Rabu, 16 September 2020

KITA MASIH DALAM BAHAYA




KITA MASIH

DALAM BAHAYA 

Kes Covid-19 melepasi 10,000 dengan 62 jangkitan baharu


JUMLAH kes jangkitan Covid-19 negara hari ini melepasi 10,000 kes selepas Malaysia melaporkan 62 kes baharu jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu. 

Jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 10,031, manakala kes aktif meningkat kepada 668, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah kes baharu itu, hanya satu kes import dilaporkan.

Sabah menyumbang kepada 59 daripada 61 kes penularan tempatan, yang mana 48 daripadanya adalah dari kluster Benteng Lahad Datu yang melibatkan lokap polis.

Empat lagi melibatkan petugas kesihatan Hospital Lahad Datu manakala tiga kes lagi dikesan dari mereka yang masuk ke negeri itu dari semenanjung. 

Kluster Pulau pula melaporkan kes jangkitan baharu, manakala satu lagi kes dikesan ketika ujian saringan di penjara Sandakan. 

Dua kes lagi dikesan ketika ujian saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu. 

Kedah dan Pulau Pinang pula masing-masing melaporkan satu kes baharu Covid-19. 

Daripada 61 kes penularan tempatan, 41 adalah warga tempatan. 20 lagi adalah warga asing semuanya di Sabah.

Bagi kes pulih, 26 individu didiscaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 9,235. 

Sementara itu jumlah kematian kekal 128.

Antara kes aktif, 15 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 16 September, 2020.


HATI HATI

AMIN

Tiada ulasan: