Khamis, 23 Jun 2011
AJENDA NEGARA KEBAJIKAN
SISTEM EKONOMI NEGARA KEBAJIKAN
Tetiba Negara Kebajikan menjadi isu perbincangan. Ini adalah hasil dari keputusan Muktamar Pas tahun 2011 yang baru selesai dua minggu lalu. Hasil dari Muktamar ini umum telah diberiathu bahawa Pas akan membawa Negara Kebajikan sebagai akidah perjuangan.
Bila sahaja Pas mengajukan Negara Kebajikan kepada umum dengan serta merta United Malays National Organisation bangun mengaku bahawa dasar ini telah mereka jalankan. Justeru mengikut United Malays National Organisation Pas hanya menjadi Pak Turut.
Saya rasa memang ada warga kurang faham tentang apa sebenarnya Negara Kebajikan. Saya yakin – ramai yang kabur dan kurang faham dan mungkin menjadi sasau apabila United Malays National Organisation mengakui bahawa mereka telah menjalan dasar Negara Kebajikan.
Jika dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National Organisation ini sebagai ajenda Negara Kebajikan ini bermakna warga Palestin di Gaza juga hidup dalam Negara Kebajikan.
Hampeh. Pengakuan United Malay National Organisation ini betul-betul mengkelirukan ramai warga. Pengakuan ini United Malay National Organisation ini sama seperti George Bush mengakui yang dia menyerang Iraq untuk membawa demokrasi dan keamanan. Justeru, ciri pertama Negara Kebajikan ialah apa sahaja dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National Organisation ianya bukan Negara Kebajikan.
Sesudah kita semua menyedari ‘cakap tipu’ United Malays National Organisation ini biar saya sambung penerangan tentang Negara Kebajikan. Sesebuah Daulah wujud berasaskan ekonomi. Dalam dunia wujudiah kita pada hari ini hanya ada dua bentuk sistem ekonomi. Ekonomi kapitalis dan ekonomi sosialis. Ini adalah dua sistem ekonomi induk. Yang lain lain hanyalah pecahan dari sistem ekonomi ini.
Ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Keuntunganlah yang mengemudikan arah dan dasar negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Manakala sistem ekonomi sosialis berpaksikan kepada kebajikan ramai. Justeru negara atau daulah yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis akan menjadikan kebajikan ramai sebagai pedoman.
Tanah Melayu pada satu ketika dahulu adalah negara bersistemkan ekonomi feudal – sistem ekonomi ini muncul sebelum ekonomi kapitalis. Raja menjadi kepala yang mewakili seluruh kehidupan hidup. Raja berkuasa memungut cukai. Raja berhak memiliki tanah. Maka lahirlah budaya Melayu yang melambang sistem ekonomi feudal ini. Justeru kita melihat Orang Melayu tunduk kepada Raja walau pun Raja itu hampeh. Hingga ke hari ini saki baki budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi feudal itu masih wujud sebagai bukti.
Di negara-negara tandus berpadang pasir seperti Saudi Arabia telah muncul satu budaya dan tamadun yang berpaksikan ekonomi padang pasir. Di Khutub Utara yang sejok bersalju telah melahirkan budaya dan tamadun negara bangsa warga Eskimo. Amat jelas bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan tamadun negara bangsa.
Saya tidak perlu bersuluh untuk memahami bahawa dari sistem ekonomilah munculnya budaya, moral, nilai, tatasusila dan tamadun. Semua budaya bangsa dalam dunia ini wujud hasil dari sistem ekonomi. Tamadun negara bangsa adalah cermin dari sistem ekonomi yang di sedia pakai.
Mari saya bawa kembali untuk memahami dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis. Untuk saya amat jelas dua bentuk sistem ekonomi ini memiliki perbezaan yang hakiki. Malah dua sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Keuntungan maksima tidak boleh wujud jika kebajikan ramai ingin diberi. Dalam masa yang sama kebajikan ramai tidak mungkin wujud jika keuntungan maksima ingin di capai.
Ini adalah hakikat pertentangan dua sistem ekonomi ini. Memang betul kita sering cuba di kelentong dengan kata-kata ‘ sama sama menang’ atau ‘win win situation’. Dalam sistem ekonomi tidak wujud sama sama menang. Jika loji Lynas di Gebeng akan dibuka – hasilnya yang untung membuat kekayaan ialah syarikat Australia. Yang akan rugi warga Gebeng dan Kuantan. Mustahil syarikat Loji untung dan warga di Gebeng juga untung. Tidak pernah lagi dalam sejarah ekonomi sosialis atau kapitalis akan wujud situasi sama sama untung.
Dalam bahasa orang kampong - tidak mungkin towkay untung dan kuli juga untung. Saya tahu ada juga yang berani berkata sedemikian. Untuk saya ini adalah kata-kata dari orang gila yang tidak faham asas ekonomi. Kita selalu mendengar/membaca kata-kata – win win situation - kata-kata ini datangnya dari mulut politikus United Malays National Organisation yang kerjanya hanya menipu orang ramai.
Dalam sisem ekonomi kapitalis pelaburan dibuat untuk membawa untung. Justeru balak ditebang untuk menguntungkan towkay balak. Mustahil penebangan balak ini akan menguntungkan kera dan siamang dalam hutan, jauh sekali Orang Penan. Tanah sawit dibuka dikatakan untuk membawa peluang pekerjaan. Ini kata-kata dari seorang munafiq yang menyurukkan niat asalnya untuk mencari keuntungan dari tenaga buruh pekerja ladang sawit ini.
Saya amat berharap yang para pembaca yang budiman telah faham bahawa politik itu ialah ekonomi. Perebuatn kuasa politik itu ialah perebutan kuasa ekonomi. Kerana itu kempen politik adalah kempen tentang dasar ekonomi. Jika para pembaca telah memahami sudut ini maka dengan senang sekali para pembaca akan memahami apa dia politik terkini didalam negara kita.
Biar saya jelaskan disini bahawa para penyokong sistem ekonomi kapitalis tidak henti-henti merancang untuk merebut kuasa politik agar mereka dapat membolot semua punca ekonomi. Rasa saya ini fakta yang jelas dapat kita lihat dalam budaya politik United Malays National Organisation. Justeru kaum kapitalis ini akan menyokong United Malays National Organisation kerana parti ini menyebelahi kepentingan mereka.
Bagitu juga pendukong yang mengajukan sistem ekonomi sosialis – mereka juga akan menyusun penyokong. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis yang menyokong ialah kaum pemodal dan pelabur. Dalam sistem ekonomi sosialis yang menyokong ialah kaum buruh, kaum tani dan warga miskin yang hidup tanpa harta kekayaan.
Justeru, sekali lagi saya tunjukan wujudnya pertembungan antara dua sistem ekonomi. Lalu pertanyaan muncul dimana hendak kita letakan Negara Kebajikan yang telah diajukan oleh parti Pas?
Biar saya terang dengan sejelas mungkin tentang Negara Kebajikan ini. Negara Kebajikan bukan satu sistem ekonomi. Jangan sesekali silap untuk mentakrifkan bahawa Negara Kebajikan ini adalah satu sistem ekonomi. Bukan.
Negara Kebajikan ini muncul dari satu sistem ekonomi. Negara Kebajikan dilahirkan dari sistem ekonomi sosialis. Hanya sistem sosialis sahaja yang memiliki kudrat dan iradat untuk membawa kemunculan Negara Kebajikan. Lalu timbul persoalan bahawa Pas ini bukan parti sosialis. Pas mengakui diri sebagai parti Islam. Pas sebuah parti Islam adalah kenyatan yang betul dan tepat.
Wajib kita sedari bahawa Islam itu adalah agama kepercayaan dan bukan sistem ekonomi. Dalam kitab suci Al-Quran yang di munculkan adalah ayat-ayat yang membawa naratif-naratif contoh yang menggambarkan Negara Kebajikan. Justeru terpulangkan kepada si penganut untuk menggunakan akal dan fikrah untuk melakar dan mencipta satu sistem ekonomi yang melahirkan Negara Kebajikan.
Ditahap tamadun manusia hari ini Negara Kebajikan hanya dapat diwujudkan melalui struktur sistem ekonomi sosialis. Lalu timbul satu lagi persoalan – bukankah sosialis ini tidak beragama dan tidak bertuhan?
Saya rasa masa dan ketikanya telah sampai untuk kita semua berani membebaskan diri dari diperangkap oleh propaganda ‘perang dingin’ yang mengatakan bahawa penyokong sistem ekonomi sosialis ini tidak bertuhan. Ini sebenarnya lahir dari kejayaan propaganda licik ketika pertempuran hebat antara dua ideloji sistem ekonom. Idealogi sistem kapitalis yang dikepali oleh Amerika dengan sistem sosialis yang dipimpin oleh Russia. Pertemporan ini berjalan hebat bermula sesudah Perang Dunia Kedua hingga runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989.
Adalah betul dan tepat apabila kita mengatakan bahawa sistem ekonomi kapitalis atau sosialis tidak memiliki agama dan tidak memiliki tuhan. Sistem ekonomi ini samalah seperti injin kereta yang wujud. Tugas injin hanya untuk bergerak dari Kampong Ini ke Kampong Itu. Tidak mungkin injin kereta ini beragama dan bertuhan.
Biar saya terangkan lagi sejelas mungkin tentang beza agama dengan sistem ekonomi. Ini agar kita semua akan memiliki padangan yang cerah dan terbuka. Biar saya tunjukkan bagaimana Syed Mukhatar seorang penganut agama Islam yang selalu bersedekah tetapi dia juga ialah seorang kapitalis yang besar. Harta kekayaan Syed Mukhtar datangnya dari tenaga kaum buruh.
Seornag lagi kapitalis besar ialah Bill Gates. Bill Gates tuan empunya Microsoft adalah seorang atheis. Apa yang ingin saya paparkan ialah bukan agama dan kepercayaan yang penting tetapi akidah. Bill gates dan Syed Mokhtar memiliki akidah yang sama sebagai kaum kapitalis. Kaum kapitalis mencari untung. Akidah mereka ialah keuntuntungan maksima. (TT)
(bahagian dua minggu hadapan)
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
31 ulasan:
Parti Islam yang gunakan ekonomi sosialis.
satu lagi kupasan bernas dari tt
patut disebarkan dengan meluas supaya lebih ramai rakyat sedar apa yang sebenarnya berlaku disekeliling mereka.
3 more iklan clicks for you bro :)
Telah banyak tulisan tukar tiub memperlihatkan dia tak faham tentang Islam yang cuba disamakan dengan agama lain yang memisahkan aktiviti ekonomi dengan agama. Kepercayaan dengan aqidah pun masih dipisahkan. Susah kalau baca buku orang putih, melayu saja, bila baca quran, hadith dan kitab2 asal, rujukan asal Islam tak faham, tapi mengaku lebih faham Islam dari Hj Hadi atau Nik Aziz. K
Dah agak dah akan ada reply daripd orang spt Tanpa nama 3:35 PM.
kat sekolah dulu gua pernah dengar surah negara Arab pakai sistem ekonomi Islam.
hhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahaah
Pastu Malaysia pakai sistem ekonomi campuran.
memang lancau KBSM menipu.hahahahahahaa!
Agama ialah kepercayaan. No such thing as sistem ekonomi Islam.Kalau dah kapitalis tu kapitalis je la.nak bersalut-salut berjenama-jenama pulak.
Kepada Tukar Nama 3.35 maksud Bro TT tu merompaklah merembatlah menipu duit rakyat, kayakan keluarga kayakan kroni atas nama ekonomi
sistem ekonomi adalah salah satu cabang dalam islam ulama telah lama membahaskan tentang ekonomi islam ini dengan begitu perinci ia termasok jual beli, pajak memajak, gadaian dan sebagainya,sistem ekonomi ini termasok salah satu ciri2 negara kebajikan.
saya setuju tt bukan seorang ulamak atau ulapak ... tetapi beliau memberi huraian yang berkisar pada penilaian dari sudut ilmiah ekonomi global sebab kalau di sebut sebagai ilmiah ke 'agamaan' orang umno akan tolak awal-awal, kepercayaan adalah sesuatu yang rapuh berbanding aqidah ... jangan terkeliru dalam soal ini... aqidah adalah sesuatu yang hakiki dan tiada toleransi tentangnya ... maaf, bukan seperti umno yang aqidah mereka hanya nak kekalkan kuasa walau dengan apa cara sekali pun.. bagi mereka matlamat menghalalkan cara (kalau saya tak silap ini ideologi chauvinis) ... walaupun bro tt tak menggunakan nas hadith mahupun ayat Qur an tapi bagi saya cukup untuk memberi kefahaman kepada sesiapa yang membacanya ... kalau kita sengaja nak mencari kesalahan dan kesilapan, undang-undang dan perlembagaan malaysia tu pun lebih banyak kesilapannya kalau kita nak cari ... tapi apa yang tt huraikan tu adalah jelas dan terperinci dalam segi perbezaan ekonomi kapitalis dan ekonomi sosialis ... sepanjang yang saya baca semua entry tt bermula dari pelancarannya di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu tak pernah beliau mengaku beliau lebih faham tentang islam dari Ust. Hadi atau TG Nik Aziz ... saya sendiri pernah menegur dalam ulasan saya kepada tt tentang beberapa isu tetapi itu bukan tiket untuk memperlekehkan tulisan beliau. cuma dalam keadaan sekarang kita perlu lebih bersifat terbuka ... tak salah kita memperbetulkan orang yang tersilap, tetapi Allah paling murka orang yang mengaku berbuat sesuatu perkara yang tidak mereka lakukan ... jelasnya ... sekarang siapa yang lebih prihatin kebajikan rakyat ...? umno atau pas ...?
Tahniah TT,
Yg selalu org tak paham ialah mereka dimomokkan dgan dongeng org kapitalis bahawa sosialis tu tak beragama jahat dan sebagainya... kan elok jika kerajaan berkongsi kekayaan bersama rakyat, jika rakyat dapat duit lebih maka kerajaan akan mendapat keuntungannya... dulu semua kerajaan yg tanggung, tp lepas revolusi penswataan di malaysia rakyat terpaksa bayar harga yang tinggi... Golongan kapitalis atau kaum pemodal serta politikus ini yg mendapat keuntungan...rakyat biasa hanya jadi pemerhati sahaja... hari ini golongan sederhana yang terasa bahang ketidak seimbangnya ekonomi, harga barang yg melambung naik,utility yg melambung naik serta harga makanan yg melambung...sepatutnya kerajaan yg mengawal kaum pemodal tu, bukan mereka yg mengawal kerajaan, sbb kerajaan itulah pemodal yg terbesar(pemegang harta rakyat)... jika kerajaan sayangkan rakyatnya, maka ada sedikit imbuhan yag semua akan dapat... maka lengkap sebuah kitar kehidupan...
P/s: Bayangkan seorang ahli politik boleh beli rumah jutaan ringgit dalam tempoh pentadbiran beliau, bgaimana pula jika lagi besar jawatan mereka.... kita pasti akan tertanya apa yg mereka pakai??? siapa yg biaya mereka??? sbb rakyat pendapatan sederhana mcm kita nie 30 tahun kerja pun tak mampu lagi... Pernah tgk wakil rakyat tahun 80an kaya macam tu!!!
Mahathir kata Bn dah amal negara kabajikan.. pastu dia kuor kenyataan Malaysia akan muflis kalau amal negara kebajikan erk.. tak paham den.. mana satu betul..
Paparan yang bagus sekali Abang TT
Semoga warga pembaca sedar
Selama ini ditipu oleh gerombolan
Berbagai cara digunakan
Untuk terus berkuasa
Demi mempertahankan POKET
Ketuanan Melayu
Keutuhan Kerabat Raja
Agama Islam
Semuanya demi mempertahankan POKET
GEROMBOLAN
Kedai 1 Malaysia Gerombolan Bagi KAT MAMAK PANDEY KUTTY
kah kah kah
Masih terkesan pembaca Gerombolan
mengintai dan mendirikan
Benang Yang Basah
Masih Bodoh & Tahyul
Dayus Fikiran
Kerana Jaga Periuk Nasi
EKONOMI LAH TU MANGKUK
Sokong Tanpa Nama 3.35 yg TT tidak faham Islam. Ulasan mengelirukan. Saya bimbang kefahaman TT sebagai satu lg fikiran baru apabila TT menyebut 'Wajib kita sedari bahawa Islam itu adalah agama kepercayaan dan bukan sistem ekonomi'. Hrp TT rujuk pada yg lebih aim dari menyebarkan fahaman yg keliru begini. Apabila sebut Islam, tidak ianya condong pada kapitalis atau sosialis. Islam lahir untuk membentuk satu sistem ekonomi, perundangan, kekeluargaan dan lain2 yg lebih baik dan sempurna dari lain2 sistem dan kepercayaan. Tak perlulah TT nak berkuliah tentang visi dan misi Pas berkaitan Negara Berkebajikan. Adakah TT salah seorang panitia yg di lantik oleh Penerangan Pas Pusat. Pastinya tidak, krn ulasan TT sangat bercanggah dgn apa yg Pas nak bawa. Hati2 tentang ilmu yg dimiliki, bimbang iaya tersentuh akidah. Kelak berlaku seperti perbalahan tentang alquran itu makluk atau tidak.
Sokong Tanpa Nama 3.35 yg TT tidak faham Islam. Ulasan mengelirukan. Saya bimbang kefahaman TT sebagai satu lg fikiran baru apabila TT menyebut 'Wajib kita sedari bahawa Islam itu adalah agama kepercayaan dan bukan sistem ekonomi'. Hrp TT rujuk pada yg lebih aim dari menyebarkan fahaman yg keliru begini. Apabila sebut Islam, tidak ianya condong pada kapitalis atau sosialis. Islam lahir untuk membentuk satu sistem ekonomi, perundangan, kekeluargaan dan lain2 yg lebih baik dan sempurna dari lain2 sistem dan kepercayaan. Tak perlulah TT nak berkuliah tentang visi dan misi Pas berkaitan Negara Berkebajikan. Adakah TT salah seorang panitia yg di lantik oleh Penerangan Pas Pusat. Pastinya tidak, krn ulasan TT sangat bercanggah dgn apa yg Pas nak bawa. Hati2 tentang ilmu yg dimiliki, bimbang iaya tersentuh akidah. Kelak berlaku seperti perbalahan tentang alquran itu makluk atau tidak.
dah cuba bawa fahaman sosialis kominis pulak dah...dia ingat orang lain nak telan bulat-bulat.
make it simple:
sosialis = jaga kebajikan rakyat yg susah seperti petani dan buruh, sbb tu lambang komunis ialah tukul dan pahat
kapitalis = jaga kebajikan towkay2 dan syarikat2 besar
*malaysia ialah negara yg amalkan sistem kapitalis, sbb tu media dan sistem pendidikan di malaysia gemar mendiskreditkan sistem sosialis. sbb parti politik GEROMBOLAN pun dibiaya puak2 kapitalis. sbg balasan, dasar2 kerajaan malaysia juga harus menguntungkan puak kapitalis(cukong). contohnya: penswastaan, dan IPP.
===
sosialis ialah sistem ekonomi, Islam ialah agama. yg tak percaya tuhan ialah orang2 yg berfahaman sosialis, bukan sistem ekonomi sosialis. even orang2 yg sokong fahaman kapitalis pun ada yg tak percaya tuhan
sifat tak percaya tuhan ialah soal keperibadian seseorng, orng yg tak percaya kewujudan tuhan ada dimana mana, tak kenal bangsa, negara, atau sistem ekonomi.
bagi aku sistem ekonomi sosiolis lah yg paling selari dgn ajaran Islam. kapitalis sangat bercanggah dgn Islam
sosialisme mahukan persamaan.
kapitalis pula menyebabkan manusia saling bersaing, mendominasi satu sama lain, dan saling mengeksploitasi.
sistem sosialis mahukan kekayaan negara dikongsi. dalam sistem kapitalis, kekayaan dibolot oleh puak2 tertentu (towkay2 besar)
madinah di zaman nabi dulu adalah satu contoh negara kebajikan . dalam Quran dirujuk sbg thoyibatun warabbun ghafur (welfare state). Ia tak dirujuk sbg Negara Islam (Islamic State), cuma beberapa taun kemudian baru dipanggil Islamic State.
===
negara kebajikan adalah salah satu ciri negara Islam.
negara BERkebajikan la bukan negara kebajikan.
Agama Islam telah memerintah sejak zaman madinah sehinggalah jatuhnya kerajaan othmaniah. Pelik kalau Islam hanya memerintah yang berkaitan aqidah saja, tak menyentuh soal kehidupan yang begitu luas termasuk soal ekonomi dan sebagainya. Pelik bila ada yang pisahkan aqidah dari kepercayaan, percaya kepada Allah dll itu bukan makna akidah, percaya kepada sistem sosialis dan kapitalis itu bukan pegangan atau aqidah dalam bahasa Arab. Jika ditakdirkan PR memerintah nanti sistem dan kepercayaan mana yang nak dipakai, sosialis, kapitalis atau Islam, cina DAP akan pakai sosialis ke?, PAS akan pakai Islam atau sosialis? atau kapitalis tetap menjadi amalan. Orang Islam sepatutnya banyak baca buku-buku Islam dari sumber yang asal.
Di sana ada hanya ada SATU TUHAN untuk semua. TUHAN menyuruh melakukan kebaikan sesama manusia dan mencegah kemungkaran. TUHAN menyuruh melakukan keadilan untuk semua dan menentang kezaliman. Contoh ikutan negara kebajikan yg harus di jelmakan adalah NEGARA MADINAH NABI (SAAW) yg harus di surahkan kepada semua. Sila rujuk PIAGAM MADINAH dan SURAT AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABU TALIB Kepada Gabenor Basrah MALEK ASHTAR.
Banyak sangat nama Tanpa Nama sini.
Tolong guna nama lain
negara kebajikan yang telah di wartakan oleh TG HJ HADI yang hangat dibicarakan oleh semua lapisan,
apa yang boleh dibuat kesimpulan keatas perbicaraan tersebut ramai yang telah tersasar dari makna kebajikan yang dimaksukan oleh TG HJ HADI sebagai seorang ulama beliu bercakap atas dasar islam bukan atas dasar hawa nafsu oleh itu negara kebajikan yang dimaksutkan oleh beliau ialah negara yang mengamalkan dasar2 islam dalam sistem pemerintahan.
dalam isu poligami, amat wajar anugerah insentif atau elaun bulanan kepada para isteri serta ekstra untuk jumlah anak mengikut ibu masing-masing. Contoh: seorang wanita bermadu akan dapat RM200, manakala seorang wanita bermadu yang ada anak akan mendapat RM200 + RM50 bagi setiap orang anak. sekurang2nya nasib dara tua, janda dan ibu tunggal terbela serta dapat menikmati pengalaman dalam perjuangan membina sebuah keluarga. hidup janda! hidup dara tua! hidup ibu tunggal!
Ni bukan ko Sham .., tapi budak-budak TT yang tulis. Its OK.
ya .., make it simple tapi jangan confuse it.
Islam = Agama = Kepercayaan.
Bro, ini zaman bila punya kupasan dah.
Islam = Ad-deen = Sistem Hidup Total
Pasal tu kita diharus sebut "solat" bukan sembahyang, sebab org bukan Islam pun sembahyang cara dia. "Sholat" terus memberi makna lengkap kepada satu ritual wajib bagi org Islam. Sama ler puasa dll. Kita Islam tak puasa macam sami Hindu. Depa boleh ngap susu & sayur tapi takleh daging.
Aku setuju Islam tidak menetapkan satu-satu sistem ekonomi yang wajib diguna-pakai. Macam pakaian lah bro. Atau amalan adat-adat tertentu yang tidak bercanggah dengan segala nilai yang dibawa Islam itu sendiri.
Pakailah macam ultraman pun - janji tutup aurat. Maka tok alim, ulamak, sifu-sifu kena beri takrif aurat itu dengan jelas & nyata.
Apa jua amalan sistem ekonomi termasuk kapitalis boleh saja diguna-pakai selagi tidak bercanggah dengan Islam.
Maka adalah kerja & tanggungjawab bijak pandai bidang-bidang berkaitan untuk membentuknya, mencirikannya hingga ke tahap mekanisma pelaksanaannya.
Tak usah asyik salahkan orang lain lah bro .., terutama bila kita sendiri terhegeh-hegeh.
9 Julai tetap rumble!
aku bukan anti sosialis atau anti kapitalis. tapi aku musykil kalau ekonomi sosialis tu membawa kebaikan kenapa negara sosialis/komunis ditumbangkan satu persatu oleh rakyat sendiri..rakyat macam terhimpit kena merantau sebab kurang pekerjaan dan susah nak cari makan..cuba bagi contoh negara maju yang rakyat berpendapatan tinggi dan hidup selesa yang mengamalkan sistem sosialis?? yang kita benci kaki rasuah bukan pelabur..kapitalis ni pelabur la..niaga memang nak untung.. Sekarang mana ada buruh paksa..kebanyakan pekerja ada kesatuan sekerja. Nak hidup kena kerja. Nak kaya kena belajar selok belok niaga..Nampak orang kaya dok benci..usaha tak mahu asyik dok lelong ideologi sosialis suruh benci orang kaya apa benda macam tu..
..satu contoh yg baik,(classic case) 'win-win'/untung-untung adalah sepertimana HILANGNYA PULAU BATU PUTEH KPD SINGAPURA..di suarakan oleh RAISROGOL@UMNO@BN
Syariat Islam diturunkan ke dunia ini demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia meliputi yang Islam dan bukan Islam
Ajaran atau syariat Islam mencakupi komponen AKEDAH, AKHLAK dan SYARIAH
Kesemuanya wajib dipelajari dan diamalkan serta diseimbangkan penekanya jika mahu mencari dan mendapatkan nikmat Islam sepenuhnya. Ini janji Allah
Di bawah komponen SYARIAH tersebut letaknya agenda ekonomi Islam atau muamalat yang kini terkenal dengan sistem perbankan Islam, kewangan Islam, Bon Islam, Insuran Islam dan Pajak Gadai Islam
PAS jgn temberang la. Abuya kata tarbiyah ahli ante dulu. Dia tdk pertikaikan apa sistem pun janji syumul dan tak menipu. PAS lama memerintah tapi satu rujukan pun tarak. ini namanya cakap tak serupa bikin. professional don't blame whatever system but the practitioner. Pakar kata weigh the risk agaisnt the risk. maksudnya ilmu biar sejajar dgn akhlak. bukan macm cukong. biar sejuta sistem, ikut pangkalnya pengamal itu sendiri. tapi kita ada ahli yg gah hanya pd prinsip, berdegar-degar dgn kepercayaan tapi amalannya...tanya cambrigde tentang ekonomi arqam. tanya abduh.
Anon 23 Jun 2011 9:18
TT
1. Kalangan umat Islam yang mendokong sistem ekonomi Islam, sistem ekonomi Islam hanya wujud di zaman kegemilangan tamadun Islam iaitu dari kurun ke 4 hingga ke 12. Kerana lepas itu ia diambil oleh sistem ekonomi kapitalis dan sosialis
2. Maknanya, yang wujud sekarang ialah sistem ekonomi kapitalis atau sosialis seperti yang ditulis oleh TT di atas.
Bukti penting kewujudannya ialah wujudnya apa yang dipanggil mekanisme pelaksanaan dalam bentuk carta organisasi, kemudahan dan peralatan, sistem dan tataca yang diperlukan untuk menterjemahkan agenda ekonomi kapitalis dan sosialis yang banyak berbeza di antara satu sama lain.
3. Sistem kewangan Islam yang mencakupi perbankan Islam, bond Islam, saham Islam, insuran Islam, pajak gadai Islam dan zakat Islam seadanya itu hanya sebahagian daripada agenda atau sistem ekonomi Islam. Yang lain masih dalam lipatan kitab kuning yang menunggu diterjemahkan dalam konteks pelaksanaan moden seperti yang telah berjaya dilakukan terhadap agenda kewangan Islam
Cuba la baca sejarah Robert owen. Apa robert owen tu orang Islam ke ape?
Penulis kurang memahami maksud negara kebajikan yang dibawakan oleh PAS. Boleh rujuk buku yang akan ditulis & dikeluarkan sedikit masa lagi oleh TG Haji Hadi Awang.
Anon 24 Jun 2011 12:32 AM
"PAS jgn temberang la. Abuya kata tarbiyah ahli ante dulu. Dia tdk pertikaikan apa sistem pun janji syumul dan tak menipu. PAS lama memerintah tapi satu rujukan pun tarak. ini namanya cakap tak serupa bikin. professional don't blame whatever system but the practitioner. Pakar kata weigh the risk agaisnt the risk. maksudnya ilmu biar sejajar dgn akhlak. bukan macm cukong. biar sejuta sistem, ikut pangkalnya pengamal itu sendiri. tapi kita ada ahli yg gah hanya pd prinsip, berdegar-degar dgn kepercayaan tapi amalannya...tanya cambrigde tentang ekonomi arqam. tanya abduh."
Komen:
1. Jika sdr golongan kemanusiaan -ahli ekonomi, sains sosial, sains politik, undang2, sejarah dab sdr tanggungjawab sdr ialah membangunan dan memajukan ekonomi negara atau membentulkan kepincangan yang ada yang menghalang ia terus maju dari segi dasar, teori, falsfah, konsep, pelan, model dan strategi2 iaitu seperti yang dilakukan oleh PM, DSNajib dengan model dan pelan transformasinya itu
2. Jika sdr golongan teknikal atau applied sains - jururancang, arkitek, jurukurbahan, jurutera dsb tanggungjawab sdr ialah memikirkan mekanisme penterjemahan dalam bentu carta organisai, kemudahan dan peralatan, sistem dan tatacara yang diperlukan untuk menterjemahkan dasar,teori, falsafah ................... yang dikemukakan oleh golongan kemanusiaan tersebut kepada realiti yang mereka diinginkan Jika ini sdr tidak lakukan, maka dasar, teori, falsafah..................tersebut akan tinggal sebagai retorika sahaja.
3. Sdr golongan mana?
Catat Ulasan