Jumaat, 11 September 2020

PEMIMPIN ISLAM DILARANG BERSEDEKAH







PEMIMPIN ISLAM

DILARANG 

BERSEDEKAH

AMIN

INI AMAT BERAT

TAK DAPAT BUAT

AMAL JARIAH

AMIN 

Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim

NAJIB Razak gagal meyakinkan Mahkamah Tinggi yang RM42 juta diambilnya daripada SRC International adalah untuk tujuan kebajikan, apatah lagi ia memang bukan milik beliau untuk digunakan. 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata wang itu dikumpul untuk mempromosikan sumber tenaga alternatif bagi Malaysia dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh Najib dalam kapasiti sebagai perdana menteri.

“Penggunaan harta itu oleh orang lain tidak pernah boleh dibenarkan dalam keadaan apa pun. Ini tidak berubah dan tidak boleh dikelirukan oleh pegangan yang sebahagian wang daripada RM42 juta dibelanjakan untuk tujuan amal. Bukan sesuatu yang mulia dengan menyumbang apa yang bukan milik kita,” katanya dalam kehakiman setebal 536 muka surat.

Najib didapati bersalah pada 28 Julai atas semua tujuh tuduhan jenayah - tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa - kerana menyalahgunakan kuasanya secara salah untuk menerima RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Kegagalan membayar denda akan dikenakan hukuman penjara lima tahun lagi.

Selepas seminggu menjatuhkan hukuman, Najib menyiarkan video di media sosial yang mendakwa RM42 juta digunakan untuk program kebajikan, termasuk membantu anak yatim.

Nazlan berkata, Najib tidak pernah menunjukkan tanda bersalah walaupun selepas dana SRC International dimasukkan ke dalam akaun banknya dan berkata tidak tahu apa-apa mengenai transaksi bernilai RM42 juta itu.

“Tertuduh tidak menyatakan penyesalannya dan bahkan mempertahankan pembelaannya tidak tahu mengenai RM42 juta daripada SRC dalam ucapan mitigasiya.

“Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada beliau melakukan perkara lebih baik berbanding keburukan. Tetapi proses ini boleh dipertikaikan kerana tidak sesuai dengan cita-cita pentadbirannya yang bersih dan tidak bertolak ansur dengan rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya. – 9 September, 2020.


JIKA DIHALANG

BERSEDEKAH

MAKA  MACAM

MANA NAK  DAPAT

BIDADARI SLIM

KAH KAH KAH

DALAM DUNIA

DAPAT BADAK

DAH MATI PUN

TAK DAPAT

BIDADARI SLIM

MACAM ZIANA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: