Khamis, 12 November 2015

SESAMA BERINGAT







iNGAT

MENGiNGATi

SESAMA KiTA

KOMENTAR
mari kita semua berhati hati
politik semakin tegang
politik untuk merebut kuasa
apa dia dibelakang kuasa
dibelakang kuasa ialah
harta kekayaan dunia

KERETA SALAHUDIN
kereta salahudin disabotaj
bukan satu yang baru

dari surah s.husin ali
kita pernah terbaca
bagaimana  tuan syed
yang sedang membonceng
sebuah motosikal
hampir maut apabila
kereta dari belakang
tetiba datang melanggar
ini berlaku di kelantan




Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh


Ketika ketegangan  Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.
Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.
Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.
Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.
“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.
Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.
Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.
Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.
Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya.





---------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perangai Gengster sudah macam kat Nigeria saja

Budak Bahalol sudah banyak

Islam hanya di Kad IC saja

Orang Melayu rata rata nya pon

Tanpa Nama berkata...

Baru tau betapa brutalnye betina dan jantan kelate ye. Kalau duit derma pun mereka boleh kaut sebanyak2nya masuk poket anak beranak. Kalau berjuta2 duit ustaz dan cikgu2 pun mereka boleh buat melancong dan jadikan elaun wakil rakyat. Kalau balak pun mereka boleh bagi kat cina tebang licin sampai banjir tsunami. Maka kejadian sampai nak bunuh orang di jalan raya ni sebenarnya benda kecik saja bagi mereka. Gedebe dan jahat kau ni pegilah bawa mampos sampai ke kubur. Kau tunggulah azabnya!

panglimo potaseh berkata...

PAS lawe Amanah, kalau kiok, dua-dua akan syahid .. lawe, lawe .. asah golok, asah kapak .. tapi Si Cina tetap dengan kerjanya membalak di Ulu Kelantan .. orang Kelantan tetap tiap tahun akan terima ujian Allah iaitu banjir .. banjir ini disebabkan oleh hujan lebat .. kalau banjir lumpur disebabkan oleh lumpur.

Tanpa Nama berkata...

hari2 dok ceramah agama, ngaji, ilmu usul , ilmu hukum hakam..takkan kelatan jd mcm tu..kes ypeim lg..apa suda jadi..sejak arwah nik aziz meningal, mcm2 bala dkelantan..ke sume bangkai tu dh ada tp dtutup rapat.ni yg mahatir syg sgt kat kelantan ni.

DDKB berkata...

Gilo ko...dekat tahiland tuuu...mana mana gangster hata dari johor kena lalu situ tu..kalau nak lari atau beli senjata...ganah...ganah..gedebe....ini semua salah anwar ibrahimlah ni....kakakakakakka