Selasa, 21 Januari 2020

KEJAYAAN PAKATAN HARAPAN








SATU  LAGI

KEJAYAAN

PAKATAN HARAPAN


Shahrir Samad, Ahmad Maslan akan didakwa di mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Tuan Haji Shahrir Samad dan Tuan Haji  Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen di sini.

Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM telah menahan Shahrir pada pukul 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada pukul 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Oktober tahun lalu, Tuan  Haji Ahmad Maslan mengesahkan beliau telah disiasat SPRM dan pihak polis berhubung dakwaan menerima wang yang dikatakan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun kata bekas Timbalan Menteri Kewangan itu, beliau tidak menerima cek yang dimaksudkan kedua-dua pihak.


HANYA KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

BERANI LAWAN

RASUAH 

BERANI TANGKAP

TUAN TUAN HAJI

BEKAS MENTERI

DAN 

SUMBAT KE JIL
SALUT 




--------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Segala TUAN TUAN HAJI ni semua benda leceh. guna untuk menipu melayu.
konon dengan TUAN HAJI nampak lebih mulia, lebih agama, lebih alim dok
ulang alik ke mekah la konon.

walhal lebih banyak mengarut dan menipu orang lebih banyak kaut duit haram
kemudian buat muka selamba macam takda apa-apa.

isa samad lagi sa-ekor contoh terbaik tuan haji dari tanah melayu ni yang konon pandai urus syarikat tapi rugi berjuta-juta. annuar musa pun apa kurangnya kahkahkah

ah! dalam negara ini semua boleh kawtim lah!

Awanama berkata...

TT, hanya Pakatan Harapan + Tun Mahathir saje yang berani. PM ke-8, mustahil ada telur macam ni. You tengok nanti, semua kes akan digugur.