Isnin, 14 Oktober 2019

HEBAT MEMANG HEBAT






KALAU BELUM

BACA 

CARI DAN BACA

BUJET PAKATAN

MEMANG HEBAT

Belanjawan 2020 luar biasa, 'belanjawan pilihan raya', kata Guan Eng


MENTERI Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, sebagai luar biasa kerana mendapat pujian sebagai ‘belanjawan pilihan raya’. 

Lim berkata seorang pemimpin Pakatan Harapan ada bertemu dengannya selepas selesai pembentangan itu dan memberitahu peruntukan yang diberikan kali ini adalah sangat menyeluruh seperti yang biasanya diberikan pada tahun pilihan raya umum akan diadakan. 

“Saya menjawab bahawa kita perlu buat perubahan daripada kerajaan sebelum ini iaitu belanjawan kita ialah seperti belanjawan pilihan raya walaupun (tarikh) pilihan raya masih jauh.  Kita harap boleh buat begini setiap tahun.  

“Kita kena berusaha untuk buat perubahan yang telah kita janjikan kepada rakyat dan bagaimana susah sekalipun, kita kena berusaha. Setakat ini, banyak reaksi yang diterima yang pada keseluruhannya adalah positif,” katanya. 




I REST 

MY CASE

MY LORD
-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat.Belanjawan pilihanraya walaupun tarikh pilihanraya belum muncul lagi. Bila tarikh pilihanraya muncul, buat belanjawan saperti takde pilihanraya. Buat belanjawan biasa2 saje, lagi hebat.