Khamis, 23 Februari 2017

BILA NAK SIASAT KES 1MDB?








Kenyataan Media: KEADILAN Mendesak Kerajaan Menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja siasatan 1MDB dan melantik Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Abu Kassim mempengerusikannya.

23 Februari 2017

Parti KEADILAN mengalu-alukan langkah permulaan menyiasat Skandal Forex BNM, tetapi, pendirian parti adalah untuk menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja untuk menyiasat skandal tersebut. Suruhanjaya Di-Raja akan memberi kredibiliti dan kuasa yang meluas untuk mencari kebenaran terhadap kes yang begitu lama.

Kami juga memandang tindakan Pentadbiran Perdana Menteri Najib menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat Skandal Forex BNM lebih kurang 30 tahun yang lalu, tetapi membubarkan Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB 6 bulan yang lalu menujukkan double standard dan hipokrasi pentadbiran Perdana Menteri Najib. 

Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB terdiri daripada 4 Tan Sri, iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Zeti Aziz, Tan Sri Abu Kassim Mohamad dan Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dibubarkan oleh Peguam Negara baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Pendirian parti KEADILAN adalah mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal Forex BNM dan juga penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal 1MDB juga. Segala skandal raksasa yang merugikan rakyat harus disiasat dan didakwa ke muka pengadilan.

Maka dengan ini, KEADILAN ingin mendesak kerajaan jangan bertindak “double standard”, mereka harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal 1MDB. 

Laporan Suruhanjaya Diraja boleh digunakan sebagai asas kukuh untuk menuntut aset dan wang bernilai berbilion-bilion ringgit daripada kerajaan Amerika Syarikat. 

Aset dan wang tersebut sekarang amat diperlukan oleh Malaysia untuk menyelesaikan hutang 1MDB yang kini amat terdesak. Wang dan aset tersebut sekarang telah dibekukan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat. Pada hikmah kami, penubuhan Suruhanjaya Di-Raja Siasatan 1MDB bukan sahaja boleh mencari kebenaran tetapi boleh juga mendapat wang balik dari Amerika Syarikat. Ini lebih berbaloi.

Penubuhan Suruhanjaya kini amat terdesak kerana beberapa negara seperti Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat telah mengambil tindakan serius termasuk penutupan bank, pemenjaraan bekas ahli bank (banker) Jho Low, dan penyitaan aset. Tetapi buat masa ini, pihak berkuasa di Malaysia masih kelihatan sunyi sepi. 

Satu persatu pegawai yang menyiasat telah bersara. Jika kerajaan boleh melantik Tan Sri Sidek Hassan yang telah bersara dalam pasukan khas siasatan Forex BNM, KEADILAN mencadangkan supaya Suruhanjaya Diraja boleh melantik high-powered individu seperti Tan Sri Zeti dan Tan Sri Abu Kassim ke dalam Suruhanjaya Diraja tersebut. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap siasatan tersebut.


SIM TZE TZIN
Ahli Parlimen Bayan Baru
Pengarah Biro Strategi Parti Keadilan Rakyat






------------------

Tiada ulasan: