Isnin, 30 Disember 2019

INI MAKIN BERAT




MAKIN BERAT


3 anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

TIGA anggota polis mendakwa cedera dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, mereka mendakwa ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika proses mengambil keterangan oleh pegawai SPRM dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Disember lepas.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh ketiga-tiga anggota pada 27 Disember, berkenaan pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan yang tiga anggota itu membuat laporan berkenaan.

Bernama bagaimanapun tidak berjaya mendapat maklum balas daripada SPRM Selangor berhubung kes itu. – Bernama, 30 Disember, 2019.

BILA BACA

BERITA INI

TERINGAT
TEO BENG HOCK

------------

1 ulasan:

Si Luncai berkata...

Tak dapat nak bayang macamana keadaan najib kalau kes beng hock kevin morais hussin najdi pastu bekas pengarah kastam mati ditembak tu dibukak semula, bukak serentak pulak tu...kalau tak s.buloh ke tanjung rambutan la jawab dia.. Najb akan dikenang dalam sejarah sebagai orang pertama dalam banyak hal kihkihkih....