Sabtu, 30 Disember 2017

SEKOLAH DAN BELAJAR











SEKOLAH

BELAJAR
dibangku sekolah kita telah belajar
untuk berlumba-lumba
agar kita berjaya

berjaya ertinya
kita belumba lumba
mengumpul harta
mengumpul duit
mengumpul  kuasa

kita 
diasuh diajar dididik
untuk bijak berkata-kata
untuk bijak memanipulasi
untuk 
menjual diri kita
agar 
kita dilihat berjaya

kita gagal faham
erti persahabatan  setia
erti setiakawan berpanjangan
tanpa
memikir untung rugi

akibatnya
masyarakat kita jadi kacau
nilai yang kita bawa
menghuru harakan keadaan

sabenarnya ramai
antara kita mahukan
sebuah masyarakat
berasaskan kasih sayang
bantu membantu
tolong menolong
berseraya
bergotong royong
membina hidup bersama
dalam satu masyarakat kamil

niat dan cita cita ini
adalah 
sama hebatnya
sama gagahnya
saperti niat
mereka yang mahu
mengumpul
 semua harta kekayaan




---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustart Pas pun dah berjaya. Dulu2 masuk kampung naik motor, sekarang pandu Audi Q7, Porsche, Range Rover bagai. Alhamdulillah syukur kepada Allah yg tumbuhkan balak balak di hutan. Islam dah maju, jubah dan serban putih bersih dan suci dari kain mahal harga ribu riban. Sesungguhnya kenderaan yg baik, pakaian suci bersih dan isteri yg ramai adalah lambang kebesaran dan kemajuan islam. Amiin syukur ya Ilahi.