Sabtu, 6 Jun 2020

KITA KE JALAN RAYA






BALING 1974



Faisal Faisal Ks
17 hrs ·
TIADA BEZA

Faisal Faisal Ks's Profile Photo, Image may contain: Faisal Faisal Ks, standing, outdoor and natureApakah bezanya tahun 1974 dan 2020?


Tahun 1974 bangunan paling tinggi di kotaraya adalah UMBC. Tahun 1974 komplek beli belah terulung di kotaraya adalah Campbell Shopping Complex dan Selangor Emporeum. Tahun 2020, Campbell adalah marhein berbanding Pavillion, Suria KLCC sekitar Bukit Bintang


Tahun 1974, jalanraya tidak berselirat seperti 2020. Tahun 1974, motokar boleh dikira dengan jari. Bas awam tidak penuh bersesak sesak. Motokar Austin Cambridge yang masuk kampung meninggalkan kesan hiduan yang aroma. Kini 2020, motokar yang bertali arus menjadi punca cemar udara yang melemaskan.

Kenyataan tertera di atas adalah menisfestasi pembangunan material yang turut melanda negara sepertimana terjadi di negara lain khususnya yang punya sumber kekayaan seperti Malaysia.

Jarak masa 46 tahun antara 1974 dan 2020 bermakna satu jarak yang lebar. Begitu juga usia mereka yang lahir pada 1974. Mereka membesar dengan slogan pembangunan dan arus modernisasi serta urbanisasi.

Pada awal Disember 1974 berlaku peristiwa besar mahasiswa di menyanggah pemerintah dalam gerakan Demonstrasi Baling. Ia sanggahan berkait terus akan kelangsungan hidup rakyat di belenggu KEMISKINAN.

Beberapa minggu kemudian, di penghujung Disember, Perdana Menteri ketika itu, Tun Razak, melancarkan BUKU HIJAU. Ia seperti satu tindakan reaktif oleh pemerintah kesan demonstrasi itu.

Rancangan yang tercatit dalam Buku Hijau ini adalah menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya dengan tanaman jangka pendek, pekebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil yang lain.

Matlamat rancangan ini ialah untuk menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan Negara serta dapat menambahkan pendapatan rakyat. (Self Sustained - SSL)
Pada ketika itu defesit impot makanan negara adalah sekitar Rm 200 juta setahun.

Berbagai ajensi di tubuhkan untuk mengendali dan mencapai matlamat guna tanah, tanaman, ternakan, perikanan, mikro farming dan sebagainya termasuk pemasaran.

Rencana FOOD SECURITY itu jelas. Penubuhan ejensi ejensi itu jelas malah ujud hingga kini dengan belanja mengurus sangat besar.

Namun Food Security Negara adalah sirna yang sayu. Demonstrasi harga barang terus berlaku samada jalanan mahupun di media sosial.

Sepanduk harga barang mahal ketika Demonstrasi Baling masih sering muncul pada hari ini. Rakyat acapkali memekik kerana kenaikan harga barang keperluan asas.

Ejensi penggerak longlai walaupun mempunyai pengarah pengarah bertaraf Jusa puluhan orang, dengan staff so long and ribuan orang.

Namun, persoalannya, mengapa hari ini defisit impot makanan mencecah RM54 biliun dan tiada petanda ia akan menurun. Mengapa rakyat majoritas hidup di bawah garis kemiskinan pada era 2020?

Kehadiran Covid19 adalah hempukan di kepala membangunkan khayalan yang lena. Bahawa, rencana buku hijau yang mulia itu tidak dihayati.

Mahu mencapai matlamat pengeluaran makanan negara yang cukup? Memenuhi keperluan negara serta dapat menambahkan pendapatan rakyat?

Untuk memenuhi hasrat yang dilancarkan 46 tahun dahulu, maka peranan jabatan dan ejensi berkaitan pengeluaran perlu dinilai dan disusun semula.

Ia perlukan keberanian, keterlibatan dan kemahuan yang tinggi. Political wills yang tinggi, political commitments yang tinggi, dan political convictions yang tinggi.

Melihat ragam dan kegilaan politik dan birokrasi hari ini "aku skeptikal"

Adios.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada hari itu,bapa aku ada disitu.dibelakang Hisham anak rais dan dibelakang Anwar anak ibrahim sewaktu mereka sama sama muda seperti bapaku.bapaku,adalah anak tani tulen.datukku bercucuk tanam,dan mereka makan apa yang ditanam.sehinggalah getah ditimbang lelong dan gula seperti emas.maka pada hari itu,adalah hari berani melawan.hari berjuang,sekurang nya berjuang hidup.jika kamu Hisham anak rais,atau Anwar anak ibrahim yang berani membajak juang kami pada hari itu,maka kami akan pijak telur kamu seperti bapaku memijak takut pada hari itu.