Jumaat, 9 Jun 2017

KESAH FELDA DARI ANAK FELDA





KESAH FELDA


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  atau Federal Land Development Authority yang diasaskan oleh Almarhum Memanda Tun Razak mempunyai sejarah yang menarik.FLDA adalah brainchild Tun Razak dan beliau amat prihatin akan perjalanan dan arah tuju nya.
.FLDA di jaga dengan rapi dan jika  FLDA itu dikatakan anak emas Tun Razak ,tak ada sesiapa yang akan pertikaikan.FLDA menjadi kebangaannya..dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh.

Kasih sayang Tun Razak terhadap FLDA dicerminkan dengan pelantikan sahabat serta mentornya Tan Sri  Taib Andak sebagai Pengerusi.Beliau juga merupakan matchmaker Tun Razak dan Tun Rahah. Penjawat Awam tanpa tanding dari Johore Civil Service dan kemudian Malayan Civil Service dan personality yang utuh. Lain lain pegawai MCS yang amat dipercayai oleh Tun Razak seperti Raja Alias Muhammad ditarik masuk kedalam FLDA.

Namun pegawai2 tinggi tersebut yang cekap serta berhemah kadang kala tidak berupaya menangani  Peneroka 2 Perintis FLDA tanpa  penglibatan Bomoh FLDA dari Lambor Kiri ,Perak.Mungkin generasi sekarang termasuk generasi  ke tiga atau ke empat FELDA tidak pernah mendengar siapakah Bomoh FLDA.Apatah lagi Kabinet sekarang?

Dato'' Yeob Mahidin bin Dato'  Mohamed Shariff digelar oleh Tan Sri Taib Andak sebagai Bomoh apabila berlaku kachau bilau  melibatkan peneroka...Keadaan di Sekim FLDA awalannya benar2 tempat jin bertendang.Peneroka2 pula sudah tentu lah datang dari golongan yang tak berada atau bertanah halaman dari kampong masing masing. Kalau tidak masakan mahu jadi peneroka yang hanya diberi elaun 69 ringgit sebulan.Dengan lain perkataan perintis Peneroka FLDA adalah insan insan yang GEDEBE.

Pak Yeob pula merupakan  Pengarah Pertama Rejimen Askar Wataniah,War Hero,Force 136,Penjawat Awam dan bertitihan Hulubalang bagi Kesultanan Perak(tak dapat dipanjang lebar terlalu panjang).Memadai dengan penglibatannya di FLDA dari 1963 Sebagai Pegawai Hal Ehwal FLDA).Beliau juga dimasukan ke dalam FLDA atas sikap keprhatinan Tun Razak terhadap FLDA.

Pak Yeob lah bergegas turun padang bila masalah peneroka timbul...mogok.hostage taking.bakar rumah dan apa saja  yang pegawai 2 MCS atau PTD tak leh tangani Tok Bomoh  selesaikan.Tok Bomoh disegani oleh peneroka mahu pun Pengurusan.Selain dari mempunyai kepribadian  yang tinggi beliau tidak mempunyai apa apa kepentingan .Raja Manusia katakan.

Awalan ke Akhiran.Generasi lama telah berlalu.Dato" Zakaria Arshad pewaris peneroka.FELDA  pun disanjungi warga2 FELDA umumnya.Rakyat  secara am menyebelahinya  dan kagum sifat GEDEBE  bertempat yang di pamerkan.

Lagi pun apalah sangat keisimewaan Bomoh Kelabit dan keupayaannya nak ubati FELDA   .Dato'' Zakaria  dari FELDA Palong dan bukannya Polong.Yang patut di botolkan ada lah Toyol..Kalu Bomoh Kelabit tak tahu Toyol tu aa...Toyol tu macam budak kecik.

Memanda Tun Razak pakai Bomoh Lambor Kiri jaga warga FLDA.Orang nya tersohor pejuang bangsa.An Officer and a Gentleman...

Memanda Najib wajiblah cari yang lebih hebat dari Bomoh Kelabit.Malahan Bomoh Kelabit pun pernah cuba mengubati Pesakit MAS tapi pesakit pun kembali tenat.Mungkin tersalah ubat...

DARI

ANAK FELDA



----------------

3 ulasan:

Mohd Yazid berkata...

Yg kita diberitahu Tun Razak membuka hutan dara untuk dijadikan FELDA. Tapi siap yang dapat konsesi balak semasa pembukaan tanah tanah rancangan fELDA itu? Dengarnya dua juta ekar.... banyak tu!

Tanpa Nama berkata...

Najib ada ziana. Razak ada sapa? Kah kah kah

Dua2 ada penyedap,

Tanpa Nama berkata...

hah jgn lupa ..projek buku hijau arwah tun razak ni nampak hebat..dlm waktu tun razak itu la ada peneroka tanah di teluk gong kena hambat dgn fru..peneroka telok gong buka tanah utk cucuk tanam tp tun razak tak bagi..kalo felda bole dibuka utk tanaman, nape org biasa tak bole buka tanah utk cucuk tanam utk makanan..bg gua, tun razak adalah agen2 british..mbuka tanah dan megawal keluarannya agar dibayar murah sb british perlukan bahan2 asas, bahan2 semula jadi kalo bole semua free, tak payah bayar..jgn lupa zaman industri di british..kereta, sawit getah asal brazil semua dibayar ke malaysia..ni sama dgn guthrie..lepas merdeka saham guthrie masih diniagakan di UK..united kingdom buka ulu klang bro..tiap kali nak bayar peneroka, mesti kata harga jatuh..pengawai2 felda yg ada dikampung2 pun kaki songlap gak..tp duit songlap itu dibawa tunaikan umrah dan haji di mekah madinah, kasi suci, allah pun redha..