Rabu, 17 Jun 2015

PROJEK MALAYSIA SEMAKIN GAGAL







KOMENTAR
semua semakin jelas
semua semakin terbarai
terlalu banyak pekara yang orang ramai tahu tahu

warga asal sabah tidak tahu
warga asal sarawak tidak tahu
apa isi butir perjanjian
menubuhkan malaysia

malah di semenanjung juga tidak tahu
tidak diberitahu bahawa  projek malaysia ini
adalah projek british untuk mengepong bung karno
untuk memadamkan gerakan merdeka PARAKU
pasukan rakyat kalimantan utara

orang ramai tidak diberi tahu
bahawa rakyat sabah sarawak dan berunai
telah bangun berjuang mahu merdeka
mereka angkat senjata melawan british

sabah sarawak dan berunai
ingin mendirikan KALIMANTAN UTARA

apa yang terjadi dengan istana johor ini amat baik
untuk pertama kalinya orang ramai diberitahu
bahawa ada perjajian lagi antara johor dengan persekutuan



'Jika langgar perjanjian, Johor terkeluar M'sia'

Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.

Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.

Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.


KAH KAH KAH
ya ampoooon
ya maulana
kah kah kah

BEST DE BEST

--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit...perjanjian perlu ada saksi, tarikh dan mohor (yang tulin bukan yg botol punya)

Gambar tu acah acah saja...tak laku. Kalau tak, mesti dalam huruf jawi bah...

Tanpa Nama berkata...

AIK !!!!!!!!

MAT BAHALOL TAK POWER POWER SANGAT LAH

Bahalol SAJA

fidel castro berkata...

mungkin malaysia akan berpecah seperti Russia?

Tanpa Nama berkata...

Perjanjian sabah dan sarawak dah berapa kali langgar sampai menjadi status negeri.sendiri mau ingatla, kekayaan itu mau memakmurkan negarakah atau memakmurkan diri sendiri.