Ahad, 26 April 2020

AL-FATIHAH








AL-FATIHAH

Doktor Malaysia bertugas di UK korban Covid-19

SEORANG doktor Malaysia yang merupakan pakar runding neonatologi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham merupakan antara korban Covid-19 di United Kingdom dengan angka kematian kini menghampiri 20,000 kes.

Menurut Birmingham Women’s and Children’s NHS Foundation Trust dalam hantaran pada laman sesawang rasminya pada Jumaat menyatakan Dr Vishna Rasiah, 48, meninggalkan isterinya, Liza dan seorang anak perempuan, Katelyn. Bagaimanapun, tempat asal mendiang di Malaysia belum dapat dipastikan.  

“Beliau dihormati di seluruh Midlands menerusi peranannya sebagai Ketua Klinikal untuk rangkaian neonatal wilayah,” menurut hantaran yang dibuat sebagai penghormatan kepada mendiang semalam.

Tiada ulasan: