Ahad, 15 Mac 2020

AHAD 15 MARCH 2020


AHAD

15 MARCH 2020


Malaysia catat 41 lagi kes baharu Covid-19


SEBANYAK 41 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini terkait dengan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling hujung bulan lalu sekali gus menjadikannya jumlah kes paling tinggi direkodkan dalam tempoh sehari.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 238, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 41 kes itu, 37 kes melibatkan kes pesakit masih disiasat (PUI) manakala empat kes lagi merupakan kes kontak rapat.

“Sehingga 14 Mac 2020, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit yang mengalami simptom influneza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) telah diuji di IMR, semua makmal kesihatan awam dan hospital. 

“Setakat ini tiga tiga sampel positif jangkitan Covid-19. Kesemua kes positif ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai kekal bertenang dan diminta mengelak sama sekali untuk menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan perhimpunan tabligh ini demi menjaga keharmonian umum.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan Covid-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya,” katanya. – 14 Mac, 2020.


BERHATI HATI

------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benda paling bodoh seorang manusia urus ialah urusan kuasa politik, kalau bijak sikit manusia ini akan urus dahulu masaalah pandemik yang melanda dunia.kalau yang paling bijak ialah manusia yang singkirkan dahulu bangsa dan agama dari politik, baru aman dunia

Tanpa Nama berkata...

Engkau belum kena kah ? Selalunya orang jahat lambat mati tetapi karma akan sampai Tuhan Zeus dok perhati tindak dan tanduk mu kah kah kah