Ahad, 6 Oktober 2019

TERUSKAN LAGI








SPRM

TERUS

KAN 

LAGI

Pegawai kastam mata-mata sindiket dalam perhatian SPRM


BEBERAPA pegawai kastam sedang dalam pemerhatian agensi anti rasuah selepas bekas ketua mereka ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat mendalangi sebuah sindiket penyeludupan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, pegawai kastam dari bahagian penguatkuasa di sebuah negeri dipercayai masih berhubung dengan bekas ketua pengarah kastam negeri yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hubungan mereka terdedah selepas SPRM menahan bekas pegawai kanan itu dua minggu lalu.

Pihak berkuasa kini mengalihkan tumpuan kepada beberapa pegawai yang masih dalam perkhidmatan yang disyaki membantu bekas pengarah itu menjalankan operasinya.

“Sindiket ini memang tersusun, mereka ada penyalur maklumat mengenai aktiviti penguatkuasaan iaitu pegawai kastam sendiri.

“Bekas pengarah itu masih mempunyai pengaruh dan kuasa dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, senang mempengaruhi pegawai yang pernah bertugas dengannya,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Mereka yang terlibat turut diberi imbuhan lumayan atas bantuan mereka menyalurkan maklumat, tambahnya.

“Maklumat yang diterima semestinya disusuli dengan imbuhan yang lumayan, biasanya lima hingga 10% daripada nilai barang yang diseludup masuk,” katanya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini pernah menahan barangan milik bekas pengarah itu ketika membuat serbuan stor milik sebuah syarikat mengendalikan kontrak pemasangan paip di Telok Gong, Klang pada Julai lalu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil kerana kuasa pengarah itu dan pembabitan orang dalam yang mengelak tindakan diambil ke atas ahli sindiket, walaupun serbuan itu merampas lori yang membawa barang seludup.

“Perkara itu turut disiasat SPRM,” kata sumber.

Selain pegawai kastam yang masih dalam perkhidmatan, The Malaysian Insight difahamkan beberapa syarikat swasta yang menjalankan perniagaan import barangan turut berada dalam radar SPRM kerana ada kaitan dengan sindiket penyeludupan yang terbongkar.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM Paddy Abd Halim menyerahkan siasatan kepada SPRM.

Beliau memberi jaminan tindakan tegas akan diambil ke atas pegawai dan anggota kastam yang terlibat dalam salah laku.

“Tindakan tetap akan diambil, kita tidak letak tepi. Perkara ini (aduan) dinilai cawangan integriti (JKDM) dan SPRM untuk tindakan lanjut.

“Selain (tindakan) tatatertib, kes akan dibawa ke mahkamah, tindakan buang kerja juga (dikenakan). Saya tegaskan, mesej kita hari ini jelas kepada pemberi dan penerima rasuah, supaya elakkan rasuah. Itu yang penting,” katanya.

Awal minggu ini The Malaysian Insight melaporkan kegiatan seorang bekas pengarah kastam yang menyalurkan maklumat penyeludupan kepada pihak penguatkuasa untuk melindungi sindiket penyeludupannya sendiri.

Bekas pengarah itu menubuhkan sebuah menubuhkan sebuah badan masyarakat selepas beliau bersara pada November tahun lalu dengan matlamat membantu pihak berkuasa menangani aktiviti penyeludupan rentas sempatan.

“Bagaimanapun, ia serampang dua mata apabila maklumat mengenai sindiket lain disalurkan kepada pihak berkuasa sementara sindiket yang didalanginya bebas beraksi kerana mampu membaca gerak geri penguatkuasa di sempadan,” kata sumber. – 6 Oktober, 2019.



RAKYAT

SOKONG

KASI

BERSIH

KASAI

CUCI

INILAH

M'SIA

BARU


------------

Tiada ulasan: