Selasa, 23 Jun 2015

INI MESTI KERJA CHINA



Pegawai ‘atasan’ Mara tipu beli hartanah RM65 juta Australia, lapor akhbar

Seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia, lapor akhbar The Age hari ini.

Dalam laporan eksklusifnya, akhbar Australia itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan harga lebih besar bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.


Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

Ia memetik seorang pemiutang Australia, ahli perniagaan John Bond yang memberitahu: "Pembelian itu menipu warga Australia dan melibatkan rasuah yang serius, tetapi tiada sesiapa pun dipertanggungjawabkan," katanya.

The Age turut berkata kumpulan warga Malaysia sama juga terlibat dalam pembelian pelbagai hartanah seperti blok pangsapuri dan pejabat di Melbourne bernilai A$80 juta.

Dudley International House (gambar, kiri) merupakan sebuah asrama pelajar dibeli Mara, badan kerajaan yang memberi biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Bumiputera.

Bangunan lima tingkat itu yang terletak di pinggir bandar, East Caulfield, boleh menempatkan sehingga 115 pelajar Mara yang menuntut di Universiti Monash.

Menurut angka kerajaan, seramai 20,000 pelajar Malaysia menuntut di Australia setiap tahun, dan Melbourne merupakan antara destinasi popular. – 23 Jun, 2015.


KAH KAH KAH
woit
gwa rasa ini mesti
china punya kerja
china DAP yang makan babi
yang tak sunat
yang tak sembahyang
yang tak pecaya tuhan
kerja rasuah macam ini
mesti kerja kapir
yang tak percaya hari kiamat
yang tak caya bidadari
\
APA PUNYA KAPIR

--------------

2 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Ini mesti keje kapir yang semayang sekali seminggu...cuci cebok pakai tisu..yang hidupnya hantam saja janji untung..yang minum beer 1 katurn tak mabuk...yang tak der pantang halal haram...celaka punya jerman...aku kalau jerman buat keje..aku maki...kalau bumiputera...yes...Yes..there are the best......kakkakakakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

MARA tu orang orang jenis papa kedana saja kan...