Selasa, 13 Januari 2015

RASUAH- RASUAH








Kontrak KDN kepada 

MyEG ancam 

keselamatan negara, 

kata PKR 


PKR hari ini membidas tindakan Putrajaya memberikan kontrak pembaharuan "PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)" ‎kepada syarikat swasta MyEG dan mendakwa ia hanya akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul, ‎tugas MyEG secara jelas melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara boleh berdepan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kontrak-kdn-kepada-myeg-ancam-keselamatan-negara-kata-pkr#sthash.HQqx36An.dpuf


AMALAN MONOPOLI MYEG MUNGKIN MELANGGAR AKTA PERSAINGAN

KEADILAN AKAN MEMBUAT ADUAN KEPADA SURUHANJAYA PERSAINGAN

Pada 7hb Jan 2015, kami menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas isu penganugerahan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sejumlah RM95 juta kepada syarikat swasta MyEG.

Seminggu sudah berlalu, seperti yang dijangka, Ahmad Zahid masih membisu atas isu ini.

Pada masa yang sama, kami terkilan dengan pengumuman bahawa MyEG juga diberikan tugas untuk membezakan pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mengikut penjelasan MyEG kepada Bursa Malaysia bertarikh 9 Jan 2015, tugas mereka termasuk menggubal, mengenal pasti, menyelenggara, mengemaskini serta menganalisa pangkalan data pekerja-pekerja asing serta majikan di Malaysia.[1]

Selain itu, MyEG juga ditugaskan untuk mengumpul (capture) biometrik digital majikan dan wakil majikan supaya dapat mengesan majikan yang mempunyai bilangan pekerja asing yang luar biasa.

Kami  terkejut dengan pendedahan ini kerana maklumat yang didedahkan kepada syarikat swasta adalah maklumat sensitif yang menyentuh hal-ehwal imigresen negara kita. Sebarang risiko kebocoran ataupun salahguna maklumat bakal mengancam keselamatan serta kedaulatan negara kita.

Persoalannya, mengapakah pembaharuan PLKS dan pembersihan PATI mesti ditugaskan luar kepada syarikat swasta dan tidak boleh dikendalikan oleh Jabatan Imigresen sendiri? Mengapakah majikan yang menggaji pekerja asing terpaksa membayar sebanyak dua kali, iaitu sekali kepada Jabatan Imigresen dan sekali lagi kepada MyEG?

Kami juga menegaskan bahawa pengendalian pembaharuan PLKS oleh MyEG merupakan satu bentuk monopoli kerana majikan tidak mempunyai pilihan lain selain melalui sistem MyEG. Mereka terpaksa membayar RM38 kepada MyEG, dan jika tidak membeli insurans dengan MyEG, tanggungan bayaran akan meningkat kepada RM58.

Kami percaya amalan monopoli ini telah menjejaskan kepentingan pengguna/orang awam dan mungkin telah melanggar Akta Persaingan 2010. Kami memberi tempoh 24 jam kepada Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada orang awam sebelum kami membawa kes ini ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).


YB Dato’ Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat



-----------

4 ulasan:

Awanama berkata...

Kakitangan 1.4 juta orang mana cukup.. kene tambah jadi 8 juta orang, inipun xcukup sbb hampir sumua dalam gomen, bukannya buat kerja pun. Semuanya mcm zombie otak lemau, tunggu gaji hujung bulan saja.

Ini projek mesti dicipta. 95 juta tu kecik. VO kurang2 200 juta, baru padan muka rakyat bodo. Nak duit, boleh tingkatkan saman dan naikkan cukai, rakyat xleh buat apa2 punya. Yahuu.. jadi menteri mmg berbaloi2 kaya..

Awanama berkata...

Kenapa orang orang bshalol nak kaya ber gaya cepat dan mudah buat kerja kerja lahanat ????

Bahalol ke , Banggang ke ???

Awanama berkata...

Gwa sokong lu !

keselamatan negara hanya slogan pura pura untuk perbodohkan rakyat biasa .

Pembayar cukai tegar tak mampu diperbodoh atau ditololkan .

Awanama berkata...

apa nak bising... cina bagi rasuah... melayu terima rasuah.. ini hakikat... hujung tahun boleh cuci dosa buat umrah buat haji... beres.. apa susah... cina buat kerja tak betul... melayu berkuasa laksana undang 2... sama.sama kompromi....rasuah ini baik sejak zaman.dr mahathir... dibiarkan saja supaya orang melayu boleh mendapat kekayaan dengan cara pantas dan.mudah....nak.tipu kena ada cara... mudah nak tipu melayu....pakai duit...pakai lendir... pakai hadiah...lebur lah... yang munke.2 tu pun sama cuma.kos jaga munke.tinggi....siap.golf shoping kah kah.kah rasuah sudah menjadi budaya malaysia..
.semua biarkan.semua relakan....apa.nak.bising 2....tengok keliling....tempat masuk.rasuah conform melayu pegang....check.lah dia.pakai kereta apa...rumah berapa.biji....isteri berapa orang belum campur GF lagi kah kah kah
saya sokong rasuah.. sebab rasuah melayu maju kaya raya sekarang kah kah kah