Rabu, 4 Mac 2020

BICARA DITERUSKAN



INGATAN

UNTUK SEMUA

PASTIKAN

BICARA

DITERUSKAN

Hampir RM100 juta masuk ke akaun pemegang amanah Yayasan Akalbudi, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu terdapat kemasukan wang berjumlah hampir RM100 juta ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co, yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, pada Mei 2016 hingga April 2018.

Pengurus Maybank cawangan Dataran Maybank, Leong Siew Kong, 56, berkata berdasarkan penyata kewangan Tetuan Lewis & Co, terdapat kemasukan berjumlah RM99,532,364.25 ke akaun itu menerusi 129 transaksi.

“Sebanyak 112 daripada 129 transaksi itu melalui cek manakala selebihnya menerusi kredit,” katanya ketika membaca penyataan saksi pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin.

Beliau berkata demikian pada hari ke-19 perbicaraan kes Ahmad Zahid, 67, yang berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi, lapan pertuduhan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.



KITA LIHAT

KITA TUNNGU

APAKAH AKAN

ADA PUTAR ALAM 

-------------

Tiada ulasan: