Rabu, 12 Februari 2020

BILA PENYAMUN DAN PEROMPAK MULA BERGADUH







BILA PENYAMUN

BERGADUH DGN

PEROMPAK

MAKA RAKYAT

SENANG HATI

TIKAM MENIKAM

SESAMA SENDIRI


Peguam Rosmah dakwa Mahdzir 'paling korup'

PEGUAM bela Jagjit Singh hari ini mendakwa ahli Parlimen Umno Mahdzir Khalid sebagai menteri pendidikan “paling korup” kerana bersetuju untuk meluluskan projek hibrid solar di Sarawak dengan balasan suapan RM60 juta.

Jagjit membeeritahu mahkamah Mahdzir pada mulanya menuntut 20 peratus daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin daripada kos keseluruhan projek solar berkenaan yang bernilai RM1.25 bilion. Namun ia ditolak Saidi.

Beliau turut mendakwa Mahdzir mengurangkan jumlah berkenaan kepada RM60 juta yang mana menteri pendidikan itu akan menerima RM1 juta setiap bulan dalam tempoh lima tahun.

Jagit memberitahu mahkamah, selepas perjanjian antara Saidi dan Mahdzir dicapai, Mahdzir mengarahkan kakitangan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan dokumen secepat mungkin.

Jagjit: Saya letakkan kepada kamu bahawa kamu menuntut 20 peratus daripada kos projek solar hibrid dan Saidi tidak setuju.

Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Jagjit: Selepas berbincang dengan Saidi, beliau setuju untuk membayar RM1 juta sebulan bagi tempoh lima tahun, jumlahnya RM60 juta.

Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Jagjit kemudian memberitahu Mahdzir beliau mempunyai bukti mengenai apa yang dirujuknya.

Jagjit: Kamu perlu faham, saya tidak dapat semua ini tanpa asas. Selepas Saidi bersetuju untuk bayar RM1 juta sebulan kepada kamu, kamu minta kakitangan kamu sediakan dokumen secepat mungkin.

Mahdzir: Saya tidak bersetuju.

Mahdzir memberi keterangan pada perbicaraan isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa meminta rasuah sebanyak RM125 juta dari Jepak Holdings dan menerima rasuah sebanyak RM1.5 juta daripada Saidi. – 11 Februari, 2020.


HAM DU LIL

RAKYAT  

GUMBIRA

KETAWA 

KAH KAH KAH

PADAN MUKA
KAH KAH KAH


-----------

Tiada ulasan: