Rabu, 15 Julai 2020

PIMPINAN MAT SABU DICABAR







APA MAKNA 

BERITA INI

MAKNANYA

PIMPINAN

MAT SABU  

DIPUSAT YANG

MENYOKONG

ANWAR IBRAHIM

SEBAGAI 

PERDANA MENTERI

SEDANG DICABAR 



AMANAH Sabah sokong Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri

AMANAH Sabah menyokong Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan),  Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.

Pengerusinya, Lahirul Latigu berkata, pencalonan tersebut cukup penting dan signifikan terhadap rakyat di Sabah sesuai dengan asas pembentukan Malaysia yang meletakkan negeri sebagai salah satu rakan kongsi bersama Sarawak dan Malaya dalam Perjanjian Malaysia 1963.
 
“Pencalonan ini adalah satu bentuk keterbukaan dan kesungguhan politik yang memberi ruang kepimpinan utama negara diterajui oleh pemimpin daripada Sabah khususnya dan Borneo amnya yang selama 57 tahun ini didominasi oleh pemimpin daripada Semenanjung sahaja.

“Pencalonan ini sudah pastinya akan memberi harapan terhadap perjuangan pemimpin Sabah dalam menuntut hak-hak yang termaktub di dalam perjanjian sesuai dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Pada 27 Jun lalu, Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden Umno sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula.

Mengulas lanjut, Lahirul berkata pencalonan Shafie Apdal juga akan memberi harapan terhadap peluang pengagihan kekayaan dan pembangunan negara yang selama ini tidak seimbang, hingga menyebabkan perbezaan yang begitu ketara terhadap pembangunan di Sabah dari sudut pendidikan, ekonomi dan sosial.

“DSP (Datuk Seri Panglima) Shafie adalah pemimpin yang berkebolehan dan berpengalaman sesuai dengan pelbagai jawatan menteri yang pernah disandang oleh beliau di peringkat Persekutuan dan juga kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah ketika ini,” katanya.

Sehubungan itu, AMANAH Sabah, jelasnya, percaya dengan meletakkan Shafie sebagai Perdana Menteri akan dapat memastikan usaha mengangkat hak-hak Sabah dan juga Sarawak dapat dijayakan.

Perbincangan berhubung kemelut pencalonan Perdana Menteri dilihat masih gagal mencapai kesepakatan sehingga berlangsungnya sidang Dewan Rakyat pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai semalam.


JELAS SEKARANG

PUNCA DESAS 

DESUS   FITNAH

MAT SABU

MAIN TEATER

MUNCUL DARI

SABAH

CISSS

DURRRHAKA KAU

AMIN


Tiada ulasan: