kasi balik pada bn.
kalau tak mau bn, kita boleh pilih kita pula.

Tanpa Nama berkata...

belum perintah Malaysia lagi dah tak boleh dikritik?

apa salahnya dorang dikritik, dorang pun manusia jgak. mesti ada ketika tindakan dorang perlukan kritikan.

contoh surat daripada penyokong fanatik PR. kalau nak ikut penyokong PR lagi fanatik daripada penyokong BN.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah cadangan hang yang tak masuk akai....
Kalau Anwar sebagai jiran dalam mengejar pencuri rosakkan harta benda atau cederakan orang lain jiran, yang lain tak boleh komen......kena senyap.


Satu lagi cadangan bodoh dari penulis kah kah kah

satu lagi cadangan yang menganggap diri maksum kah kah kah

satu lagi cadangan untuk melindungi Anwar sebagai "supreme beloved leader" macam kat Korea utara kah kah kah kah

Anwar boleh menipu berbohong berdusta memanipulasi pemilihan dsb dan yang lain kena terima dan tak boleh kritik. Hebat otak blogger pr ni......kah kah kah

Beruk Ketawa berkata...

" The day would come when voters get tired of a stable government and say let's try the opposition ".

That day will come.

Are u ready friends...

Tanpa Nama berkata...

ayat yg last tu tahan...
ko mmg la..aku baca serius menghayati..tetiba ayat last ko terus tergelak..

mosabit berkata...

deyyy..macha gobalak...

kalau anwar taknak kuasa dan semua ahli PR pun taknak kuasa...

macamana PR nak memerintah malaysia ni ....???

kalau bodo jng bagi tau orang laaaa..

kah kah kah kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

Alaaa kau pun ape kurangnya TT?ckp je lebih..

shahmetal berkata...

wahhhh artikel backup ko bukan main lagi post. padahal sampah je isi. bacul gila hahahaha.

cakap mmg senang. sama la korang pung pang pung pang kutuk kerajaan. konon2 undi PKR sume selesai. konon2 undi PAS sume masalah negara selesai. cakap boleh la ingat perintah negara cam jadik ketua darjah je ke.

CIT POOOOODAH tambi dua kali lima je. rubbish.

Tanpa Nama berkata...

haha..shahmetal datng jua kalo diseru.. kali ini, memang dia sudah tunjuk sekali batang pelir dia...

memang kepala hotak dia sama macam buah pelir dia jer..

kalo dah kepala kote UMNO, nak buek camano laie den..

rattlehead berkata...

bodoh sape yg kritik ANwar...beliau watak penting utk humbankan UMNGOK...memong tolol sape kutuk dia...tolol tahap gaban...

sbb itu UMNGOK beria-iya nak jatuh Anwar...sbb apa tu? adakah sbb Anwar lebih bahaya dari UMNGOk...org bangang je percaya mcm tu huhuhuhu....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya: "Cakap berdegar-degar, dalam seluar tak sampai sejengkal"

UMNGOK berkata...

bodoh!!!pernah ke org bagi peluang PR perintah Kerajaan Persekutuan....tak pernah mcm mana ko tau kerajaan PR kurang bagus dari BN....bodoh mcm lembu jgn kasi tunjuk kat org la....

mana ada parti berkuasa selama-lamanya bodo!!!

itu hukum alam la bodoh....kerajaan ROM dan kerajaan lain2 yg kuat berganda-ganda daripada BN pun tinggal sejarah je...

bangang nak mampus punya juak2 UMNGOK...dulu kini dan selamanya konon...itu cogankata yg bercanggah dgn hukum alam mana bleh pakai hahahaha....

ha ha ha berkata...

Ha ha ha ha..

Kalo Rukun Tetanga pun jadi Pencuri ..ate deme nak tego...

Tapi memang betul..yang dok kritik tak buat apa-apa pun ramai..

Shah..apa ke biol sangat ko nih..

Sapa kata undi Pakatan Rakyat boleh selesai taik 54 tahun yang UMNO tinggalkan ... Tenggok apa yang berlaku kat Selangor dan Pulau Pinang..ada selesai masalah pengambilan Tanah dan pasir .. 4 tahun pun tak selesai lagi ..TETAPI ada perubahan bukan macam dulu .. moga bertambah baik .. Macam tulah bila Pakatan Rakyat dapat mandat PRU-13..ada perubahan ..mengharapkan UMNO buat Perubahan..1000 hari janji pun tak mampu buat..ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

this is not a matter of anwar tu baik sangat ataupun tidak, this is a matter of UMAPCO mesti mampos at whatever cost!

bila UMAPCO dah mampos baru boleh cerita ubah policies, economic reforms etc. yg jadi batu penghalang skang adalah UMAPCO - sbb tu UMAPCO kena dimamposkan at whatever cost.

sematkan ini dlm hati pasti UMAPCO mati, simple!

Tanpa Nama berkata...

so kita kene jadi jiran umpama yg terbaik lagi terkini seperti REMAJA2 TUNISIA yg 'selaras' dan bekerja bersama.. bukan dok kritik dlm blog jer...

AYUH KITA 'SELARAS'

p/s: 'selaras' disini bermaksud 'BANGKIT' dan bukan 'NAIK' spt perumpamaan Menteri BNUMCO.

shahmetal berkata...

hah? korang seru aku ke? patut tangan gatal semacam nak komen. gila aku ni semangat pokok pisang ke nak seru2 kahkahkah

cakap pasal janji.. sume janji PR tertunai ke? PKR dah dpt selangor.. jadi janji sedikit aje tak tertunai. tunggu PR perintah malaysia. confirm berbakul2 janji jadi sampah. PKR pon serpihan UMNO. dua kali lime je perangai. tu pasal ada orang dlm PKR nak campak anwar berahim tu. dia penimbul masalah sebenarnya. yg tabur janji berbesen2 dari dalam PKR sape? anwar jugak! dia yg smpahkan PKR.

Tanpa Nama berkata...

salam sahabat,

ini nbukan pasal takut ke, takde telur ke, nie pasal ekonomi.

bukan aku tak nak pegi masjid negara kalu dlm kocek tinggal duit rokok dengan duit nombor je.

gaji lagi 2 hari pulak tu.
kang aku sorang2x terlompat2x kat majlis daerah hulu perak kang tak pasai2x dorg hantaq aku tanjung rambutan.

gaji cukup2x je bro. nak buat projek haram pung susah la nie. bapak aku dulu bukan ketua umno. kalu dulu dia sekolah ingeris maybe aku dah jadi somebody agaknya.

Qaseh Bonda berkata...

Ex pet, tulih tu biorle betoi2 ckit.
Fakir ke fikir.

Teman tahu le, udah rame orang UMNO yang pakior skrg nii..

Apa tak nya sebab fakirlah ramai orang depa yang hanya tahu meminta2.
Minta projek, minta makan, minta beli rokok..pendek kata semuenye suka nor meminta2.

Tu yang tak de semangat juang!!

Lainlah pak belalang ngan anak dia, ulat dalam batu pun boleh hidup.

Lu pikir le sendiri. Tu la pasai agaknya tersalah taip sebab tu cakap kena sama dengan kita yang tulis.

Maaf ye bro! Nyah memang tak tahan dengan blog bersemangat kental ni.
Nak kutok pun kutoklah kalau nyah menyampuk.

Nyah peduli apa... janji blog ni blog ganas gler ko!!

Nyah sukaaa!!! Auwww!!

Ta ta tt tut! tut!!

Kah kah kah kah kah!!

Oooppss...Maap!! Tumpang lalu...

Hantu kak limah dah balik romah!!

Jom Yob!! Kite bakor! kita bakor!

Bakor semangat je pun bukan bakor diri. Apa ke jadahnya nak marah Anwar. Tanpa Azizah tak munkin hamba berada disini bersama.

Cob Nobbler berkata...

kalau tukang jaga pun merompak gak?

kamon la - bukannya maksum anwar tu,kami mengkritik sebab nak bagitau apa kelemahan,kalau tak boleh kritik maka pakatan ni sama la macam barisan.

macam tu mari kita bodek anwar mari!

cheh!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...

kena kritik jugak. kalau tak kritik memang sakit hati la rasanya.

tapi kalau tengok dari gaya anwar ni, orang2 kuat kebanyakkan dari cukong dari gerombolan jugak...

chua jui meng orang gerombolan.
zaid ibrahim orang gerombolan.
yang pencen kat pahang orang gerombolan.
serba serbi orang gerombolan.
di sebabkan benci sangat gerombolan jadi PKR pun orang boleh benci.
pkr ni parti kena reject.
dan kerana dosa semalam tu, takkan PKR tak mencuri kot. dan yang indah nya, kalau diaorang mencuri tak boleh kritik.

matKelantanHijau berkata...

Allahuakbar,
ada dua kesah,
kesah A.
kritik situ kritik sini,
Anwar salah disitu Anwar tak kena disana,
TG.Nik Aziz dan TG. Haji Hadi sepatutnya begini dan tidak sepatutnya begitu,
Lim Kiat Siang mulut busuk disana mulut berbau disini,
Hishamudin Rais mengarut di situ, menghina disini,
Abg Mat Sabu lodeh di sana dan ternganga disini,

Kesah B,
tidur sini sembunyi sana,
Kalau berjuang ...,
bini tak pakai gelang emas, anak tak dapat ke KFC,
pangkat tak naik, kerja tak dapat tepi rumah,
pulang tak cepat, kos minyak tak cermat,
lebih menjadi bisu ... buat-buat bodoh .... lepas pencen nak berjuang .... ada anak kerja pula ... takut anak ditukar ... anak toreh getah ... cucu pula nak minta biasiswa .... mampus tak mahu berjuang.
Dasar keturunan pengampu ...

Tanpa Nama berkata...

alamak!!!! tak boleh kritik???

piiiiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhh! helo bro, kalo nak jadi pemimpin tak boleh kena kritik....baik tak payah!

itulah risiko yg patut diterima kalo nak jadi pemimpin....

semua rakyat boleh kritik pemimpin...mereka ada hak! gaji mereka dibayar oleh duit rakyat jugak!

pemimpin kena lah terima kritik...walaupon pahit. kalo kritikan membina bolehlah di ikut!

kalo kritikan tak elok tu....masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

itu pasal, nak jadi pemimpin mental kena kuat!!!!

kalo tak kuat....boleh gila!!!

kalo tak kuat...boleh mati cepat sakit jantung!!!


itu pasal, banyak pemimpin mati kena serangan jantung!

itu pasal, banyak pemimpin dah buat by-pass!!!

laksamana Kerabong berkata...

macam tikus dalam gudang beras,tak kan nak blah la.ai macm ada apa-apa je,nak pertahankan putrajaya hatta walaupun dengan nyawa hah hah.Selangor pun dah tunjuk apa yang dibuat oleh Kerajaan Sebelum ini.Woi check & balance perlu dibuat.Jangan kita ditakut-takutkan bertukar pemimpin bersilih ganti akan mudaratkan negara...itu mitos lama da.takutkan pakcik & makcik felda..
Be eNded

Tanpa Nama berkata...

Tu diaaaaaa. Belom jadi kerajaan lagi dah berlagak suruh jangan kritik. Demokrasi kejadah apa ni?

Kalau jadi kerajaan nanti habislaaa. Entah semua media dia nak kontrol.

Tanpa Nama berkata...

ya lah aku janji tanak undi BN LAGI....

Tanpa Nama berkata...

Bila masa pulak Anwar tak suka dikritik. Dah banyak tohmahan, fitnah, cacian, penghinaan, malah penumbuk Norian Mai hambaAllah ini dah kena. Dah lali dah....

Cuba baca teks ucapan Khalid Brahim ni dan fahamilah apa yang PR perjuangkan.

http://malaysiakini.com/news/154267

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang tak tahu apa yang diperjuangkan.. Pertamanya UMNO & gengnya perlu dinyahkan dari pemerintahan Malaysia.. Yang lain we will look and see.. Biar kuasa rakyat dikembalikan.. banyak yang berkalau kalau.. kalau gitu, kalau gini.. KALAU KALAU KALAU & KALAU... Semuanya adalah kemungkinan yang akan kita tempuhi tetapi UMNO & Geng mesti dinyahkan dulu. ADA FAHAM!!! Banyak songel, cakap berdegar degar dapat kain pelikat terus diam..

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulan yang dapat aku ambil daripada perbincangan korang tadi ialah:

AMNO MEMANG CELAKA
KERJA MENIPU AJE

UBN BARANG NAIK
BIAR UBN TERGOLEK

AMNO = SARKIS

Itu kesimpulan yang dapat diselaraskan.

Bagus! Bagus! Bincang lagi.
Kang aku buat kesimpulan lagi.

MadeyBersiong berkata...

lembap betul otak lu orang ni, si penulis surat dan TT nak bagi tau : " woi lancau! ko nak kritik ke nak nenen ke itu ko punya pasal lah, apa adahal, yang adahal bila ko kritik tanpa ko sendiri melakukan apa-apa.." itu apa yang aku faham laa bila baca surat ni.

MatPong berkata...

Bro TT, sejengkal panjang ooo...kah...kah...kah...kah...tobat

Tanpa Nama berkata...

bercakap guna emosi...faktanya kosong
banyak mengutuk jer..kat umah tengok berita tv 3suku...setakat berani kondem perjuangan orang,awak nak bg pencerahan kt pakcik2 kt warung kopi pn tak berani...ape barang baiii