Selasa, 23 Februari 2016

HAJEE AZEEZ ABDEEL RAHEEM





EE


HAJEE AZEEZ ABDEEL RAHEEM PERLU LETAK JAWATAN DARI TABUNG HAJI JIKA TIDAK MAHU TABUNG HAJI JADI TUMPUAN POLITIK

Saya berterima kasih kepada Hajee  Azeez Abdeel Raheem yang memberi maklumbalas yang pertama semalam (seperti dilaporkan BERNAMA) sejak isu kedudukan kewangan Tabung Haji mula timbul. Beliau dilaporkan meminta supaya pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah terhadap Tabung Haji.

Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji. Apatah lagi rekod Hajee Azeez Abdeel Raheem sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik.

Saya rujuk kepada penyata Dewan Rakyat bertarikh 16 Mac 2015 iaitu kali pertama saya menimbulkan risiko yang dihadapi oleh Tabung Haji jika terbabit dengan 1MDB. Penyata Dewan Rakyat mukasurat 79 adalah seperti berikut:



 EE


Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, reaksi Hajee Azeez Abdeel Raheem di dalam Dewan Rakyat ialah dengan menjerit “bohong” sedangkan sebulan kemudiannya beliau sendiri terpaksa mengakui bahawa Tabung Haji telah membeli tanah kerajaan yang dianugerahkan kepada 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda.

Sehingga kini, beliau tidak pula menampilkan angka-angka untuk menafikan perkara-perkara yang saya timbulkan selain dari mengulangi bahawa ini adalah fitnah belaka.

Sebab itu, jika beliau tidak mahu Tabung Haji menjadi tumpuan politik, maka sebaiknya Tabung Haji tidak boleh ada campur tangan politik. Maka saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji.

Sementara itu, minggu ini saya akan terus mengemukakan 3 lagi pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

EE

------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KHOR DHING GHELL

Salah siapa

Melayu Melayu kan bangsa BODOH BANGGANG BAHALOL

Nak salah kan siapa pulak

Bela BEWAK jaga Ayam

Kari KEPALA BEWAK power Okay

Mamak , bawak BEWAK mari satu !!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ingatan untuk penduduk Baling yang undi malaon Azeezz ni:

berilah amanah kepada ahlinya.

dan kepada Tabung Haji sendiri:
berilah amanah kepada ahlinya. jika tidak maka ia PECAH AMANAH !!!

seberapa ramai orang dalam Tabung Haji tu pun tak boleh fikir benda2 asas ni ???

Usop ali berkata...

maloan ni memang x layak pun...panjat gunung boleh la...

Tanpa Nama berkata...

Beliau dilaporkan meminta supaya pihak-pihak tertentu tidak "mempolitikkan" Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah terhadap Tabung Haji.
--------------------------------------------
mempolitikkan?
bukan kah si malaon azzezzz ni juga ahli politik??

ingatan untuk tabung haji. jika tidak mahu terlibat dengan politik & malaon2 politik bodoh seperti azzezzz ni maka sila lucutkan dia dari jawatan pengerusi !!!