Rabu, 26 Februari 2020

MARI KITA BERWASPADA






MARI KITA

BERWASPADA


Timbalan menteri kesihatan Iran dijangkiti Covid-19

IRAN mencatatkan 15 kematian dan 100 yang lain terjangkit wabak Covid-19, termasuk timbalan menteri kesihatan negara itu.

Negara jiran republik Islam itu turut menguatkuasakan sekatan perjalanan dan kuarantin selepas ia merekodkan kes pertama beberapa hari lalu.

Iran mengumumkan dua kematian pertama di Qom akibat Covid-19, Rabu minggu lalu. Qom pusat pengajian Islam dan menjadi tumpuan sarjana dari luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Iran Iraj Harirchi mengakui dijangkiti wabak itu.


Switzerland lapor kes pertama koronavirus

SWITZERLAND melaporkan kes pertama koronavirus semalam, selepas wabak itu turut dikenal pasti menjangkiti pesakit di negara jirannya termasuk Austria, Perancis, Jerman dan Itali.

Kes itu membabitkan seorang lelaki berusia 70-an yang dijangkiti ketika pesakit menghadiri satu acara di Milan, Itali pada 15 Februari, kata jurucakap kesihatan Pascal Strupler.


MARI KITA

BERHATI HATI


----------

Tiada ulasan: