HARI KEDUA
saperti yang telah dijanjikan
kuala lumpur teduh dan redup
tengah hari hujan turun
petang disekitar tadi
dikawan rumah gwa
ada kabus
dikawan rumah gwa
ada kabus
bulan jun biasanya
matahari ditengah tengan khatulistiwa
tapi kali ini masih redup
apakah yang telah dijanjikan
apakah nikmatnya
apakah yang telah dijanjikan
apakah nikmatnya
kelmarin hari pertama
agak keras untuk gwa
hari ini
hari kedua telah reda
tidak macam kelmarin
hari ini santai mantai
hari kedua telah reda
tidak macam kelmarin
hari ini santai mantai
jumaat malam kuala lumpur sibuk
hujung minggu
hujung minggu
gwa mahu keluar rumah
cari makan
gwa bawa bekal buah petai
bekal rambutan
masuk restoran
cari mee wantan dengan itik
ini memang terbaik
gwa ada restoran tak jauh dari
tempat gwa
tapi gwa tahu mahu tulis diman
takut luu semua datang
bawa jais dan jawi
naikkan harga wantan itik gwa
SELAMAT BERBUKA
---------
5 ulasan:
Tanggung sendiri bro.
Kalu pi sandakan ada satu kedai cina (dia cakap dia baba melake) selepas check point nak ke Lahad Datu, berhadapan dgn jalan masuk ke kilang sawit segaliut kedai cina nie punya sup memey mari. Yg paling tak tahan sambal belacan dia. Sup perut campor dgn nasi kosong beserta sambal belacan sure nangis bro.
La nie tak tau la ada lagi ke tak kedai nyonya tu.
sedapnya petai..jering..pucuk ubi rebus..buah kerdas..pucuk gajus..pisang kapas masak lemak..jantung pisang rebus..buah terung asam..dicecah pula sambal belacan..tak payah la bufet2 ramadhan di hotel..bufet2 ni tak dapat mengalahkan petai jering semua..bufet2 semua ni mengkayakan cukong..cukong besar kepala sorang pun tak berani lawan..tak lama lagi dengarlah mari berbuka puasa hidangan babi..tiap2 tahun mesti ada isu babi dan arak di bulan ramadhan..tp tangkapnya tidak..semua takut cukong..halau je cukong ni semua..hapuskan sekolah pelbagai aliran di tanah melayu ini..
JAWI dan MAIS jadi bebudak baik dalam bulan puasa ini
Bukan Mat Kampau lah.....
Sebelas bulan Mat Kampau tak dosa.... Bulan Puasa ada dosa.....
"Sumpah kami x bawak Jawi Jais..." pesan anak mufti Harussani
Tt kedekut..yg murah balun senyap2..yg kena gst tinggai ke kami..prp tu ..ni tekaan ambo..penyamun pwrompak praty
Catat Ulasan