Sabtu, 11 Januari 2020

TERIMA KASEH








TERIMA KASEH

TUAN PEGUAM

RAMAI TAK TAHU

YANG DILARANG

PM JADI MENTERI

KEEWANGAN

Peguam saran Syed Husin baca buku Harapan

KUALA LUMPUR – Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyarankan kepada Syed Husin Ali supaya membaca, memahami dan menghayati kandungan buku Harapan yang sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

Beliau merujuk kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR itu semalam yang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad melanggar janji manifesto Pakatan Harapan apabila membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan dan tindakan itu adalah memalukan.

Menurut Haniff, kenyataan Syed Husin itu juga menunjukkan seolah-olah kerajaan Malaysia melalui keputusan Jemaah Menteri sengaja menyalahi manifesto pra pilihan raya umum PH sendiri.

“Apatah lagi kenyataan tidak tepat dan khilaf yang menjurus kepada tohmahan salah ini datang daripada seorang pemimpin veteran parti gabungan dalam Pakatan Harapan sendiri, iaitu PKR,” katanya dalam hantaran di laman Faceboolk.

Beliau berkata, daripada pembacaan biasa dan mudah, buku Haraan di bawah tajuk Janji 12 menunjukkan bahawa seseorang perdana menteri diharamkan daripada memegang jawatan menteri kewangan sahaja.

Walaupun tidak digalakkan, katanya, pegangan mana-mana portfolio di kementerian selain menteri kewangan sememangnya tidak diharamkan.

“Hatta, Tun Dr Mahathir adalah tidak dihalang dari menjadi menteri pendidikan, apatah lagi dalam kapasiti sebagai pemangku menteri pula,” katanya.

Semalam Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Kabinet dalam mesyuarat pada 8 Januari lalu memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan menteri pendidikan berkuatkuasa 3 Januari iaitu sehari selepas Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan tersebut.

Jawatan tersebut akan dipangku oleh perdana menteri sehingga menteri pendidikan yang baharu dilantik. – MalaysiaGazette


TUAN PEGUAM

JANGAN MARAH

PADA S.HUSIN

DIO ORANG BAIK

LURUS PAPAN


TAPI DAH SLOO

JANGAN 

DUKU DIO

MUNGKIN TIDAK

SEMPAT BACA

ATAU

CERMIN MATA

TERCICIR
KAH KAH KAH

INI SENTIMEN

------------

2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Maafkan melaon Syrd Husin ni.Dia jenis menyondol je ikut arahan bos dia.Dia dah jadi dungu dan nyanyok dan tidak dpt nak bezakan memangku dgn jadi menteri.Ngok...

Si Luncai berkata...

Madey sebaiknya jadi piem pastu memangku jawatan menteri pendidikan sampai berlaku tanda² kiamat besar hurmmm...