Khamis, 17 Oktober 2019

BELOT LAGI








KENG2

BELOT

LAGI

1MDB: Lebih banyak pendedahan oleh Shahrol

KUALA LUMPUR – Prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan penyewelengan dana bernilai RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan Najib   masuk hari ke-24 dengan saksi ke-9 memberi keterangan.

Bekas Ketua Eksekutif 1MDB,  Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi kenyataan kepada peguam bela, Tuan Haji  Muhammad Shafee Abdullah semalam mengaku ‘master manipulator’ adalah Low Taek Jho atau Jho Low.


Shahrol senada dengan saksi terdahulu, Amhhari Efendi Nazaruddin yang mengakui pakar manipulasi adalah Jho Low dan kemungkinan Najib tidak tahu mengenainya.

Sambil memberi gambaran peranan Jho Low yang kini dalam buruan, Shahrol berkata, Jho Low umpama pengarah persembahan orkestra yang mana pemuzik, termasuk dirinya, tidak tahu peranan masing-masing kecuali lelaki itu.

Shahrol juga tidak menolak kemungkinan Najib juga telah dimanipulasi oleh Jho Low dalam penyewelengan ini.

Saksi itu juga mendakwa sebelum ini bekas pengarah dan pengerusi 1MDB, Tuan Haji  Mohd Bakke Salleh mengarahkan supaya perbualan telefon antara beliau dengan Najib semasa mesyuarat usahasama 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) pada 2009, tidak direkodkan.

Kata Shahrol, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB yang dipengerusikan oleh Mohd Bakke pada 26 September 2009 itu diadakan bagi membuat keputusan sama ada pihak lembaga akan meneruskan usahasama antara dua syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Shahrol turut memberitahu dirinya percaya dengan cerita Jho Low bahawa usahasama antara 1MDB dan PSI  terhasil kerana hubungan akrab yang terjalin antara Najib dan Raja Arab Saudi ketika itu, Almarhum Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Shahrol percaya oleh kerana keakraban yang dimiliki oleh kedua-dua pemimpin utama negara, syarikat yang dinamakan PSI-1MDB JV ditubuhkan.

Bagaimanapun, ketika diasak Tuan Haji  Shafee tentang perkara itu, Shahrol mendakwa ia merupakan versi cerita  Jho Low kepadanya.

Terdahulu semasa ditanya peguam, saksi itu bersetuju beliau tidak dapat mengesahkan rekod sejarah PSI sebelum membentangkan maklumat mengenai syarikat tenaga itu kepada BOD.

Shahrol berkata, PSI mendakwa mereka memiliki projek di Eropah, Amerika Latin, dan Asia Tengah, berdasarkan kepada maklumat ringkas syarikat yang disediakan, namun dia tidak pernah berusaha mendapatkan bukti yang cukup.

Selain daripada penyewelengan RM2.3 bilion, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berhadapan dengan tuduhan 21 pertuduhanan salah guna kuasa dan penggubahan wang menggunakan dana sama ketika ini.


WOIT BRO

JANGAN RISAU

LU DAH JADI

SAKSI GAMIN

BOCORKAN

 SEMUA MAKLUMAT

PASTIKAN 

NAJIB ROSMAH

MASUK  PENJARA
-----------

1 ulasan:

Anonymous berkata...

Mana jho lo?....kenape madey dan DoJ tak mau dakwa jho.lo?...

Saksi dah 9 orang tapi bukti najib mencuri yileks....saksi hanye baca hikayat 1 mdb dgn jho.lo...

Panggil madey jadi saksi beri keterangan bukti money trail...