Jumaat, 4 Mei 2018

SEJARAH POLITIK BACHOK








BACHOK

SEJARAH POLITIK


WahaI Pembacha TukarTiub yang budiman.
Bachok tempat Nik Abduh Nik Aziz berentap dengan   Dr Awang Adek (BN) dan calon PH mempunyai sejarah yang menarek. 

Tahun 1959 diwakili Al Marhum Dr Zulkifli Mohamad.Setelan Dr Zulkifli meninggal akibat kemalangan   Ustaz Abu Bakar Hamzah ganti pada 1964.

Dari tahun 1969  1974 (PAS  dalam BN)  1978 1982 dan 1986 diwakili Chegu Mat Zain orang lama PAS.

Pada tahun 1983 atas dasar setiakawan dengan Al Marhum Dato" Asri Hj Muda... Chegu  Mat Zain masok HAMIM partai serpehan PAS yang kemudiannya diserap ke dalam UMNO/BN. Jadi bila Chegu Mat Zain bertanding tahun 1986 dia dibawah tiket BN.Pada waktu itu salah  satu lagi serpehan PAS   yakni  Berjasa juga bersama BN dan dengan sokongan Berjasa beliau menang bawah BN.

Fakta yang manarek ia lah TGNA  tinggalkan kawasan selamat di Pengkalan Chepa bertanding dengan  sahabat karib nya Chegu Mat Zain pada tahun 1986. TGNA tewas tipis sebanyak 207 undi. Yang  pelek sekali Chegu Mat Zain tak kempen. TGNA pun tak kempen. Dua insan mulia yang bersahabat dan seperjuangan.Saling hormat menghormati.Tak ada gamak nak kempen. Setiakawan dan akhrab sehingga matinya Chegu Mat Zain dahulu.

Saya terpanggil menghurai kan kesah indah ini kerana alangkah indah nya jika Adinda Nik Abduh reciprocate sikit sebanyak apa yang Kekanda Nik Omar telah buat.Kelembutan Nik Omar lek lek macham TGNA. Cinta  setiakawan dan tauladan mulia Chegu Mat Zain dan TGNA perlu di chontohi. AlMarhum Ayahanda TGNA pun tidak kasar atau apatah putuskan siratul rahimnya kerana partai politik berlainan.

Samatelah laa Nik Omar dan Nik Abduh ni adek beradek,.Charek2 bulu ayam lama2 berchantum jua. 

Good luck to Dr Awang Adek 




------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

last sekali good luck to awang adek tu yg win. huahahahah