Isnin, 14 September 2020

ROSMAH WANITA JUJUR DIFITNAH





WANITA JUJUR

ALIM WARAK

BERNAMA

 ROSMAH

SEDANG 

DIFITNAH

AMIN  


Rosmah tidak minta wang untuk diri sendiri, kata saksi 

ISTERI bekas perdana menteri tidak meminta wang untuk dirinya daripada Jepak Holdings Sdn Bhd bagi projek hibrid solar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion, kata saksi pendakwaan perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 

Rizal Mansor, 46 berkata demikian ketika diperiksa balas oleh peguam bela Jagjit Singh. 

Rizal yang merupakan saksi ke-21 disoal oleh Jagjit berdasarkan keterangan saksi 46 muka surat, yang beliau bacakan di mahkamah minggu lalu. 

Jagjit: Saya letakkan kepada kamu, Rosmah tidak mendapatkan atau meminta wang untuk diri sendiri?

Rizal: Setuju.

Jagjit: Boleh kamu sahkan Rosmah tidak mendapatkan atau meminta secara terus daripada pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsuddin dan rakan kongsinya Rayyan Radzwil Abdullah?

Rizal: Ya saya sahkan.

Ketika ini, Jagjit menegaskan kepada Rizal bahawa beliau melibatkan Rosmah dalam projek ini kerana Jepak mahu membuat derma politik kepada perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Bagaimanapun, memandangkan beliau sibuk, mereka memutuskan untuk melakukannya menerusi isterinya Rosmah, yang mana ia dipersetujui oleh Rizal.

Jagjit: Boleh kamu sahkan pertemuan pertama antara Saidi, Rayyan dan Rosmah hanya sebab derma politik dan menjadi tugas kamu untuk libatkan Rosmah? 

Rizal: Ya.

Jagjit: Walapun kamu melibatkannya, beliau tidak pernah sekali meminta sebarang wang?

Rizal: Betul.

Rosmah, 69, berdepan tiga pertuduhan rasuah, antaranya meminta RM187.5 juta daripada Saidi sebagai dorongan untuk membantu syarikat mendapatkan projek hibrid solar di Sarawak.

Beliau juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi pada 2016 dan 2017.

Terdahulu, ketika Saidi memberi keterangan, beliau mengakui menawarkan derma politik kepada Najib sebagai penghargaan kerana membantunya mendapatkan projek hibrid solar untuk syarikatnya.

Saidi yang merupakan saksi ke-17 perbicaraan itu berkata, memandangkan beliau tidak dapat berjumpa Najib kerana perdana menteri itu sibuk, beliau membuat keputusan untuk serahkan derma itu menerusi isterinya.

Saidi berkata, beliau dan rakan kongsinya Rayyan mendapat idea untuk memberi derma politik dan mereka sanggup menawarkan 10% daripada kos projek.

Pertemuan pertama dengan Rosmah beraku di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur antara Januari dan Februari 2016.

Ketika itulah Saidi didakwa menawarkan Rosmah 10% daripada RM1.25 bilion kosprojek sebagai sumbangan politik.

Kemudian pada hari yang sama, Saidi berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Riza di Lygon Café di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, yang mana Rizal berkata Rosmah sebaliknya mahu derma politik itu sebanyak 15%.

Saidi berkata beliau cuba berunding dan meminta Rizal meyakinkan Rosmah agar bersetuju dengan 10% hingga 12% yang mana Rizal mengatakan beliau akan cuba.

Namun Saidi berkata, Rosmah tetap mahukan 15%. Beliau dimaklumkan perkara itu pada malam yang sama oleh Rayyan, yang bercakap dengan Rizal.

Rizal sebelum ini berdepan empat pertuduhan mendapatkan dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta melibatkan projek membekalkan dan menyediakan kemudahan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 8 Januari lalu, pendakwaan terhadap Rizal ditarik balik oleh pendakwa dalam kes rasuah berkenaan dan kemudian diletakkan di bawah program perlindungan saksi. – 14 September, 2020.



ROSMAH MANSOR

ALIM WARAK

SELALU PERGI 

KE MEKAH

BERSEDEKAH

BERKORBAN

UNTUK ANAK

SEKOLAH

INILAH TANDA

WANITA MITALI

BUKAN WANITA

TALI BIRKIN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: