Isnin, 4 Mac 2019

MAKIAN HEBAT








KESAH 

JUALAN AGAMA

MAKIN RANCAK

MAKIN HEBAT

MAKIN RAMAI

TOWKAY


Pengerusi KTMB juga disiasat kes dana PAS RM90 juta

PENGERUSI KTMB Rameli Musa merupakan antara individu yang akan disiasat berhubung kes dana RM90 juta didakwa disalurkan kepada parti Islam itu daripada Umno, kata sumber.

Sumber tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berkata kesemua penderma tetap dan kroni PAS disyaki terlibat dengan penyaluran dana tersebut akan disiasat.

Menurut sumber, dana berkenaan dipercayai “dibersihkan” dengan memindahkannya dari satu akaun ke satu akaun lain, yang melibatkan beberapa akaun.

Kaedah itu dipercayai sama seperti taktik dalam pengubahan wang haram, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Semua kita siasat,” kata sumber ketika ditanya sama ada Rameli masuk dalam senarai individu yang akan disiasat SPRM.

Menurutnya, selain tokoh korporat tersebut, SPRM juga kini berminat menyiasat beberapa orang lagi pemimpin kanan PAS, ahli perniagaan dan bekas menteri besar.

Ini memandangkan SPRM tidak menemui bukti sahih transaksi langsung antara dua parti itu atau antara ahli-ahlinya termasuk penggunaan akaun bank rasmi parti, kata sumber.

Nama Rameli muncul apabila disebut oleh bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai individu yang didakwa bertanggungjawab membuat bayaran kepada blog Sarawak Report.

Bayaran itu didakwa untuk khidmat guaman bagi penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman Presiden PAS  Tuan Haji  Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Rafizi mendakwa demikian beradasarkan analisis ke atas nombor pada cek untuk membayar RM1.4 juta kepada akaun peguam Rewcastle-Brown.

The Malaysian Insight masih berusaha mendapatkan penjelasan Rameli berhubung tuduhan berkenaan, melalui panggilan telefon dan kiriman pesanan WhatsApp.

Rameli yang dilantik sebagai pengerusi KTMB pada Februari lalu merupakan bekas naib pengerusi Ingress Corp Bhd dan bekas pengerusi Balfour Beatty Rail. 

Rameli juga pernah menganggotai lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan selama beberapa tahun semasa Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar.

Menurut satu tulisan penulis politik Mohd Sayuti Omar, Rameli juga menyertai lawatan Hadi ke Bangkok, Thailand pada 2017.

Siasatan ke atas kes tersebut kini antara lain membawa SPRM kepada lima orang pemimpin kanan PAS dan dua orang bekas pemimpin kanannya parti tersebut.

Semalam, SPRM menyiasat Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan Ahli Exco PAS Mohamed Nasir Che Daud.

Antara perkara yang disoal SPRM adalah berhubung pembelian kereta mewah jenis Porsche Cayman.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan disiasat mengenai dakwaan beliau memiliki beberapa kereta dan motosikal mewah selain nombor pendaftaran kenderaan yang eksklusif.

Pada 8 Februari lalu, penyiasat anti rasuah merakam keterangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh merupakan individu yang dikenalpasti bercakap dalam satu rakaman suara mengenai Umno membayar dana kepada PAS.

Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa disiasat pada hari sama, 8 Februari manakala bekas naib presiden PAS Husam Musa yang kini naib presiden Amanah, disiasat dua minggu kemudian.

Siasatan itu dimulakan SPRM susulan laporan polis oleh orang awam selepas Hadi menarik balik saman ke atas pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berhubung tuduhan berkenaan.

Awal bulan lalu, Hadi dan Rewcastle-Brown menyelesaikan saman masing-masing di luar mahkamah London namun artikel 6 Ogos, 2016 berhubung tuduhan PAS menerima wang itu kekal di portal Sarawak Report.

Artikel lapan perenggan itu mendakwa RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi parti tersebut supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Pada minggu lalu, Sarawak Report menerbitkan satu lagi laporan mendakwa PAS menggunakan dana daripada Umno untuk membiayai calon parti itu bertanding pilihan raya umum Mei lalu.

Sarawak Report mendakwa kira-kira RM1 juta lagi didepositkan secara tunai oleh Umno ke dalam akaun PAS. – 4 Mac, 2019.



 HEBAT LEBAT

KETAK SENDAT

KAH KAH KAH

PUKRAK MUKRAK



-----------------

Tiada ulasan: