Selasa, 28 Julai 2015

HIGH NOON - DI PUTAR JAYA








JENG JENG JENG

HIGH NOON

PUTAR JAYA


Penyingkiran Gani ketika siasatan 1MDB kukuhkan teori konspirasi Najib 

Penyingkiran secara tiba-tiba Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.
"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.
"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.
"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.
"Saya sekarang risau kalau anggota pasukan petugas khas siasatan 1MDB yang lain akan menerima tekanan dari atas. Dan adakah anggota Kabinet yang sering mengkritik akan turut dipecat?"
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penyingkiran-gani-ketika-siasatan-1mdb-kukuhkan-teori-konspirasi-najib#sthash.B9S5PYog.dpuf

KAH KAH KAH
woit
buang muhyiddin
buang afdal
1MDB tetap ada
kah kah kah
tak akan selesai

TERUS LAGi


---------

Tiada ulasan: