Jumaat, 25 September 2020

BAHAYA MENUNGGU

 


BALA MENUNGGU 

Anonymous commented on 

"ABAM JADI TOKWALIWAT"

Ekonomi Malaysia berisiko kuncup, perlu meminjam untuk bertahan Ekonomi Malaysia perlu dipandu oleh seorang pemimpin yang mempunyai idea baru dalam kewangan memandangkan kesan pandemik Covid 19 yang membantutkan pertumbuhan dan mengakibatkan pengangguran dalam kalangan rakyat. 

Menurut mantan Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob, biar pun Malaysia menanggung hutang yang besar pasca skandal 1Malaysia Development Berhad namun negara tidak mempunyai banyak pilihan dalam perancangan Belanjawan 2021 berikutan pengumuman Petronas mengalami kerugian sebanyak RM21 bilion. 

Katanya, negara juga mengalami kemerosotan hasil cukai berikutan penutupan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan langkah-langkah pemulihan yang tidak begitu meransang sektor perniagaan, menyebabkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 17% pada suku kedua 2020. "Seingat saya penguncupan negatif 17% pada pertengahan pertama tahun 2020 belum pernah berlaku kepada ekonomi Malaysia.

Tiada ulasan: