Isnin, 8 September 2014

BERITA BARU MASUK




FORUM 

DITERUSKAN





KENYATAAN MEDIA PASMA

Pihak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa sebagai sebuah badan bukan kerajaan akan meneruskan forum Pas + Umno: Ke Mana Halatuju? seperti yang dijadualkan.

Berikutan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyerang PasMa, maka PasMa akan meneruskan forum bagi menjelaskan kepada masyarakat fungsi dan barisan kepimpinan PasMa.

Pihak PasMa juga akan menjawab semua tohmahan dan laporan songsang berkenaan badan kami ini.

Dengan ini, kami berbesar hati menjemput rakan media untuk turut serta membuat liputan progran anjuran PasMa pada malam ini bertempat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur jam 8 malam.

Sekian untuk makluman terkini dari PasMa.

Terima kasih,

Yang benar,
Taib Ahmad
Setiausaha Agung PasMa
010-885-33-06


----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas dah jadi parti dictator. nak join persatuan pun tak boleh. kalau biarkan, lambat laun nak join parti Tupperware pun tak boleh.

ahli pas kena bangkit. tegakkan perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

TN 1054PG..

hang ada paham tak? Yg isi borang dulu tu, sumer sama saja ngan makcik felda kene mantra dgn BN. Blom mandrem pun dah meleleh air liur. Mcm2 mandrem jumpa rasulullah la..masuk berak dlm kaabah la.. kalo betul mimpi pun, duduk diam2 sudah la. Ini diap buat iklan dan taglines kerana bersih suci utk online dgn Allah Taala.

Org melayu ni, pantang sebut nama Allah. Terus menggelupoq punyer. Tambah2 yg berkopiah dan berserban. Hilang akal bila ditakut2kan dgn ayat2 agama. Time ni habaq dia dpt terbang mcm ultraman pun, dah terima bulat2. Apa lagi? sekonyong2 terus menggeletar bertaqwa utk jadi kaya raya dgn bersedekah bagai2..

Betul.. nak minta apa2 dr org melayu.. tusukkan jarum agama.. habis anak bini dia akan sedekah sumer sekali. Silap haribulan, telor 2 bijik pun dia turut bagi lu buat sup.

Bukan kita benci agama. Bukan kita benci Allah. Tapi kita benci ulamak pukimak mcm ni. Bila kita dah mula bagi harapan.. inikah harapan yg diberikan? PR takder sibuk pun MB Kelantan yg baru tu mcm pondan. PR takde sebok Terengganu Kedah lingkup sbb Hadi Biol dan cenderung UG. Mengapa Ulamak sebok dgn kebolehan org lain? Janji nak bagi terlungkup BN. Kita cuba pun sudah nak jadi masalah. Ulamak2 biol dlm PAS membuatkan ahli dan penyokong turut biol jugak? Tolong jgn bodohkan ahli dan penyokong2.

1Crony berkata...

Aku yang usia melewati setengah abad ini pun berasa risau dek kerana menjadi penyokong PAS dari zaman Lebai Kampong lagi. Tak pernah aku tengok begitu ramai cenderung kepada PAS semasa Ust Fadzil Noor (Allahyarham) menjadi Presiden dengan pendekatan beliau mengambil golongan profesional dan berfahaman liberal masuk beramai-ramai ke dalam PAS. Anwar pula selepas itu (keluar penjara) bertindak menarik sokongan kaum Cina dan India terhadap PAS dan PR. Tapi kini semuanya akan hancur dan musnah dek kerana Tuang Presideng Hadi Awe bersama menantu, anak dan puak UG-nya. Berpolitik bukankah untuk merebut kuasa? Kemanakah arah tuju PAS tanpa adanya kuasa? Sesungguhnya Selangor telah menjadi batu nisan buat PAS..... Golongan pengundi atas pagar, pengundi yang mula berjinak dengan PAS, belia-belia yang celik politik dan layak mengundi, kaum Cina dan India serta mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi (Anwar Ibrahim) akan berasa marah, benci dan terlalu prejudis terhadap golongan yang mengelar diri mereka Ulama Serban Tinggi (berperangai seperti Bani Israel). Sama juga seperti UMNO yang memerlukan masa 50 tahun lagi bagi memulihkan imej mereka di mata rakyat, PAS juga perlu sekurang-kurangnya 50 tahun lagi untuk melakarkan semula imej mereka yang tercalar amat teruk di mata para penyokong dan rakyat yang memandang imej parti berjenama Islam yang jauh sekali melambangkan keIslamannya.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik...semua Muslim wajib mencintai dan menyayangi Rasulullah s.a.w....bukan.mencintai uladalamsemak UG ni...sikit pon takde Rasulullah s.aw. Suruh Mengkhinati kawan....atau menghalalkan cara ni....kluar mcm2 dalil hadith utk menghalalkan perbuatan mereka....poyo la geng UG ni...sombong...pasal tu belom menang2 pon.lg.... Sebab memang takde niat nak menang sgt....kesian abg mat...pegilah join hassan ali tu kalau nak sgt berpadu padu dgn umnok yg dulu ckp rasuah tak amanah tu...sembang akidah lah akhiratlah...last2 berahi nak berancok dgn rosmah...pawaukapyalah!!!