Khamis, 6 Ogos 2015

MENUNGGU JAWAPAN







MENUNGGU 
GODOT


15 SOALAN 

MENUNGGU 

JAWAPAN




Anak kepada Menteri Besar Johor,  Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

Berikut  adalah 15 soalan yang dibangkitkan Akmal Saufi di Facebooknya:

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?


Posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi itu sudah dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.

Malah di bahagian komen juga dipenuhi dengan pelbagai komentar yang setuju dengan soalan-soalan yang dibangkitkan.

KAH KAH KAH

HIDUP JOHOR

--------------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Gilo ko budak ni....1 soalan pun edok dapat dijawap eh...bukan ...bukan..bukan soalan althanthuya..bukan..lagi lama punya soalan....itu pun edok dapat dijawapnya...soalan apo...ni...ado bertanyo...saiz suar dalam badak brrapa..pakai ke dak...itu pun edok dijawapnya..ko nak minta 15...gilo punya budak....kakkakakaka