Khamis, 17 November 2016

I REST MY CASE




roketkini.com

Baju Merah tak perlu risau ‘lapar’, banyak gerai jual makanan – Hishamuddin Rais



KUALA LUMPUR, 17 NOV: Peserta gerombolan Baju Merah yang lapar pada 19 November ini boleh mendapatkan makanan dan minuman yang banyak dijual gerai-gerai berdekatan.
Menurut Ahli Jawatankuasa BERSIH Hishamuddin Rais, berdasarkan pengalaman himpunan aman BERSIH 1,2,3 dan 4 yang lalu, penyokong Jamal tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan makanan.
“Saya fikir jika penyokongnya (Jamal) lapar, ada banyak warung pada hari itu. Ini pengalaman BERSIH 1, 2, 3 dan 4.
“Tak ada masalah untuk dapatkan air, nasi kandar atau nasi bungkus,” kata beliau pada sidang media di pejabat Bersih hari ini.
Hisham berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos semalam.
Jamal dilaporkan berkata beliau tidak dapat memberi jaminan sebarang tindakan pengikutnya yang ‘lapar’ semasa menghadiri protes menentang BERSIH5 pada Sabtu ini kerana pihaknya tidak menyediakan makanan kepada pengikutnya. – Roketkini.com


---------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TONGKOL cakap cakap SOMBONG tuh....

BELUKANG ada dapat DUIT belanja BRIYANI lah bila naik ke darat

Biasa lah

Mana ada PERCUMA semua nya

Bebudak BAHALOL mana lah nak buat kerja PERCUMA , paling sengkek pun BILYON BILYON lah

Kena pulak anak anak buah OTAK REMPIT.... Bukan bebende baru nih pun.

Yang lama HIDUP DULU pun sudah kena SEKSA KUBOR sekarang nih gara gara tamak dunya

Tak REBAH tak guna lah

Rakyat nak CUTI UMUM saja.

Tanpa Nama berkata...

Wow.. seronok la BAJU MERAH pun datang. Lapar darah ka?

Perjuangan mesti ada pertempuran. Ahlan wasahlan.

DIDI KOTA BELUD berkata...

dia nak SARCASM kan kita...lapar takdee hal...tapi bagiler sorang SERAT...siapa bak bayar kaki kaki sebat n lepas cekiki...kang dia jual agama dan bangsa dalam gerai tu tak pasal 2 geng kuning kena settle...mcm tak biasa buat....kakkakaka...geng kuning....sound sedia tokey gerai...pintu blakang kasi kunci...kang banyak alasan nak gi tandas terus kabur...sebelum dia pekenakan aku..baik aku kenakan dia balik..duduk lah situ sampai pagi heeeeeeiiiiiiii....

Tanpa Nama berkata...

APA yang penting..jangan lah boros sangat elaun yg diberi..rokok sekotak pun dah berapa henget !!$$

Tanpa Nama berkata...

Tapi anggap diri tu ketua. Mcm mana boleh anggap diri ketua yang bagus kalau tak dapat tetapkan dan control langkah dan tindakan ahli sendiri. Dan lebih teruk lagi, mcm mana nak gelar diri memang ketua kalau awal2 belum apa2 lagi dah kata tak boleh kawal ahli sendiri. Kalau bos jamal hanyir, iaitu najib, bagitau awal2 dulu masa pertama kali dia jadi pm dan bentuk kabinet, najib kata dia tak dapat kawal tindakan menteri dia sndiri, dah tentu najib kena gelakkan satu dunia. Kalau ketua twit negara kata tak boleh kawal tindakan anggota polis, dah tentu dia kena tukar jabatan. Kalau kapten kapal tak boleh kawal tindakan kelasi, dah tentu jadi mutiny on board. Jamal, kau amat hanyir, mcm mana busuk mcm kau ni mengaku jadi ketua??

Loh CK berkata...

Hmmm... ada ikan bakar kah?

Tanpa Nama berkata...

Dapur Jalanan

Orang lapar , kita haros kasihan
Kalao dedak belom sampai , memang lapar oi
Kita jemput dia orang makan ber-sama sama di
Dapur Jalanan.



Tanpa Nama berkata...

takyah cite bab lapar dan bab makanan laa..baju merah tu kalo bagi nasi bujang dgn air reverse osmosis pun ok..baju merah dgn satu tujuan ialah melawat putrajaya, melaawat klcc, melawat zoo..diarong tau nak makan angin free je..tak caya esok, suruh wartawan tanya geng2 baju merah apa tiu demokrasi?apa itu demo?apa tiu bersih??sure diorg akan kata bersih nak jadikan malaysia berperang macam syria..bersih dipergunakan amerika fbi utk meyinkir pm yg dilantik oleh mereka..atau baju merah akan kata, kalo najib turun takhta dari pm,nanti siapa nak bg br1m..tak da br1m takda broommm...