Jumaat, 10 Januari 2020

KEJUJURAN HATI SEORANG ISTERI BERNAMA NAJIB








NAJIB SEBAGAI

 ISTERI MITALI

MENGATAKAN


SECARA JUJUR

YANG DIA TAK

CAMPUR DAN

TAK TAHU 

URUSAN

NEGARA

Bukan Rosmah tadbir negara, 

kata Najib

BEKAS perdana menteri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya suami beliau Rosmah Mansor menunjuk-nunjuk kepadanya bagaimana cara sepatutnya beliau mentadbir negara ini.

Najib menepis soalan wartawan yang berpendapat beliau dimarahi oleh Rosmah, seperti yang terdengar dalam rakaman perbualan telefon mereka yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perbualan mereka yang dirakam pada 27 Julai 2016 antara lain menyentuh soal bekas ketua SPRM Abu Kassim Mohamed yang ketika akan berundur dari agensi anti rasuah.

“Itu bukan marah,” kata Najib kepada wartawan di perkarangan mahkamah.

“Perbualan antara saya dan suaimi saya adalah sulit. Kita boleh bercakap secara peribadi dengan suami, kan? Maksud saya, apa salahnya?

“Itu hak seorang rakyat. Kita boleh bincang apa saja, asalkan kita tidak boleh bocorkan (perkara sulit).

“Kami berbincang perkara sehari-hari ini dan lain-lain. Biasalah,” kata bekas perdana menteri, yang diiringi peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.

Ditanya oleh wartawan bahawa perbualan mereka suami isteri membincangkan urusan negara dan Rosmah didengar memberitahunya bagaimana beliau sepatutnya mentadbir, Najib berkata itu hanya pandangan isterinya.

“Sesiapa pun boleh beri pandangan. Tetapi saya yang buat keputusan,” katanya.

Najib juga berkata pihak peguamnya sedang meneliti apa yang didedahkan oleh SPRM hari ini.

“Mungkin ada yang berguna untuk kita dalam pembelaan (kes di mahkamah),” katanya.

Najib sedang dibicarakan atas 42 pertuduhan sementara Rosmah pula berdepan 20 pertuduhan melibatkan salah guna kuasa, rasuah, dan pengubahan wang haram. – 8 Januari, 2020


RAKYAT WAJIB

HORMATI

KEJUJURAN 

KESUCIAN HATI

SEORANG ISTERI

BERNAMA NAJIB
KAH KAH KAH
--------------

Tiada ulasan: