Rabu, 12 September 2018

MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU






MERAKAM SEJARAH  

PROJEK ISLAM MELAYU

‘I speaks the truth. You have every right to mention the truth and fact to the people and the rakyat…’ 

Ini kata-kata Agong kepada Anwar Ibrahim yang saya pungut dari YouTube. Kata-kata ini adalah petikan labon ceramah pertama Anwar  di Padang Timur satelah dibebaskan pada 16 Mei 2018 yang lalu.

Saya pungut ucapan ini kerana saya juga akan  mengekori  nasehat Agong kepada Anwar. Saya juga wajib  bercakap benar dan memaparkan fakta kepada rakyat dan orang ramai.

Menjadi tugas saya untuk menyangkal yang karut. Untuk mengenepikan berita palsu. Untuk menyebar luas maklumat yang betul. Untuk menganalisa kemungkinan baru.
  
Justeru, pada hemat saya pada ketika ini anak semua bangsa wajib bertanya arah ke mana negara bangsa kita ini sedang dipacu? 

Soalan ini  amat penting. Satelah 9 Mei  ruang demokrasi telah terbuka maka anak semua bangsa  wajib terus berhadapan dengan kebenaran dan mendapat  fakta.  Bukan lagi dikelentong dengan retorik dan berita  palsu. Kebenaran dan fakta  wajib  dipapar kepada umum. Amin.

Lalu satu lagi soalan timbul. Apakah projek sailang rancangan Mat Songel telah tamat? 

Jawabnya: Projek Mat Songel masih berjalan. Belum selesai. Belum tamat. Masih lagi wujud ? Betul wujud  - masih lagi berjalan.  

Biar saya nyatakan secara jelas bahawa projek sailang adalah projek yang mahu menghalang kelahiran  kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Mahathir Muhamad.  

Projek sailang ini mahu Pakatan Harapan gagal menubuhkan kerajaan. Projek sailang ini memastikan agenda reform - digagalkan. 

Pada 9 Mei 2018 anak semua bangsa telah memilih empat parti - PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH untuk memimpin negara ini. Fakta sejarah  telah menunjukkan kelahiran kerajaan PH bukan mudah.  Dalam tulisan-tulisan awal,  saya telah merakamkan bagaimana Mat Songel  yang menyamar sebagai Bidan Terjun telah cuba menggugurkan kelahiran kerajaan  baru ini. 

Walau pun akhirnya  Bidan Terjun telah gagal menghalang kelahiran PH ini tidak bermakna projek sailang Mat Songel  telah tamat. Atau telah dibubarkan.  Tidak. Projek sailang ini saperti gamat  dan hydra. Dipancung, dipotong dan  dicincang tapi  masih berupaya  menyambung diri untuk meneruskan projek mengsailang kerajaan Pakatan Harapan.

Projek sailang ini telah berubah bentuk satelah kerajaan PH baru berjaya ditubuhkan.

Sekali lagi saya nyatakan disini. Politik ialah kuasa. Dengan memiliki kuasa politik kita boleh memiliki punca ekonomi. Dengan memiliki punca ekonomi kita akan berupaya untuk memperkuat kuasa politik. Ini hukum politikal ekonomi yang tidak akan berubah-alih dimana saja politik bergerak. Di Amerika, di Eropah atau pun di Asia hukum ini semuanya sama.  Selagi sistem ekonomi kapitalis digunakan maka hukum politikal ekonomi ini akan wujud. 

Apa sangkut pautnya hukum ini  dengan Mat Songel dan Pakatan Harapan? 

Jawabnya cukup jelas. Mat Songel dan kuncu-kuncunya  mahu memiliki kuasa politik. Kumpulan Mat Songel sedang merancang untuk mendapat kuasa. Kegagalan untuk menghalang Mahathir dari menjadi Perdana Menteri tidak memadamkan cita-cita kumpulan Mat Songel untuk merampas kuasa.

Dalam masa yang sama para songel yang telah kalah  ini tidak akan menyerah diri.  Kalah ertinya hilang kuasa. Hilang kuasa ertinya masuk penjara.

Pada Khamis 10 Mei 2018  jam 11  pagi Najib yang masih lagi memimpin kerajaan penjaga  - caretaker goverment - telah membuat ucapan  siaran langsung dimedia leteronik. Isi ucapan Najib ini ialah ‘ …tidak ada satu pun  parti yang memiliki kerusi majoriti dalam PRU14…’  

Najib kemudian memperinci dengan menyatakan bahawa Barisan Nasional mendapat 79 kerusi, PKR mendapt 49 kerusi dan Pas mendapat 18 kerusi. Apa makna ucapan Najib ini?

Jam 5 petang pada hari Khamis  yang sama saya telah bertemu dengan Zahid Hamidi. Ini telah saya nyatakan dalam tulisan awal.  Zahid telah mengulangi kenyataan Najib tentang tidak ada parti yang memiliki kerusi majoriti.

Zahid telah mengeluarkan nota dari saku seluarnya tentang angka-angka kerusi yang dimenangi  oleh UMNO, PKR dan PAS

Sama saperti Najib, Zahid juga memisahkan kemenangan 104 kerusi Pakatan Harapan yang menggunakan   logo PKR. Untuk Zahid yang menang ialah  PKR  yang mendapat 49 kerusi.

Apa maknanya ini? Mengakui hanya  kerusi PKR bermakna mengenepikan kerusi AMANAH, DAP dan BERSATU. Apa udang ada tersimpan dibelakang Istana.

Ingatkan kembali tentang babak panggilan talipon. Satelah dibebaskan Anwar telah mengumumkan bagaimana Najib telah membuat dua panggilan talipon ketika dirinya masih lagi dalam tahanan. Ertinya panggilan  talipon Najib kepada Anwar dibuat  sebelum kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan. Sebelum Mahathir mengangkat sumpah dihadapan Agong.

Minggu lalu dalam temubual dengan stesen tv Siam  sekali lagi Anwar telah menimbulkan pekara ‘ panggilan  talipon Najib’.

Dari temubual  stesen tv Siam ini  kita mendapat tahu  bahawa Najib ada  ‘ projek cadangan’ untuk Anwar.  Jawapan Anwar kepada Najib ialah menasehatkan Najib untuk membuat pangggilan talipon kepada Mahathir.

Apa projek cadangan dari Najib ini?

Jangan lupa Zahid juga telah menerangkan  kepada saya bahawa….’ bos ada call…’

Pada petang Khamis itu Zahid telah memberitahu saya tentang stratiji baru. Stratiji untuk  mewujudkan  satu kerja sama baru. Justeru pada hemat saya kiraan angka-angka kerusi yang dimenangi itu adalah sebahagian dari stratiji perancangan kerja sama baru ini.
‘ Tanpa Mahathir….’ Inilah yang keluar dari mulut Zahid.

‘ Tanpa Najib…’ Inilah jawapan dari Hishamuddin Rais.

Apabila saya kumpulkan semua fakta. Apabila saya cantumkan semua kenyataan ini maka saya rumuskan bahawa Najib mencadangkan untuk  menubuhkan satu altenatif - perserikatan politik baru. Satu perseriktan yang lain dari Pakatan  Harapan.  Perserikatan baru ini tanpa Mahathir Muhamad. Perserikatan baru ini melihat Mahathir sebagai   musuh utama.

Mahathir dilihat sebagai musuh kerana Mahathir telah berjaya menjatuhkan Najib. Berjaya mengalahkan parti United Malays National Organisation. Justeru perserikatan baru ini sedang melihat bahaya yang  akan dibawa oleh Mahathir dan kemungkinan Parti Ketuanan Melayu bakal  dimusnahkan oleh Mahathir. 

Untuk menyelamatkan ‘ Bani Melayu’ satu kerjasama baru wajib diwujudkan. Satu pensenjajaran baru wajib muncul. Maka Najib membuat panggilan talipon. Maka Zahid membuat panggilan talipon.

Tetapi, sikap Anwar yang menasehatkan Najib agar membuat panggilan talipon kepada Mahathir pasti telah memandulkan projek cadangan Najib. 

Apakah agaknya sampai ke sini sahaja projek Najib ini?

Projek ini jelas untuk mewujudkan kerjasama antara UMNO, PKR dan PAS. Asas kerjasama ini ialah Bani Melayu dan Islam. Maka pensejajaran baru ini mahu mewujudkan apa yang dikenali sebagai  Negara Melayu Islam.

Hari ini suara  Melayu Islam ini masih kedengaran. Rentak dan tarinya masih belum reda. Ianya tidak mencurah jatuh tapi tanda-tanda masih  dapat kita baca.

Kita terbaca kenyatan Anwar Musa - Setiausaha Agong United Malaysa National yang baru.  Annuar Musa menyatakan yang dia sanggup  berkerjasama walau pun dengan DAP. Kita juga terbaca kenyataan Anwar Ibrahim yang sanggup bekerjasama dengan pembangkang.

Desas desus juga sering kedengaran tentang kedudukan kerusi Parlimen. Kita terdengar bahawa Zahid Hamidi memiliki sekian sekian banyak kerusi. Kita terdengar si Nazri Aziz memiliki sekian sekian banyak kerusi.  Kerusi yang ‘dimiliki’ ini adalah tanda sokongan dari para YB. Jika  dilakukan satu perserikatan baru maka para YB itu akan ikut sama.

Kelihatan perserikatan baru ini  satu bentuk united front. Kalau dulu saya mencadangan united front untuk menyokong Mahathir menjadi PM. Kini pensejajaran baru ini ialah united front untuk mengsailang Mahathir Muhamad.

Pelik tetapi inilah hakikat politik yang pada hemat saya sedang berlaku hari ini.

Najib kecewa kerana  Mahathir mengambil alih kuasa darinya. Para  Mat Songel juga kecewa kerana projek sailang Mahathir telah gagal. Justeru ada titik pertemuan terhadap Mahathir. Ada sesiapa lagi siapa yang merasa terancam dengan Mahathir?

Jawabnya ada. Jangan lupa suara   tangisan rayuan tentang Jakim. Suara tangisana tentang UITM. Suara bantahan terhadap 17,000 talibarut Najib yang diberhentikan kerja. Suara tidak puas hati kerana DAP memiliki kuasa dalam Pakatan Harapan. Semua ini adalah tangisan untuk merayu dan mengolah persetujuan dalam persediaan mendirikan perserikatan baru.

Ada lagi ke? 

Mahathir Muhamad cukup jelas dengan pendirian tentang China Merah. Untuk pertama kalinya semenjak 1949 pemimpin Parti Komunis China mendengar ditelinga mereka bahawa Komunis China sedang mengamalkan penjajajan bentuk baru - new form of colonisation.  Menurut Mahathir kita bukan sahaja mahu ‘ free trade ‘ kita juga mahu ‘fair trade’.  Bukan hanya perniagaan bebas tapi juga perniagaan adil bukan berat sebelah.

Dengan tersenyum Mahathir menyatakan pekara ini dalam satu sidang akhbar bersama pucuk pimpinan Parti Komunis China di Beijing.

Peranan China Merah dengan Jho Low, peranan China Merah di Forest City, peranan China Merah dengan Tembok Besar Kuantan - semuanya telah dibongkar oleh Mahathir Muhamad. Pasti ada  yang tidak senang mendengar. Forest City di Johor menjadikan Mahathir tidak popular dengan kerabat Johor. Ini amat jelas. 

Justeru Melayu Islam Raja - agenda lapok United Malays National Organistion sedang dijaja sekali lagi.  Suara laungan tentang Pakatan Harapan hendak menghapusakan kaum feudal dan raja raja melayu  telah mula kedengaran. 

Sebenarnya semua ini adalah tangisan mengolah persetujuan untuk mengsailang Mahathir dan membantutkan agenda reform.

Satelah melihat dan merakamkan semua ini saya ramalkan   dalam masa tidak lama lagi Parti Islam PAS akan membuat kenyataan  kesediaan Parti PAS untuk bertahaluf siasasi dengan agenda Malayu Islam saperti satu ketika dahulu dalam Pakatan Rakyat.  Bertahaluf dengan siapa hanya Guru Nanak yang mengetahui. 

Jika ini berlaku apa maknanya. Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bertaras perpaduan ummah maka i intro barisan alternative urmm
Seperti biasanya merancang diluar Malaysia alasan berjumpa rakan secawat
Sinopsis sang dewata bimbing dgn mahathir tertekan dan tertekan maka lahirlah firasat firasat positive tentang tun mahathir mahathir ditekan dari segenap sudut di atas factor malayu ilang kuasa mari aku leraikan melayu tidak ilang kuasa malah terpelihara dibawah leluhur pelembagaan sekarang aku bukak panca ketika golongan bangsawan melayu mungkin berkurang kuasa hahaha my lord increases me in knowledge.. My lord forgive me...

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hheheheheh.. .isham sudah start menghover...kejap lagi dia kasi pitch sama yaw itu jet.... Siapa bayar lebey dia bukan mat songel... Kakakakkaka. ..lahanat.... Kakakakkka

Tanpa Nama berkata...

Lemau la TT .Agenda melayu islam tak laku la dekat PKR . Anwar ngan Rafizi xmungkin setuju dngn agenda melayu islam

Tanpa Nama berkata...

Guru nanak telah betul dalam nujum.kajang move projek fail, dia buat PD move pulak! lagi belanja duit rakyat abis utk serakah dan picisan

Tanpa Nama berkata...

Hang sembang ni depa paham ka?yg nak reform ni bani cina,India,lain lain dan muda mudi melayu.yg sengal,poyo dan tua maseh lagi mau fedual,dibonsai.janji melayu.idup melayu.

Tanpa Nama berkata...

guru nanak ni sapa suma benda dia tau..

klau ko tak tau cerita baik ko diam je tt biar guru nanak je cerita.. cibai tt sampai kesudah x habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah hisham. Dh mcm layan drama pulak baca tulisan kau sejak kau beralih ke mahathir ni. Lari luar negara masa yg penting dlm negara ni. Bila semua dh terabur baru kau nk muncul. Keja kau bukannya mnulis sejarah, keja kau melagakan orang. Dlm drama melayu ada banyak watak cam kau ni. Tak caya tanya Aru Republic of Brickfield. Dia kaki layan drama melayu. Kahkahkah

Nazrio berkata...

Makin seram

Mat songeL songs

Macam Terminator judgement day

Cincang Tak Mati

Unknown berkata...

Siapa sialang siapa...? Kalau Najib buat kerja sialang...maka itu dianggap biasa lah...tak suka kalau PH stabil.. nak tengok PH lingkup...kalau Anwar nak sialang Mahathir...itu tak mungkin lah... kalau dia join pembangkang kemungkin besar dipileh jadi PM... Kalau Mahathir pula nak sialang Anwar.. itu pun tak betul lah...pasal tujuan utama Mahathir cuma nak terajang Najib kleptokrat...jadi, aku rasa kerja sialang ni kerja Hantu yg tak cukup makan...!