Khamis, 19 April 2018

PAKATAN AKAN SELAMATKAN TANAH MEAYU






GADAI
NAJIB GADAI

TANAH MELAYU

PADA 

CHINA MERAH

KERANA HUTANG

YG BUAT HUTAN

JHO LOW

MUSTAHIL TAK

FAHAM FAHAM



Dr M: HARAPAN semak semula pinjaman China jika menang Putrajaya


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN)  Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyemak semula pelaburan dan pinjaman dari China jika gabungan itu menang dalam pilihan raya 9 Mei ini, lapor Associated Press (AP).

Dalam temu bual pada Rabu lalu, beliau berkata Malaysia mempunyai pinjaman besar dari China dan mungkin tidak dapat membayar balik.

Beliau menyebut Sri Lanka yang memberikan hak pemilikan pelabuhan Hambantota ke China pada pajakan 99 tahun sebagai balasan atas bantuan hutang.

Beliau menyebutkan bagaimana Sri Lanka memberikan hak milik pelabuhan Hambantota ke China pada pajakan 99 tahun sebagai balasan atas penerimaan bantuan hutang.

"Kami merasakan akan berhenti meminjam. Kami akan cuba merundingkan semula syarat-syarat pinjaman.

"Dalam kes-kes projek (China), kami mungkin perlu mengkaji sama ada kami akan meneruskannya atau kami akan memperlahan atau pun kami merundingkan semula syarat-syaratnya," katanya. 

Gabungan pembangkang telah menyatakan kebimbangan pelaburan China di Malaysia yang memakan kos perbelanjaan berbilion-bilion ringgit, termasuk projek bernilai RM55 bilion Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), yang mana 85 peratus pinjaman mudah disediakan oleh China Export-Import Bank (Exim Bank) .

Satu lagi projek yang dibiayai oleh China ialah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM12.5 bilion.

Dilaporkan pada bulan Februari, China melabur RM4.77 bilion dalam 33 projek pembuatan tempatan dan juga terlibat dalam 22 projek pembangunan hartanah, dengan nilai pembangunan kasar terkumpul sebanyak RM581.2 bilion.

Putrajaya berulang kali menafikan pelaburan asing yang besar akan mengancam kedaulatan Malaysia.


PRU14

PAKATAN MENANG

AKAN

SELAMATKAN 

TANAH MELAYU

DARI JADI

TANAH JAJAHAN

CHINA MERAH






-----------------------

Tiada ulasan: