Isnin, 1 Oktober 2018

APA SUDAH JADI?







WOW
APAKAH INI

UNITED FRONT?

Hadi ‘puji’ Tun M, ‘kritik’ Anwar

TELUK KEMANG - Sebelum PRU14, Presiden Pas,  Tuan Haji  Abdul Hadi Awang acap kali mengkritik  Dr Mahathir Mohamad malah ia berlanjutan waima selepas PRU14.

Namun, sejak beberapa hari lepas, kelantangan Ahli Parlimen Marang itu tidak begitu ketara malah dalam Ceramah Perdana Pas di Port Dickson, malam tadi, beliau mengakui kadangkala bersetuju dengan tindakan perdana menteri.

Malah, jika diamati sebaiknya bait-bait ucapan beliau, Ahli Parlimen Marang itu seolah-olah ‘memuji’ Dr Mahathir namun dalam masa sama mengkritik Presiden PKR, Tuan Haji Anwar Ibrahim.

“Walaupun saya tak separti dengan beliau (Dr Mahathir), tak setuju dalam banyak perkara tapi beliau mengepalai PH dalam PRU14 sehingga berjaya menukar kerajaan.

“Yang nak jadi PM (Perdana Menteri) ini (merujuk kepada Anwar), dia melompat sana-sini, memilih kawasan yang 60 peratus bukan Islam, 40 peratus orang Islam.

“Mengapa tak berani bertanding kawasan yang majoriti orang Islam,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, di sini, malam tadi.

Tidak terhenti di situ, Abdul Hadi turut ‘memuji’ keputusan Dr Mahathir yang mengambil langkah penyelesaian terbaik semasa negara menghadapi krisis kewangan dulu.

“Masa krisis kewangan dulu, calon PM ini, dia jadi Menteri Kewangan, nak selesaikan di bawah IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), nak ikut teladan negara lain tunduk kepada Barat.

“Tun Mahathir tak setuju dengan tindakan Menteri Kewangan pada waktu itu. Beliau ambil langkah penyelesaian tanpa kebergantungan kepada IMF,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berharap penduduk Port Dickson memilih sebaiknya pemimpin mereka kelak.

“Islam ada adab dalam memilih pemimpin. Ia adalah amanah yang besar.

“Tidak boleh diberikan kepada orang yang berprinsip ‘opportunis’ (ambil peluang).


SEMUA BERSATU

TIBAI SAIPOL

OPPSS... 

TIBAI DASAI

KAH KAH KAH

----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keh keh keh marang dh mereng

Tanpa Nama berkata...

Madeyy pun pergi Langkawi.Bukan tempat asal di Kubang Pasu.