Ahad, 29 Mac 2020

ANGKA TEWAS MAKIN BERTAMBAH








ANGKA TEWAS

BERTAMBAH


Korban akibat koronavirus global lepasi 30,000 orang


LEBIH 30,000 orang maut di seluruh dunia akibat koronavirus - dua pertiga daripadanya di Eropah - sejak wabak itu bermula di China pada Disember, menurut AFP pada Sabtu berdasarkan sumber rasmi.

Di Itali sahaja menyaksikan kematian melepasi angka 10,000 kes.

Lebih  640,770 kes diisytiharkan di 183 negara dan wilayah.

Negara dengan kematian paling ramai adalah Itali dengan 10,023, Sepanyol (5,690), tanah besar China (3,295), Iran (2,517) dan Perancis (2,314).

Amerika Syarikat (AS) kini mempunyai bilangan tertinggi jangkitan Covid-19 yang disahkan di dunia, melebihi 100,000 kes pada Jumaat dan meningkat hingga 115,000 pada Sabtu.

Terdapat hampir 1,900 kematian direkodkan di AS akibat virus itu.

Di Britain jumlah korban maut sebanyak 1,000 orang.

Sebanyak 832 kematian di Sepanyol direkodkan dalam tempoh 24 jam, menyebabkan negara itu menghentikan semua aktiviti tidak penting. – AFP, 29 Mac, 2020.


KITA WAJIB

BERHATI HATI


----------

Tiada ulasan: