Ahad, 2 September 2012

TANDA UNITED MALAYS NATIONAL AKAN DI GULINGKAN SEMAKIN JELAS




KOMENTAR TUKAR TIUB

semakin jelas kebencian orang ramai
terhadap united malays national organisation

setiap aksi jalan raya
semakain ramai yang turun

janji demokrasi
satu lagi petanda
bahawa united malays national organisation
semakin dibenci oleh anak anak muda

janji demokrasi di dataran merdeka
telah di banjiri oleh anak anak muda
anak anak muda semua bangsa

tetapi awas!

gerombolan sedang merancang untuk menipu dipru
sedang menyusun jalan untuk memastikan
pakatan rakyat akan kalah

penipuan sedang di rancang
awas dan wasapada!

INI TANDA BAGUN MELAWAN




HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI PRA BN AKAN TUMBANG - harakah daily

KUALA LUMPUR: Himpunan Janji Demokrasi terus berjaya walaupun diugut dengan berbagai ancaman supaya rakyat jangan menyertainya, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, puluhan ribu rakyat daripada berbagai latar belakang bangsa dan agama berhimpun dengan satu tekad supaya demokrasi dipulihkan, pilihanraya adil mesti dilaksanakan.

“Kehadiran tanpa diupah dengan wang dan tarian K-Pop. Datang dengan tekad untuk melihat perubahan politik di negara ini.

“Alhamdulillah himpunan berjalan dengan aman dan harmoni,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya satu lagi bukti tanpa provokasi dan gangguan polis maka seramai mana pun yang hadir ia akan terkawal.



Beliau berkata, sudah ada tiga himpunan aman yang besar berjalan dengan damai, Bersih 1.0 pada 10 Nov 2007, Himpunan Oren (14 Julai 2012) dan Himpunan Janji Demokrasi (30 Ogos 2012).

Tambahnya, hampir 80 peratus yang hadir ialah anak muda dan ia gambaran yang menakutkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan PRU13.

“Jika dilihat daripada kehadiran pada malam tadi pemetaan politik Malaysia akan berubah insya Allah merupakan pra akan tumbang BN di dalam PRU akan datang.

“Reformarsi ini lebih hebat daripada tahun 1998, kerana penyertaan yang menyeluruh daripada berbagai bangsa, sedangkan sebelumnya hanya dari kalangan orang Melayu sahaja,” katanya lagi.

Jika dahulu, kata beliau kebangkitan rakyat kerana marah kepada individu yang bernama Dr Mahathir, sedangkan sekarang kemarahan kepada sistem yang tidak adil dan dasar-dasar yang tidak menguntungkan rakyat.

Menurutnya, rakyat hanya menunggu masa untuk buat perubahan dan bila-bila masa mereka sudah bersedia untuk mendapat kerajaan baru.

Tegasnya, mereka tidak sabar untuk menterjemahkan protes mereka melalui peti undi


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham memang betul gerombolan barisan nasional akan kalah walaupun menipu dalam pru 13 kerana tahap kebencian rakyat sudah mencapai tahap gaban. Tetapi seperti bro cakap sekiranya pilihanraya boleh mengubah keadaan sudah lama pilihanraya diharamkan, rasanya kemungkinan besar pru 13 tidak akan diadakan gerombolan pasti akan cuba kekalkan kuasa secara haram seperti peristiwa 13 Mei 1969. Dengan berlakunya trajedi ini gerombolan dapat berkuasa mutlak melalui Majlis Gerakan Negara(MAGERAN). Menerusi Mageran semua tentangan ke atas gerombolan dimusnahkan parti pembangkang akan ditindas sama ada menjadi sangat lemah, hancur atau terpaksa bekerjasama dengan gerombolan seperti yang berlaku pada tahun 1969-1971. Pada waktu ini badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung dan tidak berfungsi, pengerusi mageran memiliki kuasa penuh dan memerintah secara decree (absolute dictactorship). Pilihanraya Umun ke 13 adalah pilihan terakhir gerombolan sekiranya semua provokasi untuk mencetuskan huru-hara gagal. Selepas ni banyak provokasi akan dibuat oleh gerombolan dan kuncu-kuncu antaranya filem Tanda Putera supaya berlaku permusuhan diantara orang melayu , cina dan india. Kena berhati-hati sedikit kesilapan membawa padah kepada cita-cita rakyat untuk menukar kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Bagus!Mari kita ramai-ramai tumbangkan gerombolan dan mat monggol.Putrajaya bukan mak bapak dia punya harta.Pi mampos la mat monggol.Kalau tak faham demokrasi mat monggol harus dihalau keluar dari malaysia.Mari kita tengok simonggol ni dihalau ke monggolia.Kah..Kah..Kah.

Tanpa Nama berkata...

najib takut segala. bini, rakyat berhimpun telur pun dah serimpun dah, nak umum pru pun telur serimpun...dia ni mana pernah jadi leader pru...naik dulu sepak paklah turun...paklah steady lagi dari dia ni...dalam tido pun boleh menang besar...kalau tak tidor tak tau lahhh.....wah ha ha..

Tanpa Nama berkata...

Hisham bawak suwey pada PKR concert anjuran Hisham Carburator Dung tunjuk buntut dapaat bantahan dan kritikan dari puak-puak PR,Demontrasi janji bersih dicemari aksi tunjuk buntut dan tukar bendera juga mendapat kritikan dan cemuhan dari perbagai pihak dalam PR ,Hisham memang bawak suwey...ha...ha..ha patutlah tak de jawatan dalam PKR ,jawtan pembancuh kopi pun tak dapat sebab muka sembab...ha..ha.ha