Jumaat, 25 September 2020

MIN KUNTUM FULUSIKOM

UMNO LAIN

PAS LAIN

AKHIRNYA SEMUA

JELAS 

KAH KAH KAH



Umno langgar piagam jika tak sokong Muhyiddin, kata PAS

PAS menuntut Umno menjelaskan dakwaan bahawa ahli parlimen parti itu tidak lagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia bermakna Umno melanggar piagam yang terbentuk dengan PAS setahun lalu.

Ia juga dilihat sebagai usaha meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Takiyuddin dalam kenyataannya.

“PAS merasakan jika benar keadaan ini, ia bermakna Umno telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019,” katanya.

Beliau mengingatkan Umno bahawa piagam itu juga untuk menewaskan kerajaan Pakatan Harapan diterajui PKR, DAP dan Amanah.

“Justeru sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional…

“Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Umno atas dasar rakan muafakat dalam MN…,” katanya.

Kenyataan itu timbul selepas pemimpin Umno mengesahkan sebilangan ahli Parlimen parti berkenaan kini tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Ia menunjukkan Muhyiddin tidak lagi menguasai Dewan Rakyat kerana selama ini hanya mendapat majoriti dengan kelebihan beberapa kerusi.

Kebimbangan PAS itu berikutan pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan majoriti yang kuat daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan.

Dalam pengumumannya pada Rabu, Anwar tidak menyatakan dengan jelas jumlah ahli Parlimen yang kini menyokongnya.

Sekiranya semua ahli Parlimen sekutu Pakatan Harapan menyokong Anwar, beliau akan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 91 wakil rakyat dan memerlukan sekurang-kurangnya 20 lagi.

Umno kini menguasai 39 kerusi di Dewan Rakyat selepas beberapa orang keluar parti dan menyertai Bersatu.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau tidak dapat menghalang ahli Parlimen Umno menyokong Anwar.

Pergeseran dengan Umno mula dikesan apabila pemimpin PAS mengumumkan mahu membolot sebahagian besar kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presidennya Hadi Awang dalam muktamar PAS pada pertengahan bulan ini berkata, parti berkenaan akan mendominasi sejumlah kerusi di tiga negeri majoriti Melayu itu.

Muktamar di Kelantan itu turut meluluskan usul agar PAS diperuntukan 50 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang nanti.

Susulan itu, veteran Umno seperti Tengku Razaleigh menggesa agar parti tersebut tidak lagi memberi muka kepada PAS.

Katanya, PAS tidak perlu diberi laluan mudah dalam pilihan raya umum akan datang kerana parti Islam itu enggan memenuhi tuntutan Umno.

Beliau juga tidak mahu parti Bersatu pimpinan Muhyiddin menyertai Muafakat Nasional kerana pengkhianatan parti itu menyebabkan BN tumbang dalam pilihan raya lalu. – 25 September, 2020.


BERSATU KERANA

ISLAM KE

MELAYU KE

SEMUA JADI KARUT

KAH KAH KAH

YANG PENTING

KUASA FULUS

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

REHAT LAMA 

DI SUNGAI BULUH

AMIN



1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Umno tak langgar Piagam tp langgar lubang..