Rabu, 9 September 2020

BERAPA TAHUN SUAMI KENA ?






ISTERI KENA

12 TAHUN 

AMIN

SUAMI AKAN

KENA BERAPA

TAHUN PULAK?

AMIN


Pegawai khas Rosmah tak kelirukan saya, kata saksi


SAKSI perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau tidak keliru apabila bekas pegawai khasnya meminta beliau menyediakan perjanjian rundingan projek projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Tee Kien Moon, saksi ke-20 pendakwaan itu berkata demikian semasa disoal balas peguam bela Rosmah jika beliau dikelirukan oleh Rizal Mansor apabila diminta menyediakan perjanjian rundingan untuk Jepak Holdings Sdn Bhd, yang dianugerahkan projek tersebut.

Ketua pasukan pembelaan Rosmah, Jagjit Singh, bertanya jika Tee, yang juga dikenali sebagai Lawrence Tee, keliru memandangkan Rizal sering menggunakan panggilan ‘Mem’ dan ‘Datin Seri’ semasa memintanya menyediakan perjanjian berkenaan.

Jagjit: Saya katakan bahawa Rizal mengelirukan kamu, berdasarkan anggapan bahawa dia pegawai khas Datin Seri (Rosmah) dan panggilan ‘Mem’, ‘Datin’ dan ‘PM’.

Tee: Tidak. Saya tidak fikir begitu. Tindak tanduknya sentiasa konsisten sejak kali pertama kami berjumpa.

Tee memberitahu mahkamah beliau tidak pasti sama ada Rosmah mempunyai peranan dalam arahan menyediakan perjanjian rundingan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tetap melaksanakan arahan yang diberi kerana Rizal ketika itu pegawai khas Rosmah.

Semalam, Tee memberitahu mahkamah beliau menyediakan perjanjian rundingan bagi projek solar hibrid untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak selepas diberitahu arahan diberikan oleh tertuduh.

Tee berkata beliau menyiapkan perjanjian empat muka surat antara syarikat Taiwan, Lucky Victory Limited, dan Jepak Holdings Sdn Bhd berdasarkan sampel yang diambil dari internet.

Jagjit seterusnya bertanya jika Tee pernah meminta bayaran dari Jepak, Lucky Victory atau Rizal sebagai upah menyediakan perjanjian tersebut, dan saksi itu menjawab, “Tidak”.

Ketua Pendakwa Raya Gopal Sri Ram semasa hujah pembukaan berkata perjanjian rundingan projek solar itu “palsu”, yang bertujuan untuk mengaburi bayaran dan menyembunyikan siapa penerima wang yang sebenarnya.

Semasa disoal balas Sri Ram, Tee menegaskan tidak menerima sesen pun sebagai upah menyediakan perjanjian tersebut.

Rosmah, 66, dibicarakan atas satu tudahn meminta RM187.5 juta dari Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin, dan dua tuduhan menerima suapan RM6.5 juta juga dari Saidi pada 2016 dan 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok, di mana Rizal dijangka akan dipanggil memberi keterangan. – 8 September, 2020.

KELUAR DARI

PENJARA JAMIN

SLIM MELIM

BERGETAH

MACAM 

ANAK DARA

KAH KAH KAH

PASTI  KALAH

ZIANA ZAIN

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sakai, apasal kau bandingkan bik mama dgn ziaza zain? kenapa? why? what is the because?? ada apa2 ke? kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

semoga kerajaan sheraton lebih prihatin, kasi sumbat dua ekor laki bini ni dalam satu sel. kerajaan sheraton jgn kejam sangat naa.