Isnin, 7 Mei 2018

KERAJAAN BARU DI MALAYSIA







KERAJAAN BARU

RABU INI



PH dapat 111 kerusi parlimen di Semanjung, perintah 7 negeri – Invoke

Kajian yang dibuat oleh Invoke mendapati, Pakatan Harapan (PH) akan menang 111 kerusi parlimen dan 253 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia dalam pilihan raya 9 Mei ini.

Menurut kajian itu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 54 kerusi parlimen dan 192 kerusi DUN menurut kemas kini data terbaharu.

Paling menyedihkan, kajian Invoke itu tidak memberikan sebarang kerusi untuk Pas dan bakal kehilangan negeri Kelantan dalam PRU kali ini.

BN dijangka merampas Kelantan dari tangan Pas manakala Husam Musa menjadi satu-satunya calon PH yang akan menang kerusi parlimen di Kelantan iaitu parlimen Kota Bharu.

Invoke menjangka, selain Putrajaya, PH akan memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Invoke meramalkan, BN akan kekal di Pahang, Terengganu, Perlis di samping mengambil alih Kelantan dari Pas.





------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau mcm nilah keputusang... nik omar akan jadi menteri besar Kelantan. kat mana nik beduh dan bonda dia nak letak muka? air mani terbuang ler katakana...

tokey balak mesti kelam kabut. bisnes dah tersekat...

Tanpa Nama berkata...

Rupanya ada kalangan pengundi samada yang sokong Pakatan ataupun yang atas pagar, tidak begitu 100% faham kaedah mengundi, jadi mereka bukanlah golongan yang buat keputusan atas well-informed decision.
1- Ada pengundi pertama kali atau baru sekali dua mengundi, tak kira muda atau tak, yang masih tak tau cara (dan keperluan) menyemak daftar pengundi masing-masing (guna sesawang spr iaitu https://pengundi.spr.gov.my).
2- Sebab tak tau semak, ada juga individu begini yang tidak tau siapa calon-calon serta parti yang bertanding untuk mereka pilih. Ada yang kata: nanti masuk dalam bilik undi tu dia tengok la siapa ada dalam kertas undi tu, kalau ada yang dia kenal maka itu la yang dia undi!
Tak tau la apa yang akan diundi kalau semua calon tak dikenali, kalau semua muka baru pada dia. Tapi selepas tu baru aku sedar, calon yang dia sangka dia kena pilih untuk mengundi tu sebenarnya calon untuk kawasan parlimen sebelah, poster calon tu ada jugak ditempel sekitar town dia!
Dan individu begitu tak tau pun nombor parlimen pXXX yang tertera atas poster tu adalah kawasan dia mengundi atau bukan.
Akan disambung...

Tanpa Nama berkata...

Sambungan...
3- Ada individu yang tak tau kita akan mengundi atas 2 kertas, 1 untuk Dun negeri dan 1 lagi untuk Parlimen persekutuan (kecuali pengundi Wilayah Persekutuan dan negeri Sarawak).
Maknanya untuk semua negeri lain ni, ada 2 undi yang berasingan dan tidak berkait antara keduanya. Jadi ada yang tak faham kalau dia suka la sangat kat calon Dun tempat dia (sebab hensem sangat mamat tu atau sebab datin tu makcik dia sebelah arwah bapak), boleh je dia undi orang parti tu, tapi untuk kerusi Parlimen pulak dia masih boleh undi calon parti lawan. Ini penting untuk orang Sarawak contohnya. Diaorang kan sangat sayang dengan BN lebih lagi sejak CM terdahulu arwah Adenan Satem. Memandangkan Pru14 sekarang takde pun pilihanraya untuk Dun negeri, jadi ini peluang terbaik untuk tetap kekal dengan kerajaan negeri BN yang mereka sayang tu, pada masa sama mengundi calon Pakatan dan bukan BN pula untuk kerusi parlimen kerajaan persekutuan, sebab mengundi calon bukan BN untuk Pru14 ni takde kacau sedikit pun kerajaan negeri sedia ada. Maka mereka tiada masalah la untuk sokong dan undi Pakatan pulak untuk parlimen dalam Pru14 ni supaya kerajaan BN sedar kuasa sebenar adalah pada rakyat baru la depa lebih peka apa orang sarawak mau, dan kalau Pakatan yang berjaya menjadi kerajaan persekutuan dapatlah tolong Sarawak lebih berkesan lagi.
Sebenarnya konsep ni sama je untuk semua negeri lain jugak.
Penting sangat konsep ni, sebab paling penting ialah kabinet najib kerajaan persekutuan BN jatuh dan pakatan tawan putrajaya, barulah MP dari Pakatan dapat menunjukkan program yang mereka cakap mereka perjuangkan selama ini (kerana selagi BN pegang kuasa selagi itulah diskriminasi terhadap kawasan MP Pakatan diteruskan - mengambil alih kerajaan persekutuan (secara demokrasi menerusi Pru14) adalah jauh lebih penting dari Pakatan berjaya menang 6 atau 10 kerajaan negeri!!

Tanpa Nama berkata...

Pertandingan hari rabu mcm final ucl antara liverpool dan real madrid. Semua org mau liverpool menang krn real madrid dah lama pegang ucl. Mrk nak tengok perUBAHan!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa gambar najib naik kapal terbang lari petang Rabu nanti.propaganda murahan tt.